Eos
Eos | |
---|---|
Yunani Kuno | Ἠώς |
Tempat tinggal | Langit |
Haiwan | Riang-riang, kuda |
Simbol | Koma-koma, jubah, mawar, tiara |
Warna | Merah, putih, merah jambu, emas, safron |
Tunggangan | Kereta kuda ditarik oleh dua ekor kuda |
Maklumat peribadi | |
Ibu bapa | Hyperion dan Theia |
Adik-beradik | Helios dan Selene |
Pasangan | Astraeus, Orion, Cephalus, Cleitus, Ares, Tithonus |
Zuriat | Para Anemoi (Boreas, Eurus, Notus dan Zephyrus), bintang-bintang, Memnon, Emathion, dan Astraea |
Equivalents | |
Kesetaraan Etruska | Thesan |
Kesetaraan Hindu | Ushas[1] |
Kesetaraan Rom | Aurora |
Kesetaraan Slavik | Zorya |
Kesetaraan Jepun | Ame-no-Uzume[2] |
Kesetaraan Nurestan | Disani[2] |
Sebahagian daripada siri tentang |
Agama Yunani Kuno |
---|
Eos (Yunani Ionia and Homerik: Ἠώς , Ēōs; Attika: Ἕως , Héōs, "fajar", ɛːɔ̌ːs atau héɔːs; Aeolia: Αὔως , Aúōs; Doria: Ἀώς , Āṓs)[3] ialah dewi fajar dalam mitologi Yunani. Dia anak kepada dua Titan, Hyperion dan Theia. Dia saudari kepada Helios, dewa matahari, dan Selene, dewi bulan.
Dalam tradisi dan puisi Yunani, dia disifatkan sebagai seorang dewi dengan nafsu yang rakus, bercinta dengan ramai kekasih untuk kepuasannya dan melahirkan beberapa orang anak. Seperti bentuk setaranya dalam mitologi Rom (Aurora) dan Rigveda (Ushas), Eos merupakan dewi subuh yang diwarisi daripada agama Indo-Eropah, Hausos. Eos, atau bentuk lamanya dalam budaya Indo-Eropah Purba (IEP), turut mempunyai beberapa persamaan dengan dewi cinta Aphrodite, yang mungkin menandakan pengaruh Eos padanya ataupun asal usul yang sama bagi kedua-dua orang dewi tersebut. Dalam catatan yang masih wujud, Aphrodite ialah punca Eos mempunyai banyak hubungan cinta dengan menyumpah Eos agar berasa amat berahi yang tidak dapat dipuaskan terhadap lelaki manusia.
Dalam sastera Yunani yang kurang lazim ditemui, Eos anak kepada seorang Titan bernama Pallas. Setiap hari dia membawa kereta kudanya, menandakan bermulanya hari dan kedatangan abang dia. Disebabkan ini, gelarannya yang paling biasa ditemui dalam epik-epik Homer ialah Rododaktilos, atau "berjari merah jambu", merujuk kepada warna langit pada waktu fajar, dan Erigeneia, "yang awal dilahirkan". Biarpun banyak dikaitkan dengan fajar dan awal pagi, Eos kadangkala menemani Helios sepanjang perjalanan dia, jadi Eos sehinggakan dapat dilihat pada waktu senja.
Eos jatuh cinta dengan lelaki manusia beberapa kali, dan akan menculik mereka sama seperti sesetengah dewa lakukan pada wanita manusia. Kekasih manusia dia yang paling terkenal ialah Putera Tithonus dari Troia, yang Eos menjanjikan hidup abadi tetapi bukan awet muda, menyebabkan Tithonus menua tanpa mati selama-lamanya. Dalam cerita lain, Eos menculik Cephalus dari Athens, tetapi akhirnya melepaskan Cephalus selepas dia meminta-minta dikembalikan kepada isteri dia—namun itu selepas Eos menghina-hinanya, menyebabkan mereka berpisah. Terdapat lagi kekasih dan kisah cinta antara lelaki manusia dan dewa dengan Eos oleh pelbagai penyair merentas berabad-abad.
Eos muncul dalam pelabagai karya sastera dan puisi purba tetapi walaupun berasal daripada budaya Indo-Eropah, tidak banyak bukti yang menunjukkan Eos pernah mempunyai kumpulan pemuja khas pada zaman klasik.
Mitos
[sunting | sunting sumber]Eos dipercayai keluar rumahnya, yang terletak di pinggir sungai Okeanos untuk membawakan cahaya dan memencarkan malam pada setiap pagi untuk mengejutkan saudaranya, Helios. Eos membukakan gerbang langit supaya Helios dapat menaiki kereta kudanya merentas langit setiap hari.
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:4
- ^ a b Witzel, Michael (2005). Vala and Iwato: The Myth of the Hidden Sun in India, Japan, and beyond (PDF).
- ^ R. S. P. Beekes, Etymological Dictionary of Greek, Brill, 2009, p. 492.
External links
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Eos |
Cari Ἠώς dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani Purba (sehingga 1453)
- Articles having different image on Wikidata and Wikipedia
- Halaman menggunakan bar sisi dengan parameter child
- Eos
- Dewi Yunani
- Dewi cahaya
- Personifikasi dalam mitologi Yunani
- Watak metamorfosis
- Perbuatan Aphrodite
- H₂éwsōs
- Dewi fajar
- Titan
- Watak dalam Odyssey
- Dewi langit dan cuaca
- Wanita-wanita Ares
- Wanita-wanita perang Trojan
- Perogol dalam mitologi
- Kanak-kanak Nyx
- Humanoid burung
- Dewa dalam Iliad
- Dewa dalam Aeneid