Pergi ke kandungan

Hana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hana (Anne)
ibu kepada Maryam, nenda kepada Nabi Isa a.s., wanita Amram (nama terakhir diberi dalam Al-Quran kerana beliau berketurunan Amram).
Lahirlebih kurang kurun pertama sebelum masihi
Dihormati olehKristian
Islam
Hari perayaan26 Julai (Kalender barat)
25 Julai (Kalender timur)
20 November (Kalender koptik)
AtributBuku, pintu, bersama dengan Yehoyaqim (suami), Maryam (anak) dan Nabi Isa a.s. (cucu).
Naunganseorang yang mulia, tidak mempunyai anak, tukang kayu, equestrian, nenek, suri rumah, pembuat gelang, ibu, penjual barangan.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hana (juga dikenali sebagai Ann atau Anna atau Anne, dari perkataan Ibrani Channah חַנָּה, bermaksud "yang disukai" atau "yang mulia"). Beliau berada dalam keluarga mulia, keluarga keturunan Nabi Daud a.s. dan keturunannya dari situ. Beliau merupakan ibu kepada Maryam, dara suci yang juga ibu Nabi Isa a.s.. Menurut tradisi penting Islam dan Kristian, Hana merupakan nenda kepada Nabi Isa a.s. Walaupun namanya tidak disebut dalam kanun-kanun Injil, juga tidak disebut dalam bentuk nama dalam Al-Quran, ia merupakan individu penting disamping suaminya iaitu Yehoyaqim atau Imran. Hana dicatat dalam apokrifa Perjanjian Baru, dimana Protoevangelium James (mungkin ditulis sekitar 150) dilihat sebagai bukti penulisan yang terawal yang ada.

Tradisi gereja Kristian

[sunting | sunting sumber]

Ceritanya dilihat semata-mata hampir sama dengan kelahiran Samuel, dimana ibu Hannah juga tidak mempunyai anak. Walaupun Anne menerima tumpuan yang amat sedikit dalam Gereja Roman Katolik bermula sekitar kurun ke-12,[1] namun ia dedikasikan kepada Hana oleh Gereja Timur bermula sekitar kurun ke-6 masihi.[2] Dalam Gereja Ortodok Timur dan Gereja Katolik Timur, ia dimuliakan sebagai Hana.[3] [4]

Dalam pandangan Islam

[sunting | sunting sumber]

Anne (bahasa Arab: Hannah) juga dimuliakan dalam Islam, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang tinggi budi pekerti, sangat mulia dan penuh dengan roh kemuliaan, seperti anaknya Maryam, ibu Nabi Isa a.s.. Al-Quran menyatakannya beliau adalah anak perempuan Faqud. Hana kekal tidak beranak sehingga umurnya melanjut tua. Pada suatu hari, seekor burung telah datang, dan beliau melihat burung tersebut memberi makan anak-nak burung kecil di suatu sarang diatas pokok, lantas beliau teringin mahukan seorang anak. Beliau berdoa, lalu permintaannya dipenuhi. Namun begitu, suaminya Yehoyaqim (Imran) tidak dapat melihat anaknya, kerana meninggal dunia sebelum anaknya dilahirkan.

Hann menganggap anaknya yang dilahirkan itu seorang lelaki, Hana berjanji untuk mendedikasikan anaknya kepada Masjid (atau kuil Yahudi kedua) untuk berkhidmat untuk agama. Seraya Hana berkata: "Wahai Tuhan! Saya dedikasikan kepada-Mu apa yang ada dalam kandungan rahimku untuk berkhidmat di (Baitulmaqdis): Maka terimalah: Kepada Tuhanmu lah yang mendengar dan mengetahui segala sesuatu." (Al-Quran, Surah Ali-Imran ayat 35).[5][6]

Walaubagaimanapun, sebaliknya telah berlaku, Hana mendapat cahaya mata perempuan, maka dinamakannya Maryam. Al-Quran menceritakan kisah Hana tentang hal ini.

"Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya, seorang anak perempuan: dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu: dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamainya Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk". Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik, dan Allah menjadikan Nabi Zakaria a.s. pemeliharanya. Setiap Zakaria kali masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan disisinya. Zakaria berkata: Wahai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?. Maryam menjawab: Makanan itu dari Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya tanpa hisab (perhitungan)". (Al-Quran, Surah Ali-Imran, 3: ayat 36-37).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Nixon, Virginia (2004). Mary's Mother: Saint Anne in Late Medieval Europe. The Pennsylvania State University Press. m/s. 12–14. ISBN 978-0-271-02466-0.
  2. ^ Procopius' Buildings, Volume I, Chapters 11–12
  3. ^ "Martin Luther — Our Spiritual Guide". Evangelical Lutheran Church in Canada website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-25. Dicapai pada 17 December 2012.
  4. ^ "Google Books Archive of Martin Luther: His road to Reformation, 1483-1521 (By Martin Brecht)". Martin Luther: His road to Reformation, 1483-1521 (By Martin Brecht). Dicapai pada 14 May 2015.
  5. ^ Wheeler, Brannon M. (2002). Prophets in the Quran: an introduction to the Quran and Muslim exegesis. Continuum International Publishing Group. ISBN 0-8264-4957-3.
  6. ^ Da Costa, Yusuf (2002). The Honor of Women in Islam. LegitMaddie101. ISBN 1-930409-06-0.
  7. ^ O. Bitschnau: Das Leben der Heiligen Gottes 1883, 558.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Honoured women in Islam Templat:Qur'anic people