Universiti Taylor's
Taylor's University | |
Nama lama | Taylor's University College (2006) |
---|---|
Moto | Wisdom, Integrity, Excellence |
Jenis | Swasta |
Ditubuhkan pada | 2006 |
Penggabungan | Taylor's Education Group |
Naib Canselor | Barry Winn |
Alamat | No.1, Jalan Taylor's 47500 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia , , , |
Kampus | Kampus Tepi Tasik |
Warna | Hitam dan Merah |
Laman sesawang | university |
Universiti Taylor's (bahasa Inggeris: Taylor's University ) juga dikenali sebagai Taylor's ialah sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Ia merupakan universiti swasta terb Malaysia berdasarkan QS World University Rankings.[1][2]
Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai sebuah kolej, kemudian dinaikkan ke status kolej universiti pada tahun 2006 dan diberi status universiti pada tahun 2010.
Taylor's University ialah sebahagian daripada Kumpulan Pendidikan Taylor's, yang turut merangkumi British University Vietnam, Kolej Taylor's, Sekolah Antarabangsa Garden, Sekolah Antarabangsa Nexus, Sekolah Antarabangsa Australia Malaysia dan Sekolah Antarabangsa Taylor's.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2006, Taylor's telah dianugerahkan status 'Kolej Universiti',[3] yang menghasilkan dua identiti berbeza di bawah cabang pendiditkan tinggi jenama tersebut – Kolej Taylor's dan Kolej Unviersiti Taylor's.
Kerja-kerja pembinaan Kampus Tepi Tasik Universiti Taylor's di Subang Jaya, yang bernilai RM450 juta, bermula pada awal tahun 2007 dan selesai pada Januari 2010.
Taylor's secara rasmi dianugerahkan sebagai status universiti penuh pada September 2010[4] oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, menjadikannya salah satu institusi pengajian tinggi swasta terkemuka di negara ini.[2]
Kampus Tepi Tasik
[sunting | sunting sumber]Pada 2011, universiti ini menerima Anugerah Penghormatan Khas daripada Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dalam Kategori 3: Anugerah Profesional dalam Reka Bentuk dan Perancangan Landskap.[5] Kampus Tepi Tasik ini telah dianugerahkan dalam ketiga-tiga kategori bangunan iaitu Reka Bentuk Dalaman, Seni Bina dan Landskap.
Alumni terkenal
[sunting | sunting sumber]Perniagaan
[sunting | sunting sumber]- Khalila Mbowe, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Unleashed Africa Company Limited
Sukan
[sunting | sunting sumber]- Syakilla Salni Jefry Krisnan, pemenang pingat emas, Sukan Asia 2014
Media dan hiburan
[sunting | sunting sumber]- Vanessa Tevi Kumares, Miss Universe Malaysia 2015
- Charmaine Chew, finalis Miss Universe Malaysia 2018, finalis Miss International 2019
- Darius Shu, ahli sinematografi dan pembuat filem
- Serene Lim Shyi Yee, pelakon
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]- Ainan Celeste Cawley, anak ajaib Singapura
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Taylor's University". Top Universities (dalam bahasa Inggeris). 2015-07-16. Dicapai pada 2019-03-02.
- ^ a b "Taylor's takes private university top spot in Malaysia | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-10. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "University's first chancellor | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2021-02-01.
- ^ "taylor's university malaysia | Taylors University Malaysia Programs". Study In Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 2016-12-06. Dicapai pada 2021-02-01.
- ^ "ILAM MLAA Awards Winner Lists 2011". Institute of Landscape Architects Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-12.