Pergi ke kandungan

Wolfsschanze

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wolf's Lair
Wolfsschanze
Pintu masuk ke Führer Bunker di Wolfsschanze.
Wolfsschanze yang terletak di Poland
Wolfsschanze
Location within Poland
EtimologiAdolf Hitler Sunting nilai ini di Wikidata
Maklumat umum
JenisHeadquarters (en) Terjemahstruktur seni bina Sunting nilai ini di Wikidata
LokasiKętrzyn
Bandar/pekanHutan Gierłoż, Rastenburg, Poland
NegaraPoland dan Jerman Nazi Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat54°04′46″N 21°29′37″E / 54.079344°N 21.493544°E / 54.079344; 21.493544Koordinat: 54°04′46″N 21°29′37″E / 54.079344°N 21.493544°E / 54.079344; 21.493544
Pembinaan bermula1940
Disiapkan pada21 Jun 1941
Dimusnahkan pada24-25 Januari 1945
PemilikKerajaan Poland
Butiran teknikal
BahanKonkrit diperkukuhkan Sunting nilai ini di Wikidata
Reka bentuk dan seni bina
Firma arkitekHochtief AG
Organisasi Todt
Kontraktor utamaOrganisasi TodtHochtief (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak web
https://wolfsschanze.pl/en/location-and-construction/ Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Lokasi Wolf's Lair dalam sempadan sekarang.

Wolfsschanze ("Sarang Serigala" - juga dalam bahasa Inggeris: Wolf's Lair) adalah merupakan sebuah ibu pejabat ketenteraan pertama Adolf Hitler di perbatasan timur semasa Perang Dunia II. Ia merupakan salah satu daripada beberapa Markas Führer (Führerhauptquartier) yang terletak di pelbagai tempat di Eropah. Kompleks ini yang dibina untuk Operasi Barbarossa, serangan Jerman ke atas Kesatuan Soviet pada tahun 1941, terletak di dalam hutan Masuria, kira-kira 8 kilometer (5.0 bt) daripada sebuah bandar kecil Rastenburg, Prusia Timur (kini Kętrzyn di Poland).

Sistem kubu asal telah dibina oleh Organisasi Todt, tetapi rancangan pembesaran selepasnya tidak pernah disiapkan; kerja-kerja pembesaran telah dihentikan hanya beberapa hari sebelum kemaraan Tentera Merah Rusia ke Angerburg (kini Węgorzewo), sejauh kira-kira 15 kilometer (9.3 bt) darinya. Merupakan markas paling rahsia dengan keselamatan yang ketat, ia telah dikawal oleh anggota-anggota daripada Reichssicherheitsdienst SS dan pasukan daripada Führer Begleit Brigade armor Wehrmacht'. Walaupun tiga zon sekuriti mengelilingi tengah kompleks dimana Führer bunker ditempatkan, satu percubaan membunuh Hitler telah berlaku di Wolf's Lair pada 20 Julai 1944.

Hitler tiba buat pertama kali di Wolf's Lair pada lewat malam 23 Jun 1941,[1] dan berlepas pulang untuk kali terakhir pada 20 November 1944. Keseluruhannya, beliau telah menghabiskan lebih daripada 800 hari di sini sepanjang tempoh 3 1/2-tahun.

Kompleks ini dimusnahkan dan ditinggalkan pada 25 Januari 1945, hanya 48 jam sebelum kedatangan tentera Soviet. Sisa tinggalannya kini terletak di perkampungan desa, Gierłoż (Jerman: Forst Görlitz) berdekatan Kętrzyn, Poland.[2]

Wolfsschanze berasal dari perkataan "Wolf" (Serigala), iaitu nama samaran Hitler (mungkin selepas nama pertama, Adolf).[3] Beliau mula menggunakan nama samaran pada awal tahun 1930an dan ia kerap dipanggil oleh orang yang rapat dengannya. Perkataan "Wolf" telah digunakan dalam beberapa markas Hitler diseluruh taklukan Eropah, seperti Wolfsschlucht I dan II di Belgium dan Werwolf di Ukraine.[4]

Walaupun terjemahan standard dalam bahasa Inggeris ialah "Wolf's Lair", perkataan Schanze dalam bahasa Jerman merujuk kepada "perlindungan" atau "kubu" dalam bahasa Inggeris Norman.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama kershaw
  2. ^ Dahulunya, kompleks ini terletak di wilayah Prusia Timur, Jerman, iaitu bahagian selatan di mana ia kemudian telah diberikan kepada Republik Rakyat Poland selepas tamat perang pada tahun 1945.
  3. ^ Antony Beevor (2001). Stalingrad. London: Penguin Books. m/s. 97. ISBN 0-14-100131-3. As an alternative to Wolfsschanze at Rastenburg, it was code-named Werwolf. (The word Wolf, an old German version of Adolf, clearly gave the Führer an atavistic thrill.)
  4. ^ John Toland (1978). Adolf Hitler. New York: Ballantine Books. m/s. 978. ISBN 0-345-27385-0. Hitler moved his headquarters deep into the Ukraine […] a few miles northeast of Vinnitsa. Christened Werwolf by himself, it was an uncamouflaged collection of wooden huts located in a dreary area.
Sumber
Dokumentari

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]