Pergi ke kandungan

Hubungan Comoros–Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia
Bendera Comoros
Bendera Comoros

Hubungan Malaysia - Comoros hampir tidak ada dan tidak diketahui umum. Kesatuan Comoros adalah negara kepulauan di Lautan Hindi, di utara Selat Mozambique, antara Madagaskar dan Mozambique. Majoriti penduduknya beragama Islam.

Negara ini terdiri daripada tiga buah pulau utama iaitu Grande Comoro (Ngazidja), Anjouan (Nzwani) dan Mohéli (Mwali). Ibu negaranya ialah Moroni. Negara itu menuntut kemerdekaan pada 1975 daripada penjajahan Perancis.

Petronas terlibat dalam kegiatan eksplorasi minyak dan gas di Comoros bagi membangunan negara pulau di timur benua Afrika itu. Nama Petronas semakin gah di serata dunia kerana kejayaan eksplorasi, caligali dan pembangunan hiliran petroleum dan gas asli. Semakin banyak negara menawarkan kontrak kepada Petronas kerana perjanjian yang adil kepada anak tempatan. Petronas mempunyai reputasi baik mencarigali minyak di dasar laut.[1]