Pergi ke kandungan

Hormon pertumbuhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hormon pertumbuhan 1 (pituitari)
Model molekul hormon pertumbuhan
Pengenal pasti
SimbolGH1
Gen NCBI2688
HGNC4261
OMIM139250
RefSeqNM_022562
UniProtP01241
Other data
LokusKromosom 17 q22-q24
Hormon pertumbuhan 2 (plasenta)
Pengenal pasti
SimbolGH2
Gen NCBI2689
HGNC4262
OMIM139240
RefSeqNM_002059
UniProtP01242
Other data
LokusKromosom 17 q22-q24

Hormon pertumbuhan atau somatotropin ialah suatu hormon peptida yang menggalakkan pertumbuhan, pembiakan sel serta penjanaan semula sel dalam manusia dan haiwan-haiwan lain. Ini ialah hormon yang penting dalam perkembangan manusia. Hormon ini juga merangsang penghasilan IGF-1 dan meningkatkan kepekatan glukosa dan asid lemak bebas.[1][2] Ia ialah sejenis mitogen yang dikhususkan terhadap reseptor di sel-sel tertentu. Hormon pertumbuhan ialah suat asid amino, suatu polipeptida rantai tunggal yang dihasilkan, disimpan dan dirembeskan oleh sel somatotropik di kawasan lateral kelenjar pituitari anterior.

Suatu bentuk rekombinan hormon pertumbuhan dipanggil sebagai somatropin (INN), dan digunakan sebagai ubat untuk merawat masalah tumbesaran kanak-kanan dan kekurangan hormon pertumbuhan pada dewasan. Walau bagaimanapun, kebanyakan fungsi hormon jenis ini masih tidak diketahui.[3]

  1. ^ Ranabir S, Reetu K (January 2011). "Stress and hormones". Indian Journal of Endocrinology and Metabolism. 15 (1): 18–22. doi:10.4103/2230-8210.77573. PMC 3079864. PMID 21584161.
  2. ^ Greenwood FC, Landon J (April 1966). "Growth hormone secretion in response to stress in man". Nature. 210 (5035): 540–1. Bibcode:1966Natur.210..540G. doi:10.1038/210540a0. PMID 5960526. S2CID 1829264.
  3. ^ Powers M (2005). "Performance-Enhancing Drugs". Dalam Leaver-Dunn D, Houglum J, Harrelson GL (penyunting). Principles of Pharmacology for Athletic Trainers. Slack Incorporated. m/s. 331–332. ISBN 978-1-55642-594-3.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]