Pergi ke kandungan

Tanjung Batu (kawasan negeri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanjung Batu
Kawasan pilihan raya  Sabah
Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau sebagai pusat mengundi dalam daerah mengundi Tanjung Batu.
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Sabah
ADUN
 
 
 
Andi Muhammad Suryady Bandy
BN
Kawasan pilihan raya diwujudkan2003
Kali pertama dipertandingkan2004
Kali terakhir dipertandingkan2020
Demografi
Pemilih (2020)14,875
Luas (km²)[1]11

Tanjung Batu ialah sebuah kawasan negeri di Sabah, Malaysia yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sabah. Kawasan pilihan raya negeri ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Tawau dalam Daerah Tawau. Tanjung Batu juga merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang terletak dalam zon kawasan parlimen Kalabakan, iaitu kawasan parlimen yang terletak di tenggara negeri Sabah.[1][2] Kod bagi kawasan pilihan raya ini ialah N71. Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli kepada Dewan Undangan di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak.

Sejarah perwakilan

[sunting | sunting sumber]
Ahli DUN Tanjong Batu
Penggal Tahun Penyandang Parti
Kawasan diciptakan daripada Merotai
Tanjong Batu
Ke-12 2004–2008 Mohd Kamil Mohd Kassim (محمّد كامل محمّد قاسم) BN (UMNO)
Ke-13 2008–2013 Hamisa Samat (خميسة صمد)
Ke-14 2013–2018
Ke-15 2018
2018–2020 WARISAN
2020 Bebas
Tanjung Batu
Ke-16 2020–kini Andi Muhammad Suryady Bandy (أندي محمّد سوريادي بندي) BN (UMNO)

Daerah mengundi

[sunting | sunting sumber]

Kawasan pilihan raya Tanjung Batu merangkumi tiga daerah mengundi iaitu Pasir Putih, Tanjung Batu dan Keramat.[1][3]

Kedudukan daerah mengundi dalam kawasan DUN Tanjung Batu adalah seperti berikut.[1]

  • Daerah mengundi Pasir Putih (dinamakan sempena Kampung Pasir Putih) terletak di utara Tanjung Batu
  • Daerah mengundi Tanjung Batu (dinamakan sempena Kampung Tanjung Batu) terletak di timur Tanjung Batu
  • Daerah mengundi Keramat (dinamakan sempena Kampung Tanjung Batu Keramat) terletak di selatan Tanjung Batu

Pusat mengundi

[sunting | sunting sumber]
Daerah mengundi Nombor kod Pusat mengundi[3] Bilangan pemilih (2016)[1]
Nama pusat mengundi Lokasi pusat mengundi
Pasir Putih 191/71/01 Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih Peti Surat 1932, 91044 Tawau 3,850
Tanjung Batu 191/71/02 Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu Peti Surat 60494, 91014 Tawau 3,557
Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau Jalan Kompleks Sukan, 91000 Tawau
Keramat 191/71/03 Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat Peti Surat 1474, 91008 Tawau 5,155
Jumlah 12,562

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Pilihan raya negeri Sabah 2020
Parti Calon Undian % ∆%
BN Andi Muhammad Suryady Bandy 4,728 60.55 11.30
WARISAN Mohd Afsar Abd Latif 2,605 33.36 4.44
PCS Rudy Nurdin 130 1.66
PPRS Kamshari @ Johari Ibrahim 79 1.01 0.02
USNO (Baru) Zulkifli Ahmad 58 0.74
Bebas Asmari @ Nas Udoh 16 0.20
Jumlah undi sah 7,616 97.53
Jumlah kertas undi ditolak 142 1.82
Kertas undi tidak dikembalikan 51 0.65
Keluar mengundi 7,809 52.50 19.88
Pemilih berdaftar 14,875
Majoriti 2,123 27.19 16.78
BN kekal Peralihan
Sumber

"KEPUTUSAN PILIHAN RAYA YANG DIPERTANDINGKAN DAN PENYATA PENGUNDIAN SELEPAS PENJUMLAHAN RASMI UNDI".

Pilihan raya negeri Sabah 2018
Parti Calon Undian % ∆%
BN Hamisa Samat 8,538 49.25 26.29
WARISAN Ismail Senang 6,552 37.80
PAS Usman Madeaming 1,506 8.69 13.77
PPRS Ardi Arsah @ Samsi 171 0.99
Jumlah undian sah 16,767 96.72
Jumlah kertas undi ditolak 451 2.60
Kertas undi tidak dikembalikan 117 0.67
Keluar mengundi 17,335 72.38 5.80
Pemilih berdaftar 23,951
Majoriti 1,986 10.41 42.67
BN kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Sabah 2013
Parti Calon Undian % ∆%
BN Hamisa Samat 10,858 75.54 1.46
PAS Fatmawaty Mohd Yusuf 3,228 22.46
Jumlah undian sah 14,086 98.00
Jumlah kertas undi ditolak 252 1.75
Kertas undi tidak dikembalikan 36 0.25
Keluar mengundi 14,374 78.18 17.04
Pemilih berdaftar 18,386
Majoriti 7,630 53.08 4.43
BN kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Sabah 2008
Parti Calon Undian % ∆%
BN Hamisa Samat 5,921 77.00 9.64
PKR Dullah Hashim 1,499 19.49
Bebas Mohammad Jeffry Rosman 178 2.31
Bebas Dasun Sumbin 0 0.00
Jumlah undi sah 7,598 98.80
Jumlah kertas undi ditolak 92 1.20
Kertas undi tidak dikembalikan 0 0.00
Jumlah keluar mengundi 7,690 61.14 3.41
Pengundi berdaftar 12,577
Majoriti 4,422 57.51 17.39
BN kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Sabah 2004
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mohd Kamil Mohd Kassim 5,784 86.64
SETIA Mir Durahman 784 11.74
Jumlah undi sah 6,568 98.38
Jumlah kertas undi ditolak 108 1.62
Kertas undi tidak dikembalikan 0 0.00
Jumlah keluar mengundi 6,676 57.73
Pengundi berdaftar 11,564
Majoriti 5,000 74.90
Kawasan DUN baharu ditubuhkan.
  1. ^ a b c d e Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Di Dalam Negeri Sabah Kali Keenam Tahun 2017 (PDF) (Laporan). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-09-13. Dicapai pada 2019-10-02.
  2. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  3. ^ a b "Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri Sabah" (PDF). Warta Kerajaan Persekutuan Malaysia. 24 September 2019. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2019-10-11. Dicapai pada 13 September 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]