Pergi ke kandungan

Verizon Communications

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Verizon Communications Inc.
Nama dahuluBell Atlantic Corporation (1983–2000)
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagai
ISINUS92343V1044 Sunting ini di Wikidata
Industri
PendahuluGTE
AT&T Corporation Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan7 Oktober 1983; 41 tahun yang lalu (1983-10-07)[1]
PengasasAT&T Corporation
Ibu pejabat1095 Avenue of the Americas
New York City, New York, Amerika Syarikat[2]
Tokoh penting
  • Lowell McAdam (Pengerusi)
  • Hans Vestberg (CEO)
Keluaran
Hasil US$126.034 bilion (2017)[3]
Pendapatan kendalian US$27.414 bilion (2017)[3]
Pendapatan bersih US$30.101 bilion (2017)[3]
Modal232,130,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset US$257.143 bilion (2017)[4]
Jumlah ekuiti US$43.096 bilion (2017)[4]
PemilikThe Vanguard Group, BlackRock Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan 155,400 (2017)[5]
Pembahagian
  • Verizon Wireless
  • Verizon Wireline
Anak syarikat
  • Oath Inc.
  • Skyward
  • Verizon Business Markets
  • Verizon Delaware
  • Verizon Enterprise Solutions
  • Verizon Fios
  • Verizon Maryland
  • Verizon New England
  • Verizon New Jersey
  • Verizon New York
  • Verizon North
  • Verizon Pennsylvania
  • Verizon South
  • Verizon Connect
  • Verizon Ventures
  • Verizon Virginia
  • Verizon Washington, D.C.
  • XO Communications
  • VHMP (50%)
Tapak webverizon.com
Facebook: verizon Twitter: verizon Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Verizon Communications Inc. (Mengenai audio inidengarkan ) (/vəˈrzən/ və-RY-zən), atau Verizon, merupakan konglomerat telekomunikasi multinasional Amerika dan komponen korporat Dow Jones Industrial Average.[6] Ia beroperasi di 1095 Avenue of the Americas di Midtown Manhattan, New York City,[2] tetapi diperbadankan di Delaware.

Pada 1984, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memberi mandat kepada AT&T Corporation untuk memecahkan Sistem Bell dan berpecah kepada dua syarikat, dipanggil "Baby Bells". Salah satu baby bells, Bell Atlantic,[7] diwujudkan pada 1984 terdiri daripada syarikat berasingan New Jersey Bell, Bell of Pennsylvania, Diamond State Telephone, dan C&P Telephone, dengan jejak langkah dari New Jersey ke Virginia. Syarikat ini kemudiannya menjadi Verizon.

Sebagai sebahagian daripada penjenamaan Baby Bells pada pertengahan tahun 1990-an, semua syarikat operasi Bell Atlantic menggunapakai nama syarikat induk itu. Pada tahun 1997, Bell Atlantic berkembang ke New York dan New England dengan menggabungkan dengan rakan-rakan Baby Bell NYNEX. Walaupun Bell Atlantic adalah nama syarikat yang masih bertahan, syarikat yang bergabung itu memindahkan ibu pejabatnya dari Philadelphia ke ibu pejabat lama NYNEX di New York City. Pada tahun 2000, Bell Atlantic memperoleh GTE, yang mengendalikan syarikat-syarikat telekomunikasi di kebanyakan negara lain yang belum berada di jejak Bell Atlantic. Bell Atlantic, entiti yang masih bertahan, menukar namanya menjadi "Verizon", digabungkan dari perkataan veritas (Latin untuk "kebenaran") dan horizon (Inggeris untuk "ufuk").[8]

Pada 2015, Verizon mengembangkan perniagaan kepada pemilikan kandungan dengan memperoleh AOL,[9][10] dan dua tahun kemudian, ia memperoleh Yahoo!. AOL dan Yahoo telah dipindakan ke pembahagian baru bernama Oath Inc.

Setakat 2016, Verizon ialah salah satu daripada tiga syarikat yang masih ada di akar umbi bekas Baby Bells. Dua lagi, seperti Verizon, wujud sebagai hasil daripada penggabungan antara rakan-rakan bekas ahli Baby Bells. SBC Communications, membeli bekas syarikat induk Bells AT&T Corporation, dan mengambil alih nama AT&T. CenturyLink dibentuk pada awal tahun 2011 dengan pengambilalihan Qwest (dahulunya dinamakan US West).

Anak syarikat Verizon, Verizon Wireless ialah penyedia perkhidmatan telekomunikasi wayarles terbesar A.S. setakat September 2014, dengan 147 juta pelanggan mudah alih.[11] Dan setakat 2017, Verizon adalah satu-satunya syarikat telekomunikasi yang didagangkan secara awam untuk mempunyai dua penyenaraian saham di negara asalnya, sama ada NYSE (utama) dan NASDAQ (kedua).[12] Setakat 2017, ia juga merupakan syarikat telekomunikasi kedua terbesar mengikut hasil pendapatan selepas AT&T.[13]

  1. ^ "CBS MarketWatch profile, Verizon Communications, Inc". Marketwatch.com. Dicapai pada 2013-06-13.
  2. ^ a b Patrick Meehan (June 29, 2014). "Verizon to Return to Its Former Midtown Tower, but on a Smaller Scale". Dicapai pada October 5, 2015.
  3. ^ a b c "Verizon Communications Inc. (VZ) Income Statement". NASDAQ.com. Dicapai pada 10 March 2018.
  4. ^ a b "Verizon Communications Inc. (VZ) Balance Sheet". NASDAQ.com. Dicapai pada 10 March 2018.
  5. ^ "Who We Are". www.verizon.com. Verizon. Dicapai pada 10 March 2018.
  6. ^ "Companies in the Dow Jones Industrial Average". CNNMoney. Dicapai pada April 24, 2013.
  7. ^ "Verizon | Company History".
  8. ^ "Verizon p;— Investor Relations — Company Profile — Corporate History". Dicapai pada September 14, 2011.
  9. ^ Ingrid Lunden, TechCrunch. "In Big Media Push, Verizon Buys AOL For $4.4B [Memo From AOL CEO Tim Armstrong]." May 12, 2015. Retrieved Jan 8, 2016.
  10. ^ Kevin Fitchard, Fortune. "The real reason Verizon bought AOL." Jun 24, 2015. Retrieved Jan 8, 2016.
  11. ^ "Grading the top 8 U.S. wireless carriers in the third quarter of 2014". FierceWireless. November 10, 2014. Dicapai pada March 13, 2015.
  12. ^ Peterson, Kristina. "Verizon Begins Dual-Listing, Adds Presence At Nasdaq".
  13. ^ Gara, Antoine. "The World's Largest Telecom Companies: AT&T And Verizon Top China Mobile".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]