Namul
Namul | |
---|---|
Nama Korea | |
Hangul | 나물 |
Hanja | n/a |
Perumian Semakan | namul |
McCune–Reischauer | namul |
Rencana ini sebahagian dari siri |
Masakan Korea 한국 요리 조선 료리 |
---|
Namul ialah istilah umum bagi hidangan sayur-sayuran yang diperisakan di Korea. Nama hidangan ini mungkin berbeza sedikit bergantung kepada sayur-sayuran yang digunakan dan bagaimana ia disediakan, tetapi tetap sejenis namul.[1]
Hampir apa-apa jenis sayur-sayuran atau herba boleh digunakan, dan ini termasuk akar, daun, batang, biji, pucuk, kelopak dan buah-buahan. Ia boleh disediakan sebagai sejenis namul, atau boleh dicampurkan. Walaupun sebahagian besar sayur-sayuran ini dicelur sebelum diperisakan, kaedah penyediaan juga boleh berubah-ubah; ia boleh disajikan segar, atau rebus, goreng, tumis, peram, kering atau kukus. Perasa juga boleh berubah-ubah. Namul boleh diperisa dengan garam, cuka, minyak bijan, dan juga gochujang (pes lada merah Korea). Namul biasanya disajikan sebagai banchan (hidangan sampingan mengiringi hidangan utama). Adalah mungkin untuk mempunyai lebih daripada satu jenis namul disajikan sebagai sepiring banchan.[2]
Beberapa contoh namul termasuk chwinamul (tumbuh-tumbuhan berdaun liar), hobak namul (dibuat daripada hobak, skuasy Korea dengan kulit hijau dan isi jingga), shigeumchi (bayam) dan kongnamul (tauge kacang soya).
Kepelbagaian
[sunting | sunting sumber]Name[3][4] | Nama Korea | Keterangan |
---|---|---|
Kongnamul | 콩나물 | Tauge kacang soya direbus dan disejuk dengan minyak bijan, daun bawang, bawang putih dan bijan |
Sukjunamul | 숙주나물 | Tauge kacang hijau direbus dan disejuk dengan minyak bijan, daun bawang, bawang putih dan bijan |
Sigeumchi namul'[5] | 시금치나물 | Bayam yang dicelur sedikit diperisa dengan daun bawang, bawang putih dan bijan |
Miyeok muchim[6] | 미역무침 | Miyeok (wakame, rumpai laut) dengan cuka manis dan garam |
Musaengchae/Muchae[7] | 무생채/무채 | Lobak putih potong racik helai dalam sos cuka manis, kadangkala dengan kisaran cili kering |
Gosari namul | 고사리나물 | Pucuk paku yang digoreng kilas sehingga lembut dan diperisakan |
Chwinamul | 취나물 | Aster scaber digoreng kilas dan diperisakan |
Bireum namul[8] | 비름나물 | Bayam yang dicelur dan diperisakan, biasanya dengan gochujang |
Naengi namul[9] | 냉이나물 | Capsella bursa-pastoris dicelur dan diperisakan |
Dolnamul | 돌나물 | Sedum mentah dengan sos lada |
Gogumasun namul[10] | 고구마순나물 | Pucuk ubi keledek direbus dan diperisakan |
Gaji namul | 가지나물 | Terung kukus |
Doraji namul | 도라지나물 | Akar bunga belon direbus |
Sukgatmuchim | 쑥갓무침 | Kekwa hijau dicelur |
Galeri
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ (Korea) Namul at Doosan Encyclopedia
- ^ (Korea) Namul Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
- ^ "Korean Food: Seasoned Vegetables". Life in Korea. Dicapai pada 2013-04-04.
- ^ "Herbivore's delight – Spring namul". Korea.net. 2012-04-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2013-04-04.
- ^ "Spinach Side Dish Sigeumchi Namul (시금치나물)". Maangchi.com. Dicapai pada 2013-04-04.
- ^ Sook Choe Ji, Yukiko Moriyama (2003). Quick and Easy Korean Cooking for Everyone. Japan Publications Trading. m/s. 42. ISBN 9784889961249.
- ^ 무생채 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2013-04-04.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ 비름나물 고추장무침 (dalam bahasa Korean). Allrecipes.kr. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2013-04-04.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Naengi namul (shepherd's purse namul)". Sanchon. Dicapai pada 2013-04-04.[pautan mati kekal]
- ^ "Gogumasun namul". Trifood. Dicapai pada 2013-04-04.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Namul. |