Mihrab
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Masjid |
---|
Masjid Shah Jahan, Woking, United Kingdom |
Mihrab (dalam bahasa Parsi مهراب atau محراب, dalam bahasa Arab المحراب, jama': محاريب), adalah sebuah ceruk di dinding sebuah Masjid yang menunjukkan Kiblat, iaitu arah Kaabah dimana orang Islam harus menghadapnya sewaktu bersolat. Dinding itu digelar dinding kiblat. Mihrab memberikan petunjuk arah kiblat ke Makkah. Ia berbeza dalam saiz tetapi biasanya dihias penuh. Mihrab pertama wujud pada era pemerintahan khalifah Umawiyah, al-Walid I (705–715).
Mihrab sering kali disalah anggap sebagai Mimbar. Namun pada hakikatnya Mimbar merupakan tempat untuk khatib menyampaikan khutbahnya.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Perkataan mihrab asalnya datang dari pengertian bukan berunsur keagamaan dan hanya dilambangkan sebagai sebuah bilik khas di sebuah rumah; sebuah ruangan takhta di dalam istana atau sebagai suatu permisalan. Himpunan Fath al-Bari yang dikarang oleh Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani (w. 458 H) memetik pendapat Imam Abu Hanifah yang menyatakan mihrab sebagai suatu "tempat termulia bagi raja-raja" (أَكْرَمُ مَجالِس المُلوكِ) dan "lokasi utama, bahagian depan dan yang paling terhormat" (سَيِّدُ الـمَجالِس، ومُقَدَّمُها وأَشْرَفُها).
Istilah ini digunakan lanjut oleh nabi Muhammad untuk menggambarkan atau menerangkan ruangan doa peribadinya. Bilik tambahan yang diberikan akses kepada masjid yang berdekatan, dan Nabi akan memasuki Masjid melalui ruangan ini. Ini adalah maksud sebenar mihrab - i.e. sebagai sebuah bilik didalam rumah - penyataan tersebut terus dipertahankan dalam beberapa bentuk Yahudi di mana mihrab adalah bilik yang digunakan untuk penyembahan/peribadatan peribadi. Dalam Al-Quran (xix.12), perkataan mihrab merujuk pada sebuah tempat perlindungan / tempat ibadah
Perkembangan
[sunting | sunting sumber]Semasa era pemerintahan Uthman Ibn Affan (r. 644-656), khalifah memerintahkan suatu tanda yang akan ditampal pada dinding Masjid di Madinah jadi para penziarah akan mudah mengetahui arah kedudukan Kiblat sebenar yang terus menghadap ke Makkah. Namun tanda itu hanya sebuah tanda di dinding, dan tembok itu sendiri tetap dalam keadaan mendatar. Selanjutnya, pada masa pemerintahan Al-Walid ibn Abd al-Malik (Al-Walid I, r. 705-715), Masjid Nabi iaitu - Masjid Nabawi - telah direnovasi/diubahsuai dan gabenor (wāli) Madinah, Umar Ibn Abdul Aziz, memerintahkan untuk ceruk dicipta pada dinding dalaman Masjid bagi tujuan pengarahan Kiblat yang terus mengacu arah kepada Kaabah di Makkah, dan dalam ceruk ini ada tanda bahawa Uthman yang mula-mula mengarahkan Mihrab ditempatkan di Masjid di Madinah.
Akhirnya, ceruk-ceruk Mihrab telah hadir secara menyeluruh dalam Masjid-masjid, Surau, Musolla dan bilik-bilik Solat, lalu ia difahami untuk mengidentifikasikan sebagai dinding kiblat, dan ia telah diadopsi sebagai sebuah fitur di dalam Masjid. Maka dari saat itu, sebuah tanda tidak lagi diperlukan.
Penggunaan Mihrab pada hari ini
[sunting | sunting sumber]Kini, Mihrab datang dalam pelbagai saiz dan dekorasi meriah. Pembinaan maharib ini sering dirancang untuk memberikan kesan pintu melengkung yang terus menghadap ke Kaabah di Mekah.
Adakalanya wujud mihrab dibina tidak mengikuti arah kiblat; salah satu contohnya Masjid Córdoba, Sepanyol yang menunjuk bukannya Selatan Tenggara. Di antara penjelasan yang dicadangkan, adanya penempatan Rom kuno cardo jalan yang bersebelahan dengan kuil tua dimana Mezquita dibina di atasnya.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mihrabs |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kuban, Doğan (1974), The Mosque and Its Early Development, Muslim Religious Architecture, Leiden: Brill, m/s. 3, ISBN 90-04-03813-2.
- Diez, Ernst (1936), "Mihrāb", Encyclopaedia of Islam, 3, Leiden: Brill, m/s. 559–565.
- Fehervari, Geza (1993), "Mihrāb", Encyclopaedia of Islam, New edition, 7, Leiden: Brill, m/s. 7–15.