Pergi ke kandungan

Bandar raya global

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bandaraya global)

Bandar raya global (juga dikenali sebagai bandar raya dunia atau bandar raya alfa) ialah bandar raya yang ditentukan melalui titik pertemuan penting dalam sistem ekonomi global. Konsep yang berasal dari bidang geografi dan kajian bandar ini berteraskan gagasan bahawa globalisasi difahami sebagai dicipta, dimudahkan dan dilaksanakan terutamanya di tempat-tempat yang strategik mengikut hierarki kepentingan dan pengendalian sistem kewangan dan perdagangan sedunia.

Paling kompleks di kalangan entiti-entiti sedemikiannya ialah "bandar raya global" (global city), yang mana perhubungan bandar raya ini membawa kesan sosio-ekonomi yang langsung dan ketara terhadap hal-ehwal sedunia.[1] Istilah global city dipercayai dicipta oleh ahli sosiologi Saskia Sassen sebagai memaksudkan London, New York dan Tokyo dalam hasil kerja The Global City (1991),[2] biarpun istilah world city (bandaraya dunia) yang memaksudkan kota-kota yang jauh menguasai lebih banyak perniagaan global berbanding tempat dipakai seawal-awal penggunaan sulungnya oleh Patrick Geddes pada tahun 1915.[3] Sesebuah bandaraya boleh hilang kelayakannya sebagai bandar raya global, misalnya yang semakin kurang bersifat kosmopolitan, dan semakin pudar namanya di peringkat dunia seperti Kaliningrad, Rusia, Thessaloniki, Greece dan Iskandariah, Mesir.

Taraf bandar raya global atau bandar raya dunia memang dipandang tinggi nilainya. Oleh sebab itu ramai pihak yang cuba menggolongkan dan menarafkan bandar raya yang mana boleh dikira sebagai 'bandar raya dunia' atau sebaliknya.[3] Walaupun terdapat kata sepakat mengenai bandar-bandar terkemuka dunia,[4] kriteria di mana klasifikasi dibuat boleh mempengaruhi bandar-bandar lain yang disertakan.[3] Kaedah pengenalpastiannya adalah sama ada berasaskan "pengukur nilai" (contohnya "jika sektor pengeluaran dan perkhidmatan ialah sektor terbesarnya, maka bandar raya X ialah bandaraya dunia")[3] ataupun "penentuan perbandingan" ("juka sektor pengeluaran dan perkhidmatan bandar raya X lebih besar berbanding sektor pengeluaran dan perkhidmatan N bandaraya lain, maka bandaraya X ialah bandaraya dunia").[3]

Ciri-ciri ekonomi

[sunting | sunting sumber]
Bursa Saham New York


Ciri-ciri politik

[sunting | sunting sumber]
Istana Westminster

Ciri-ciri kebudayaan

[sunting | sunting sumber]
Louvre
  • Pengetahuan nama pertama di peringkat antarabangsa; yang mana sesebuah bandaraya dikenali tanpa perlu menyatakan pembahagian politiknya. Cth: Bandar raya New York dipanggil "New York" sahaja, walaupun terletak di negeri New York.
  • Institusi kebudayaan terkemuka, seperti muzium, galeri, opera, orkestras, pusat perfileman dan pusat teater terkemuka. Persada kebudayaan yang aktif, termasuk pesta filem (seperti Toronto International Film Festival), tayangan perdana, industri muzik, kelab malam, syarikat opera, galeri seni, perarakan tahunan dsb.
  • Pangkalan perbadanan media berpengaruh yang mencapai seluruh dunia, seperti BBC, Reuters, The New York Times, atau Agence France-Presse.
  • Komuniti kesukanan besar, termasuk kemudahan sukan utama, pasukan tuan rumah sukan liga utama, dan keupayaan dan pengalaman sebagai tuan rumah temasya sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik, Piala Dunia FIFA, atau acara tenis Grand Slam.[18]
  • Institusi pendidikan; contohnya, universiti,[19] kehadiran pelajar antarabangsa,[20] kemudahan penyelidikan
  • Tapak penziarahan keagamaan
  • Penempatan Tapak Warisan Dunia yang berkepentingan sejarah dan kebudayaan[21]
  • Ketampungan pelancongan

Ciri-ciri prasarana

[sunting | sunting sumber]
Shinkansen di stesen Tokyo
  • Sistem pengangkutan canggih yang merangkumi rangkaian lebuh raya atau alihan massa besar yang menyediakan pelbagai kaedah pengangkutan (alihan laju, LRT, rel serantau, feri, atau bas).
  • Sistem alihan massa yang meluas dan popular[22], penggunaan perkhidmatan tren,[23] penggunaan kenderaan jalan raya,[24] pelabuhan utama[25]
  • Lapangan terbang antarabangsa utama yang berfungsi sebagai hab yang mantap untuk syarikat penerbangan terkemuka, cth. London. Lapangan terbang yang menampung bilangan penumpang yang amat ramai, apatah lagi penumpang antarabangsa,[26] atau muatan yang besar-besar
  • Prasarana perhubungan canggih yang digunakan oleh perbadanan multinasional utama, seperti gentian optik, Wi-Fi, telefon bimbit, dan lain-lain talian perhubungan berkelajuan tinggi.
  • Kemudahan kesihatan; e.g. hospital, makmal perubatan
  • Latar langit dan pencakar langit terkemuka[27]

Kajian GaWC

[sunting | sunting sumber]
Bandar Raya Dunia Alfa 2008

Salah satu percubaan terawal untuk menentukan, menggolongkan dan menarafkan bandaraya global dilakukan pada tahun 1998, oleh Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC) yang bertapak di Jabatan Geografi Universiti Loughborough, United Kingdom. Jadualnya digariskan dalam GaWC Research Bulletin 5 dan menarafkan bandaraya berdasarkan peruntukan "khidmat pengeluaran termaju" seperti perakaunan, pengiklanan, kewangan, dan perundangan.[4] Inventori GaWC mengenal pasti tiga taraf bandaraya global diikuti beberapa subtaraf.

Penarafan GaWC selama ini diterbitkan empat tahun sekali. Penarafan tahun 2004 mengiktiraf penunjuk baru di samping masih menekankan ekonomi bandaraya berbanding faktor politik dan kebudayaan. Penarafan 2008 pula lebih menggunakan data lanjutan yang diperoleh di Akademi Sains Sosial China sambil memastikan kebolehbandingan dengan penarafan 2000 dan 2004. Kesemua bandaraya yang layak disusun mengikut kategori bandaraya global "Alfa" (with four sub-categories), "Beta" (three sub-categories), "Gama" (three sub-categories), dan bandaraya yang menikmati "Kecukupan Tinggi" atau "Kecukupan" kehadiran bandaraya global.

Senarai Bandaraya Dunia Alfa, Beta dan Gama 2008 adalah seperti berikut; rujuk sumbernya untuk senarai selengkapnya:[28][29]

Bandaraya Dunia Alfa ++:

Bandaraya Dunia Alfa +:

Bandaraya Dunia Alfa:

Bandaraya Dunia Alfa :

Bandaraya Dunia Beta +:

Bandaraya Dunia Beta:

Bandaraya Dunia Beta :

Bandaraya Dunia Gama +:

Bandaraya Dunia Gama:

Bandaraya Dunia Gama :

Indeks Bandaraya Global

[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2008, jurnal Foreign Policy dari Amerika Syarikat, bersama firma penasihat Kearney dan Majlis Hal Ehwal Global Chicago, menerbitkan senarai bandaraya global berasaskan nasihat daripada Saskia Sassen, Witold Rybczynski, dan lain-lain. Foreign Policy menyatakan bahawa "bandar raya-bandar raya yang terbesar dan terbanyak saling membantu menetapkan agenda global, mengharungi ancaman rentas negara dan berfungsi sebagai hab persepaduan sedunia, selaku enjin pertumbuhan negara masing-masing dan pintu masuk sumber serantau."[30]

Penarafannya berasaskan penilaian 24 metrik di lima bidang: kegiatan perniagaan, modal insan, pertukaran maklumat, pengalaman budaya, dan keterlibatan politik. Pada tahun 2010, 30 bandaraya global terunggul adalah:[31]

Kedudukan Bandaraya
1 Bandar raya New York
2 London
3 Tokyo
4 Paris
5 Hong Kong
6 Chicago
7 Los Angeles
8 Singapura
9 Sydney
10 Seoul
11 Brussel
12 San Francisco
13 Washington D.C.
14 Toronto
15 Beijing
16 Berlin
17 Madrid
18 Vienna
19 Boston
20 Frankfurt am Main
20 Shanghai
22 Buenos Aires
23 Stockholm
24 Zurich
25 Moscow
26 Barcelona
27 Dubai
28 Rome
29 Amsterdam
30 Bandaraya Mexico

Global Power City Index

[sunting | sunting sumber]

Institut Strategi Urban di The Mori Memorial Foundation di Tokyo, Jepun mengeluarkan kajian menyeluruh mengenai bandaraya global pada Oktober 2009, berasaskan enam kategori keseluruhannya, iaitu "Economy," "Research & Development," "Cultural Interaction," "Livability," "Ecology & Natural Environment," dan "Accessibility," diperincikan oleh 69 petunjuk individu.[32]

Ked. Bandaraya Markah Kategori terbaik (ked.)
1 Bandar raya New York 330.4 Economy (1.) Research & Development (1.)
2 London 322.3 Cultural Interaction (1.)
3 Paris 317.8 Livability (1.) Accessibility (1.)
4 Tokyo 305.6 Economy (2.) Research & Development (2.)
5 Singapura 274.4 Economy (5.) Cultural Interaction (5.)
6 Berlin 259.3 Livability (2.)
7 Vienna 255.1 Ecology & Natural Environment (3.)
8 Amsterdam 250.5 Accessibility (3.)
9 Zürich 242.5 Ecology & Natural Environment (2.)
10 Hong Kong 242.5 Economy (4.)
11 Madrid 242.5 Ecology & Natural Environment (7.) Accessibility (7.)
12 Seoul 242.1 Research & Development (4.)
13 Los Angeles 240.0 Research & Development (5.)
14 Sydney 237.3 Ecology & Natural Environment (9.)
15 Toronto 234.6 Livability (5.)
16 Frankfurt 232.9 Accessibility (5.)
17 Copenhagen 231.7 Economy (9.) Livability (9.)
18 Brussel 229.9 Livability (8.)
19 Geneva 229.7 Ecology & Natural Environment (1.)
20 Boston 226.2 Research & Development(6.)

Diikuti oleh:

21. Shanghai (224.1), 22. Chicago (221.1), 23. Vancouver (219.1), 24. San Francisco (218.1), 25. Osaka (215.1), 26. Beijing (211.4), 27. Kuala Lumpur (204.1), 28. Milan (203.5), 29. Bangkok (199.1), 30. Fukuoka (196.5), 31. Taipei (195.9), 32. Moscow (179.5), 33. São Paulo (177.7), 34. Mumbai (165.5), 35. Kaherah (132.2)

Penarafan bandaraya mengikut kategori

[sunting | sunting sumber]
Ked. Bil. penduduk bandar raya sebenar Bil. penduduk kawasan metropolitan[33] Peratusan kelahiran asing[34] Kos sara hidup ekspatriat[9] Sistem metro mengikut jumlah penumpang tahunan Sistem metro mengikut jumlah kepanjangan laluan Lapangan terbang mengikut jumlah penumpang tahunan[35] Bilangan ribu-jutawan (AS$)[36] Keluaran Metropolitan Kasar mengikut jumlah pariti kuasa beli[37]
1 Mumbai Tokyo Dubai Tokyo Tokyo London London Bandar Raya New York Tokyo
2 Shanghai Seoul Miami Osaka Moscow Bandar raya New York Bandar raya New York London Bandar raya New York
3 Karachi Mexico City Amsterdam Moscow Bandar Raya New York Berlin Tokyo Moscow Los Angeles
4 Delhi Bandar raya New York Toronto Geneva Seoul Madrid Atlanta Hong Kong Chicago
5 Istanbul Mumbai Muscat Hong Kong Mexico City Moscow Chicago Los Angeles Paris
6 São Paulo Jakarta Vancouver Zürich Paris Seoul Paris Dallas London
7 Moscow São Paulo Auckland Copenhagen Hong Kong Shanghai Los Angeles Istanbul Osaka
8 Seoul Delhi Geneva Bandar raya New York London Paris Dallas San Francisco Bandaraya Mexico
9 Beijing Osaka Makkah Beijing Osaka Beijing Frankfurt Chicago,
Mumbai,
São Paulo,
Tokyo
Philadelphia
10 Bandar raya Mexico Shanghai The Hague Singapura São Paulo Tokyo Beijing n/a Washington, D.C.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Sassen, Saskia - The global city: strategic site/new frontier
  2. ^ Sassen, Saskia - The Global City: New York, London, Tokyo. Diarkibkan 2015-03-16 di Wayback Machine (1991) - Princeton University Press. ISBN 0-691-07063-6
  3. ^ a b c d e Doel,M. & Hubbard, P., (2002), "Taking World Cities Literally: Marketing the City in a Global Space of flows",City, vol. 6, no. 3, ms. 351-368. Subscription required
  4. ^ a b GaWC Research Bulletin 5, GaWC, Loughborough University, 28 July 1999
  5. ^ Global Urban Indicators Database 2 (1998 data) Diarkibkan 2012-07-16 di Wayback Machine (data sets in .ZIP), UN-HABITAT
  6. ^ Urban Characteristics,City Level, 1993PDF (61.6 KB), "World Resources 1998-99", WRI, 1998.
  7. ^ World Indices, Bloomberg
  8. ^ J.V. Beaverstock, World City Networks 'From Below', GaWC, Loughborough University, 29 September 2005
  9. ^ a b Mercer's 2008 Cost of living highlights, Mercer, 2 Jun 2009
  10. ^ The World's Billionaires, Forbes, 2008
  11. ^ Chapter 5: Globalization and cultural choicePDF (352 KB), "2004 Human Development Report" (page 99), UNDP, 2004
  12. ^ Chapter 9: Urban DataPDF (196 KB), "World Resources 1998-99", WRI, 1998
  13. ^ City Profiles, UN
  14. ^ Mobility 2001PDF (1.59 MB), WBCSD
  15. ^ WORLD URBANIZATION PROSPECTS: THE 2003 REVISIONPDF (3.73 MB), PBB, 2004
  16. ^ World-wide quality of living survey, Mercer, 10 April 2006
  17. ^ The city development indexPDF, "THE STATE OF THE WORLD'S CITIES REPORT 2001", UN-HABITAT, 21 Jun 2006
  18. ^ P. De Groote, Economic and Tourism Aspects of the Olympic Games, GaWC, Universiti Loughborough, 21 September 2005
  19. ^ [1]PDF (memerlukan pendaftaran)
  20. ^ K. O'Connor, International Students and Global Cities, GaWC, Loughborough University, 17 February 2005
  21. ^ World Heritage List, UNESCO
  22. ^ "Estimated Ridership of the World's Largest Public Transit Systems, 1998". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-11. Dicapai pada 2010-02-12.
  23. ^ COMMUTER RAIL (SUBURBAN RAIL, REGIONAL RAIL) IN THE UNITED STATES: INTERNATIONAL CONTEXTPDF (218 KB), October 2003
  24. ^ Traffic Intensity by International Urban Area: 1990
  25. ^ "Largest seaports of the world". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-15. Dicapai pada 2010-02-12.
  26. ^ Mapping the Global Network Economy on the Basis of Air Passenger Transport Flows, GaWC, Universiti Loughborough, 8 Disember 2004
  27. ^ The World's Best Skylines
  28. ^ "The World According to GaWC 2008". Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC). Loughborough University. Dicapai pada 2009-05-07.
  29. ^ "The World According to GaWC 2008 - Graph". Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC). Loughborough University. Dicapai pada 2009-05-27.
  30. ^ "The 2008 Global Cities Index". Foreign Policy (November/December 2008). October 21, 2008. Dicapai pada 2008-10-31.
  31. ^ 2010 Global Cities Index
  32. ^ ""Global Power City Index 2009"" (PDF). LSE Cities. Tokyo, Japan: Institute for Urban Strategies at The Mori Memorial Foundation. October 22, 2009. Dicapai pada 2009-10-29.
  33. ^ R.L. Forstall, R.P. Greene, and J.B. Pick, "Which are the largest? Why published populations for major world urban areas vary so greatly" Diarkibkan 2004-08-04 di Wayback Machine, City Futures Conference, (University of Illinois at Chicago, July 2004) – Table 5 (p.34)
  34. ^ gstudy.com international statisticsPDF (522 KB)
  35. ^ http://www.aci.aero/aci/aci/file/Press%20Releases/2007_PRs/PR_180707_TOP10.pdf
  36. ^ In Pictures: Top Billionaire Cities, Forbes, 3 Jun 2009
  37. ^ PriceWaterhouseCoopers, "UK Economic Outlook, March 2007", page 5. ""Table 1.2 – Top 30 urban agglomeration GDP rankings in 2005 and illustrative projections to 2020 (using UN definitions and population estimates)"" (PDF). Dicapai pada 2007-03-09.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]