Guangzhou
Guangzhou
广州市 ݢواڠظوو | |
---|---|
Negara | Republik Rakyat China |
Wilayah | Guangdong |
Pentadbiran | |
• Jenis | Bandar subwilayah |
• Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China | Ren Xuefeng |
• Datuk Bandar | Chen Jianhua |
Keluasan | |
• Bandar subwilayah | 7,434.4 km2 (2,870 batu persegi) |
• Bandar | 3,843.43 km2 (1,483.95 batu persegi) |
Aras | 21 m (68 ft) |
Penduduk (2013)[2] | |
• Bandar subwilayah | 15,000,000 |
• Kepadatan | 2,000/km2 (5,200/batu persegi) |
• Bandar | 12,926,800 |
• Metro | 44,449,738 |
Demonim | Kantonis |
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Piawai China) |
Poskod | 510000 |
Kod kawasan | (0)20 |
GDP[3] | 2014 |
- Total | ¥2.3 trilion $347 bilion ($0.66 trillion, PPP) |
- Per kapita | ¥158,638 $23,963 ($46,778, PPP) |
- Growth | ▲ 8.6% |
Plat kenderaan | 粤 A |
Bunga | Bombax ceiba |
Burung | Garrulax canorus |
Laman sesawang | english |
Guangzhou[4] (Cina Ringkas: 广州; Cina Tradisional: 廣州; sebutan Kantonis: [kʷɔ̌ːŋ.tsɐ̂u] atau [kʷɔ̌ːŋ.tsɐ́u] (dengar Diarkibkan 2018-10-14 di Wayback Machine); sebutan Mandarin: [kwàŋ.ʈʂóu] (dengar)) juga dikenali sebagai Canton atau Kwangchow,[5] ialah ibu kota dan bandar terpadat di wilayah Guangdong di selatan China.[6] Ia terletak di Sungai Mutiara, kira-kira 120 km utara membarat laut dari Hong Kong dan 145 km utara dari Makau. Guangzhou telah wujud lebih daripada 2,200 tahun dan merupakan destinasi terakhir Laluan Sutera laut,[7] perlabuhan utama dunia dan juga adalah antara tiga bandar terbesar China.[8]
Bahagian-bahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Guangzhou ialah sebuah bandar raya subwilayah. Ia menguasai lebih sepuluh daerah (区, Qū) dan dua bandar peringkat daerah (市, shi):
Peta | # | Nama | Hanzi | Hanyu Pinyin | Penduduk (2008) |
Luas (km²) | Kepadatan (/km²) |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sentral Guangzhou | 3,969,000 | 326 | 12,175 | ||||
1 | Daerah Yuexiu | 越秀区 | Yuèxiù Qū | 1,163,000 | 33 | 35,242 | |
2 | Daerah Liwan | 荔湾区 | Lìwān Qū | 734,000 | 62 | 11,839 | |
3 | Daerah Haizhu | 海珠区 | Hǎizhū Qū | 923,000 | 90 | 10,256 | |
4 | Daerah Tianhe | 天河区 | Tiānhé Qū | 1,149,000 | 141 | 8,149 | |
Subbandar dalam | 2,006,000 | 1,336 | 1,501 | ||||
5 | Daerah Baiyun | 白云区 | Báiyún Qū | 1,637,000 | 825 | 1,984 | |
6 | Daerah Huangpu | 黄埔区 | Huángpù Qū | 197,000 | 122 | 1,615 | |
10 | Daerah Luogang | 萝岗区 | Luógāng Qū | 172,000 | 389 | 442 | |
Luar subbandar | 2,373,000 | 2,167 | 1,095 | ||||
7 | Daerah Panyu | 番禺区 | Pānyú Qū | 1,495,000 | 961 | 1,556 | |
8 | Daerah Huadu | 花都区 | Huādū Qū | 729,000 | 662 | 1,101 | |
9 | Daerah Nansha | 南沙区 | Nánshā Qū | 149,000 | 544 | 274 | |
Bandar satelit | 1,384,000 | 3,716 | 372 | ||||
11 | Zengcheng | 增城市 | Zēngchéng Shì | 827,000 | 1,741 | 475 | |
12 | Conghua | 从化市 | Cónghuà Shì | 557,000 | 1,975 | 262 | |
Jumlah | 9,732,000 | 7,545 | 1,289 |
Iklim
[sunting | sunting sumber]Guangzhou berada di subtropika lembap dan alami musim tengkujuh atau monsun. Ia dapat banyak sinaran matahari dan hujan. Suhu purata adalah antara 21.4 ke 21.9 °C dan suhu terendah pada musin sejuk adalah kira-kira 10 °C). Musim tengkujuh berlangsung selama enam bulan dan taufan di musim panas membawakan banyak hujan. Kelembapan purata ialah 77 peratus.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bandar raya ini didirikan pada tahun 214 SM. Bandar raya ini berkembang pesat di bawah regim China lama, di mana kuil Buddha tumbuh bercambah dengan kominiti yang lebih padat. Lebih-lebih lagi dengan bantuan dan sokongan dari pedagang Arab dan Hindu. Sempadan bandar diperluas bagi menampung pertumbuhan dan kepadatan penduduk di dalam Dinasti Sung (960-1279) dan imigrasi penduduk selatan China untuk menghindari serangan Mongol dari utara abad 13-14. Dinasti Man Chu memerintah 1644-1911, dan Guangzhou menjadi ibu negeri Guangdong dan Guangxi. EIC mulai berdagang pada 1699, dan Perang Candu I (1839-1842) berakhir apabila penduduk Guangzhou merampas dan menghancurkan candu-candu haram yang diselupkan oleh Inggeris, yang mendorong penggunanya melemahkan pekerja India dan China.
Perang Candu II terjadi di antara Inggeris, Perancis, dan China pada 1856, dan Guangzhou dijajah oleh pihak Inggeris-Perancis sehingga tahun 1861. Pada ketika itu juga permusuhan di dalam dinasti yang berkuasa meletuskan Pemberontakan Tai Ping (1820-1864). Gerakan ini menjadi gerakan bawah tanah selepas kekalahan pertama pemberontak dalam susah payahnya dan kemudian muncul lagi bersama Sun Yat Sen pada 1885.
Pada tahun 1949, setelah penjajahan Jepun di dalam Perang Dunia II, pemerintahan komunis mengambil alih kekuasaan dan pertumbuhan banda raya dan berlanjutan sehingga wujudnya Revolusi Kebudayaan pada 1966-1967.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Guangzhou ialah pusat pengeluaran utama Delta Sungai Mutiara, satu daripada kawasan komersial dan pembuatan yang mendahului di tanah besar China. Dalam 2009, KDNK mencecah ¥911.28 bilion (AS $133.5 bilion), per kapita ialah ¥89,498 (AS $13,111).[9]
Zon perindustrian
[sunting | sunting sumber]- Zon Pemprosesan Export Nansha Guangzhou
Zon telah ditubuhkan pada 2005. Jumlahnya kawasan terancang adalah 1.36 km2 (0.53 bt2).[10] Terletak di Daerah Nansha dan ia menjadi kepunyaan ibu negeri wilayah, Guangzhou. Industri-industri utama digalakkan dalam zon termasuk permasangan kereta, bioteknologi dan industri berat. Terletak dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou dan Pelabuhan Shenzhen.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "土地面积、人口密度(2008年)". Statistics Bureau of Guangzhou. Dicapai pada 2010-02-08.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-16. Dicapai pada 2019-03-16. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) - ^ 2010年广州市国民经济和社会发展统计公报 (dalam bahasa Chinese). Statistics Bureau of Guangzhou. April 7, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-09. Dicapai pada 2011-05-25.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "MapMachine". Maps.nationalgeographic.com. Dicapai pada 2010-05-06.
- ^ "Guangzhou (China)". Encyclopædia Britannica. Accessed 12 September 2010.
- ^ "Illuminating China's Provinces, Municipalities and Autonomous Regions". Laman sesawang rasmi PRC Central Government. Diarkibkan dari asal pada 19 Jun 2014. Dicapai 13 Jun 2019.
- ^ 海上丝绸之路的三大著名港口 [Tiga pelabuhan terkenal di Laluan Sutera Maritim]. People.cn. Diarkibkan daripada asal 3 Jun 2016. Dicapai 20 Mei 2014.
- ^ "Tourism Administration of Guangzhou Municipality". visitgz.com. Diarkibkan daripada asal pada 6 September 2010. Dicapai 13 Jun 2010.
- ^ {{http://www.gdstats.gov.cn/tjnj/e3.htm Diarkibkan 2011-06-11 di Wayback Machine
- ^ a b "RightSite.asia". RightSite.asia. Dicapai pada 2010-05-06.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Guangzhou |
- Guangzhou International - Official website of government of Guangzhou municipality
- Guangzhou, China Network Diarkibkan 2008-01-20 di Wayback Machine
- Guangzhou Municipal Bureau of Tourism Diarkibkan 2010-11-25 di Wayback Machine
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Guangzhou.