Pergi ke kandungan

Kuwait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negeri Kuwait
نڬري كويت
دولة الكويت
Dawlat al Kuwayt
Bendera Kuwait
Coat of arms Kuwait
Bendera Coat of arms
Cogan kataUntuk Kuwait
Lagu kebangsaanAl-Nasheed Al-Watani
Lokasi Kuwait
Ibu negara
dan bandar terbesar
Bandaraya Kuwait
Bahasa rasmibahasa Arab
KerajaanRaja berperlembagaan
• Amir
Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah (حضرة صاحب السمو الشيخ)
Ahmad Al-Abdullah Al-Sabah (أحمد عبد الله الأحمد الصباح)
Kemerdekaan
• Perairan (%)
Sedikit sahaja
Penduduk
• Perkiraan 2019
4,163,2401 (123)
• Bancian Penduduk 2002
1,670,244
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$301.1 billion (57)
$72,363 (6)
HDI (2019)0.894
sangat tinggi · 29
Mata wangDinar Kuwait
(KWD)
Zon waktu()
• Musim panas (DST)
UTC+3
Arah memandukanan
Kod panggilan+965
Kod ISO 3166KW
DPT internet.kw
1Angka termasuk 2 juta orang bukan warganegara (anggaran akhir 2005)
Pesawat USAF (F-16, F-15C dan F-15E) terbang di atas medan minyak Kuwait yang dibakar oleh tentera Iraq yang berundur semasa Operasi Ribut Gurun pada tahun 1991.


Negara Kuwait (Arab: الكويت) ialah sebuah negara raja berperlembagaan yang terletak di pantai Teluk Arab. Negara ini bersempadan dengan Iraq di utara, dan Arab Saudi di selatan. Nama Kuwait ialah singkatan perkataan Arab yang membawa maksud "kubu yang dibina dekat air".

Kuwait ditubuhkan pada abad ke-16 ketika beberapa suku Badwi dari puak "Al Aniza" berhijrah ke pesisir utara Teluk Arab dari Najd, tanah air mereka di negeri Arab Tengah yang dilanda kebuluran. Mereka menetap di tempat yang kini dikenali sebagai Qatar selama melebihi 60 tahun sebelum berhijrah sekali lagi menyeberangi laut untuk menetap di Kepulauan De Chader, dan membina sebuah "kut" (kubu yang kecil) di sana.

Pemerintah-pemerintah negara ini yang terkini dari keturunan Sabah I. Sabah I telah dipilih oleh komunitinya yang terdiri terutamanya daripada saudagar-saudagar, dan ditugaskan untuk mentadbirkan hal ehwal negara, termasuk hal ehwal luar negeri dan pencukaian. Cara ini berbeza dengan kebanyakan amiriah yang lain di Teluk Parsi yang dikuasai oleh para pemerintah yang merampas kuasa.

Abad ke-17 melihat Semenanjung Arab mengalami masa-masa yang huru-hara. Kawasan yang kini merupakan Kuwait ketika itu dihuni oleh puak-puak dan dipergunakan untuk perdagangan rempah dari India. Menjelang abad ke-18, kebanyakan orang tempatan mencari rezeki melalui penjualan mutiara. Akan tetapi ketika perladangan mutiara dikembangkan di Jepun semasa dekad 1930-an, Kuwait jatuh miskin.

Pada tahun 1899, pengaruh British yang semakin bertambah menyebabkan Kuwait menjadi salah satu negeri naungan British. Minyak mengubah Kuwait menjadi salah satu negara yang terkaya di Semenanjung Arab. Pada tahun 1953, Kuwait menjadi pengeksport minyak yang terbesar di Teluk Parsi. Pertumbuhan yang pesat ini menarik banyak buruh pendatang yang jarang diberikan kewarganegaraan. Setelah mengumpulkan banyak kekayaan, Kuwait menjadi negara pertama di Teluk Arab untuk mengisytiharkan kemerdekaan pada 19 Jun 1961. Iraq mencabar pengisytiharan ini, dan menuntut bahawa Kuwait merupakan sebahagian wilayahnya. Iraq mengugut untuk menyerang Kuwait tetapi dihalang oleh pihak British yang menurunkan tenteranya.

Satu tempoh yang penting dalam perkembangan politik, sosial, dan ekonomi Kuwait ialah kejatuhan pasaran saham Souk Al-Manakh pada tahun 1982. Kejatuhan yang utama ini mempunyai akibat-akibat yang meluas dan kekal dalam ingatan awam selama berdekad-dekad kemudian.

Setelah bersekutu dengan Iraq dalam Perang Iran-Iraq sehingga pengakhirannya pada tahun 1988 (Kuwait membayar Iraq untuk melindunginya daripada apa yang dianggap sebagai ancaman yang ditimbulkan oleh Iran), Kuwait diserang dan diilhakkan oleh Iraq (di bawah Saddam Hussein) pada 2 Ogos 1990. Alasan utama Hussein termasuk tuduhan bahawa wilayah Kuwait sebenarnya merupakan sebuah provinsi Iraq, dan pengilhakan itu merupakan tindakan balas terhadap "perang ekonomi" Kuwait yang dikatakan dimulakannya melalui penggerudian condong untuk memperoleh bekalan minyak wilayah-wilayah Iraq. Hussein menggulingkan pemerintahan beraja selepas pengilhakannya dan melantik seorang gabenor Kuwait yang baru.

Diberikan kuasa oleh Majlis Keselamatan PBB, sebuah angkatan tentera campuran yang terdiri daripada 34 buah negara, diketuai oleh Amerika Syarikat, bertempur dalam Perang Teluk Arab untuk membebaskan Kuwait. Selepas enam minggu pertempuran yang ganas pada awal 1991, angkatan tentera Iraq terpaksa berundur dari Kuwait pada 26 Februari 1991. Semasa pengunduran, Angkatan Tentera Iraq mengenakan dasar pembakaran tanah melalui membakar medan-medan minyak Kuwait. Kebakaran itu mengambil melebihi sembilan bulan untuk mematikannya, dengan kos pembaikan infrastruktur minyak melebihi ASD$5 bilion. Sesetengah bangunan dan kemudahan infrakstruktur (termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait) juga mengalami kerosakan yang teruk semasa peperangan.

Kuwait kini di bawah pemerintahan Amir Sabah Al-Ahmad Al-Jabir Al-Sabah (sejak 29 Januari 2006) sebagai sebuah negara merdeka dan mempunyai kepentingan yang strategik untuk Amerika Syarikat.

Kuwait ialah sebuah negara di Asia Barat, bersempadan dengan Teluk Parsi, antara Iraq dan Arab Saudi. Kuwait terletak di sudut barat laut jauh Teluk Parsi. Kuwait berkeluasan 17,820 kilometer persegi. Pada titik paling jauh, ia adalah kira-kira 200 km (120 bt) utara ke selatan, dan 170 km (110 bt) timur ke barat. Kuwait mempunyai 10 pulau. Kawasan Kuwait kebanyakannya terdiri daripada padang pasir.

Kuwait adalah sebuah emiriah dengan sistem politik autokratik.[1] Sistem politik terdiri daripada badan kehakiman yang dilantik, kerajaan yang dilantik (didominasi oleh keluarga pemerintah Al Sabah), dan parlimen yang dipilih secara nominal.[1]

Ekonomi Kuwait adalah ekonomi berasaskan petroleum yang kaya.[2] Kuwait adalah salah satu negara terkaya di dunia.[3][4][5] Dinar Kuwait adalah unit mata wang bernilai tertinggi di dunia.[6] Menurut Bank Dunia, Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia mengikut pendapatan negara kasar per kapita.[7] Ekonomi Kuwait adalah yang kedua puluh terbesar di dunia mengikut KDNK per kapita.[3] Hasil daripada pelbagai dasar kepelbagaian, petroleum kini menyumbang 43% daripada jumlah KDNK dan 70% daripada pendapatan eksport. Pembuatan keluli adalah industri kedua terbesar di Kuwait.[8] Kuwait berdikari dalam keluli.[9][10][11][12]

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Kerumunan penonton Kuwait.

Ini ialah demografi penduduk Kuwait (Arab: سكان الكويت).

Ekspatriat menyumbang kira-kira 60% daripada jumlah penduduk Kuwait, dengan warga Kuwait membentuk 38%-42% daripada jumlah penduduk. Kerajaan dan beberapa warga Kuwait menganggap perkadaran ekspatriat (yang relatif stabil sejak pertengahan 1970-an) sebagai masalah, dan pada 2016 jumlah pengusiran meningkat.[13]

Agama di Kuwait mengikut etnik (1 Januari 2023)[14]
Islam Kuwait
  
99.97%
bukan Kuwait
  
63.02%
Kristian Kuwait
  
0.01%
bukan Kuwait
  
26.08%
Hinduisme dan Lain-lain Kuwait
  
0%
bukan Kuwait
  
10.88%

Agama di Kuwait (jumlah penduduk, 31 Disember 2020)[14]

  Islam (75%)
  Kristian (18%)
  Agama lain (7%)

Islam adalah agama rasmi di Kuwait, dan majoriti penduduk rakyatnya beragama Muslim.[15]

Terdapat juga penduduk asli Kristian dan Bahá'í yang kecil.[16][17] Kebanyakan ekspatriat di Kuwait beragama Islam, Hindu, Kristian atau Buddha.[15]

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]
Pakaian perkahwinan tradisional Kuwait pada tahun 1970-an.

Kebudayaan Kuwait menerangkan aspek budaya masyarakat Kuwait dan merupakan sebahagian daripada budaya Arab Timur. Budaya popular Kuwait, dalam bentuk puisi dialek, filem, teater, radio dan sinetron televisyen, berkembang pesat malah dieksport ke negeri jiran.[18][19] Di negara-negara Arab di Teluk Parsi, budaya Kuwait adalah yang paling hampir dengan budaya Bahrain.[20]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Gandhi, Jennifer (2008), "Institutions and Policies under Dictatorship", Political Institutions under Dictatorship, Cambridge: Cambridge University Press, m/s. 44–52, doi:10.1017/cbo9780511510090.005, ISBN 978-0-511-51009-0, dicapai pada 16 November 2020
  2. ^ "Kuwait". The World Factbook. Agensi Perisikan Pusat. 10 April 2015.
  3. ^ a b "GDP per capita, PPP (current international $)", World Development Indicators database, World Bank. Kemas kini pangkalan data dihidupkan 14 April 2015.
  4. ^ GDP – per capita (PPP), The World Factbook, Central Intelligence Agency.
  5. ^ Economic Outlook Database, October 2015, International Monetary Fund. Kemas kini pangkalan data dihidupkan 6 Oktober 2015.
  6. ^ "10 Most Valuable Currencies in the World". Silicon India. 21 Mac 2012.
  7. ^ Grant Suneson (7 Julai 2019). "These are the 25 richest countries in the world". USA Today.
  8. ^ "Faisal Awwad Al Khaldi: Go Big or Go Home". The Business Year. 2019.
  9. ^ "KWT Steel: Our ultimate goal is to become a fully-integrated steel manufacturer". Steel Orbis. 13 November 2018.
  10. ^ "United Steel Industries covers Kuwait's demand for steel -- Chairman". Kuwait News Agency. 6 Februari 2007.
  11. ^ "New rebar capacity coming up in Kuwait". Steel Orbis. 19 November 2019.
  12. ^ "United Steel Industrial Co. (KWTSTEEL)". Epicos. 19 Ogos 2019.
  13. ^ "Kuwait steps up deportations of expat workers". 29 April 2016. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  14. ^ a b "PACI Statistics". Kuwait Public Authority for Civil Information. Dicapai pada 1 Februari 2019.
  15. ^ a b "US State Dept 2022 report on International Religious Freedom in Kuwait". Jabatan Negara Amerika Syarikat. 2022.
  16. ^ "Nationality By Religion and Nationality". Government of Kuwait (dalam bahasa Arab).
  17. ^ "International Religious Freedom Report for 2007". Jabatan Negara Amerika Syarikat. 2007.
  18. ^ Clive Holes (2004). Modern Arabic: Structures, Functions, and Varieties. Georgetown University Press. m/s. 75. ISBN 978-1-58901-022-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2020. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  19. ^ Ali Alawi. "Ali's roadtrip from Bahrain to Kuwait (PHOTOS)". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2016. Dicapai pada 5 Julai 2016. The trip to Kuwait – a country that has built a deep connection with people in the Arabian Gulf thanks to its significant drama productions in theater, television, and even music – started with 25 kilometers of spectacular sea view
  20. ^ Zubir, S.S.; Brebbia, C.A., penyunting (2014). The Sustainable City VIII (2 Volume Set): Urban Regeneration and Sustainability. Volume 179 of WIT Transactions on Ecology and the Environment. Ashurst, Southampton, UK: WIT Press. m/s. 599. ISBN 978-1-84564-746-9.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]