Pergi ke kandungan

Tisfun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tisfun
Ctesifon
𐭲𐭩𐭮𐭯𐭥𐭭
Peta Seleukia-Tisfun pada zaman Sasan
Tisfun yang terletak di Iraq
Tisfun
Lokasi di Iraq
LokasiSalman Pak, Baghdad, Iraq
WilayahMesopotamia
Koordinat33°5′37″N 44°34′50″E / 33.09361°N 44.58056°E / 33.09361; 44.58056Koordinat: 33°5′37″N 44°34′50″E / 33.09361°N 44.58056°E / 33.09361; 44.58056
JenisPenempatan
Sejarah
BudayaIran
Perincian tapak
Tarikh penggalian1928–1929, 1931–1932, 1960s–1970s
Ahli arkeologiOscar Reuther, Antonio Invernizzi, Giorgio Gullini
KeadaanRosak

Tisfun (daripada Parsi Pertengahan: 𐭲𐭩𐭮𐭯𐭥𐭭 tyspwn atau tysfwn,[1] Jawi dan Parsi: تیسفون, Yunani: Κτησιφῶν), juga dikenali sebagai Al-Madain atau Ctesifon, ialah sebuah bandar purba yang terletak di belah timur Sungai Dajlah, dan kira-kira 35 kilometer (22 bt) hala tenggara dari Baghdad sekarang. Tisfun dahulu merupakan ibu negeri Kerajaan Parsi di zaman Parthia dan Sasan selama setidak-tidaknya lapan ratus tahun.[2] Tisfun kekal sebagai ibu negeri kerajaan tersebut sehinggalah kedatangan Muslim di Parsi pada tahun 30 Hijrah, bersamaan dengan 651 Masihi.

Tisfun dahulu berkembang menjadi sebuah bandar raya perdagangan, dan bergabung bersama negeri-negeri jiran berdekatan Sungai Dajlah, termasuklah kota Seleukia. Tisfun dan kawasan berdekatannya kadangkala digelar sebagai "Bandar-bandar" (Aramia: Mahuza, Arab المدائن, Al-Mada'in). Pada abad keenam dan ketujuh, ia merupakan salah sebuah bandar terbesar di dunia yang wujud.[3]

Semasa Peperangan Romawi–Parthia, Tisfun jatuh ke tangan Empayar Rom tiga kali, dan kemudian dua kali ke tangan Sasan. Ia juga merupakan tempat berlakunya Pertempuran Tisfun pada tahun 363 Masihi. Selepas penaklukan Muslim, bandar tersebut tidak lagi dijaga dan penduduknya lesap menjelang abad kelapan, disebabkan oleh ibu negeri Abbasiyah di Baghdad mengambil gelarannya sebagai ibu pusat politik dan ekonomi. Binaan yang masih wujud kini yang paling menonjol ialah Taq Kasra, juga dikenali sebagai Gerbang Tisfun.[4]

Nama-nama

[sunting | sunting sumber]

Nama Tisfun dengan ejaan Ctesifon berasal daripada bahasa Latin iaitu Ctesiphon, yang diserap daripada bahasa Yunani Purba Ktēsiphôn (Κτησιφῶν). Nama ini berdasarkan nama sebenar tempat tersebut yang diolahkan ke dalam bahasa Yunani, dengan nama sebenarnya yang Tisfōn atau Tisbōn.[5] Dalam teks-teks Parsi dari zaman Sasan, ia dieja tyspwn, yang boleh dibaca sebagai Tīsfōn, Tēsifōn, dll. dalam bahasa-bahasa Parthia Manikaeios 𐫤𐫏𐫘𐫛𐫇𐫗, dalam Parsi Pertengahan 𐭲𐭩𐭮𐭯𐭥𐭭 dan dalam Sogdiana Kristian (dalam abjad Suryani). Bentuk ini dalam Parsi Baharu ialah Tisfun (تیسفون).

Teks-teks daripada majlis sinod Gereja Parsi menggelarkan bandar tersebut sebagai Qṭēspōn (Suryani: ܩܛܝܣܦܘܢ‎) atau kadangkala sebagai Māḥôzē (Syriac: ܡܚܘܙ̈ܐ‎) apabila merujuk kepada bandar raya bandung, Seleukia-Tisfun.

Dalam bahasa Arab moden, nama bandar ini digelar Ṭaisafūn (طيسفون), Qaṭaisfūn (قطيسفون) atau juga sebagai al-Mada'in (المدائن "Bandar-bandar", merujuk kepada Tisfun Besar). "Menurut Yāqūt Al-Hamawi [...], memetik kata Ḥamza, bentuk asal ialah Ṭūsfūn atau Tūsfūn, yang diolahkan dalam Arab sebagai Ṭaysafūn."[6] Nama bandar ini dalam bahasa Lamender/Armenia ialah Tizbon (Տիզբոն). Nama Tisfun pertama kalinya disebut di dalam Kitab Uzair[7] dalam Perjanjian Lama sebagai Kasfia/Casphia (kata terbitan daripada nama kaum, Kas, dan merupakan sama jenis dengan perkataan Kaspia dan Qazvin). Ia juga disebut dalam Talmud sebagai Aktisfon [8].

Puing Taq Kasra atau istana Tisfun, dengan gerbang, 1864

Tisfun terletak di kawasan Al-Madain kini, 32 km (20 bt) hala tenggara dari bandar Baghdad, Iraq, di Sungai Dajlah. Saiz kerajaan Tisfun adalah 30 kilometer persegi, lebih daripada dua kali ganda permukaan Empayar Rom di abad keempat yang bersaiz 13.7 kilometer persegi.

Gerbang Tisfun (Taq Kasra) dahulu sebahagian daripada istana diraja Tisfun dan dianggarkan berasal daripada abad ketiga dan keenam Masihi.[9] Ia kini terletak di bandar Salman Pak di Iran.

Zaman Parthia

[sunting | sunting sumber]

Tisfun diasaskan pada hujung 120-anSM. Ia dibina di tapak ketenteraan yang diletak serata Seleukia oleh Mithridates I dari Parthia. Zaman pemerintahan Gotarzes I sempat menyaksikan Tisfun menjadi ibu pusat hal ehwal politik dan perdagangan. Bandar ini kemudiannya dijadikan ibu negeri kerajaan tersebut semasa pemerintahan Orodes II pada kira-kira 58SM. Sedikit demi sedikit, bandar tersebut bergabung dengan Seleukia dan penempatan berdekatan untuk membentuk sebuah metropolis.

Peralihan ibu negeri ini mungkin disebabkan kehampiran Seleukia dengan ibu negeri lama mereka (Mithradatkirt, dan Hekatompilos di Hyrkania) dengan serangan bangsa Scythia.

Strabo ada menjelaskan tentang pengasasan Tisfun:

Di zaman purbakala, Babil merupakan bandar raya Suryani; tetapi sekarang Seleukia pula bandar rayanya, yakni Seleukia di Sungai Dajlah, itulah gelarannya. Berdekatan sana ialah sebuah penempatan bernama Ctesifon, penempatan yang besar. Penempatan ini, raja-raja Parthia biasa jadikannya tempat kediaman mereka masa musim sejuk maka orang Seleukia pun terselamat, dan supaya orang Seleukia tidaklah ditindas, orang biasa dan askar Scythia berkediaman bersama mereka. Oleh kerana kuasa Parthia, makanya, Ctesifon menjadi sebuah bandar berbanding sebuah penempatan; saiznya amat besar sampaikan ia mampu mengandungi berjumlah orang, dan ia telah dilengkapi dengan bangunan oleh puak Parthia; dan ia dibekalkan Parthia dengan barang-barang untuk dijual dan dengan seni citra yang menyukacitakan orang Parthia; bagi raja-raja Parthia mereka biasa berluangkan masa semasa musim sejuk di sana kerana udaranya segar, tetapi mereka bermusim panas di Ekbatana dan di Hyrkania kerana kehadiran kemasyhuran lama mereka.[10]

Disebabkan kepentingan Tisfun, ia menjadi sasaran penting bagi pemimpin Empayar Rom dalam peperangan mereka di wilayah timur. Bandar tersebut pernah ditakluk Rom sebanyak lima kali—tiga kali dalam abad ke-2. Maharaja Rom Trajan dapat takluk Tisfun pada tahun 116, tetapi pemangkunya, Hadrian, memulangkan ia pada tahun 117 sebagai perdamaian. Jeneral Rom Avidius Cassius jajah Tisfun pada tahun 164 dalam sebuah perang Parthia, tetapi tinggalkannya apabila mereka berdamai. Pada tahun 197, maharaja Septimius Severus jarah Tisfun dan jadikan penduduknya sebagai hamba abdi.

Zaman Sasan

[sunting | sunting sumber]
Peta Mesopotamia Sasan dan kawasan berhampirannya.

Pada tahun 226, Tisfun berada di dalam kawalan Kerajaan Sasan dan dijadikan ibu negeri serta menamatkan wangsa Parthia di Iran. Tisfun berkembang pesat di bawah pemerintahan Sasan, dan menjadi sebuah bandar raya yang dikenali dalam bahasa Arab sebagai Al-Madain, dan dalam bahasa Aramia sebagai Mahoze.[11] Daerah yang paling lama didiami di Tisfun ialah daerah timur, yang digelarkan dalam sumber-sumber bahasa Arab Islam sebagai "Bandar Lama" (مدينة العتيقة Madīnah al-'Atīqah), di mana kediaman Sasan, dikenali sebagai Istana Putih (قصر الأبيض), berada. Belah selatan Tisfun dikenali sebagai Asbānbar atau Aspānbar, yang dipenuhi mahligai, harta, permainan, kandang kuda, dan tempat mandi. Taq Kasra terletak di belah selatan.[11][12]

Belah barat dikenali sebagai Veh-Ardashir (maksudnya "bandar baik Ardashir" dalam bahasa Parsi Pertengahan), juga dikenali sebagai Mahoze oleh orang Yahudi, Kokhe oleh orang Kristian, dan Behrasir oleh orang Arab. Veh-Ardashir didiami dengan ramai orang Yahudi yang kaya, dan merupakan ibu pusat gereja keuskupan Nestor. Di selatan Veh-Ardashir ialah Valashabad.[11] Tisfun ada beberapa daerah yang dinamakan Hanbu Shapur, Darzanidan, Veh Jondiu-Khusrau, Nawinabad dan Kardakadh.[11]

Severus Alexander maju ke arah Tisfun pada tahun 233 tetapi kalah menentang Ardashir I, memetik laporan Herodian, seorang sejarawan Yunani.[13] Pada tahun 283, maharaja Carus menjarah Tisfun semasa ia mengalami pergolakan awam. Pada tahun 295, maharaja Galerius tewas di luar bandar tersebut. Namun, baginda kembali setahun kemudian dan menawan bandar Tisfun buat kali kelima demi Empayar Rom pada tahun 299. Baginda kembalikan ia kepada raja Parsi Narseh dan mengambil Armenia dan Mesopotamia barat. Pada c. 325 dan tahun 410, bandar tersebut—tidak pun jajahan Yunani di seberang sungai—menjadi tapak majlis gereja bagi Gereja Timur Assyria.[perlu rujukan]

Tisfun dari abad ke-4 (Peta Peutinger)

Selepas penaklukan Antokiah pada tahun 541, Khusrau I bangunkan sebuah bandar berdekatan Tisfun untuk penduduk-penduduk yang baginda tawan. Baginda menamakan bandar baharu ini Weh Antiok Khusrau, bermaksud "Antokiah yang lebih elok binaan Khusrau."[14] Para penduduk tempatan menggelari bandar baharu ini Rumagan, bermaksud "bandar Romawi" dan orang Arab gelarnya Al-Rumiyyah. Di samping Weh Antiok, Khusrau juga membina beberapa bandar kota lain.[15] Khusrau I mengusir 292,000 orang penduduk, hamba dan tawanan ke bandar baharu ini pada tahun 542.[16]

Pada tahun 590, seorang ahli Wangsa Mihran, Bahram Chobin menangkis pemerintah baharu Sasan Khusrau II dari Iraq, dan menawan wilayah tersebut. Setahun kemudian, Khusrau II dengan bantuan Empayar Byzantine merampas semula wilayah tersebut. Dalam pemerintahannya, kemasyhuran Al-Madain menurun disebabkan kepopularan kediaman musim sejuk baharu Khusrau di Dastagird.[17] Dalam tahun 627, Maharaja Byzantine Heraclius mengepung ibu negeri Sasan sehinggalah Parsi menerima perjanjian damai mereka. Tahun 628, suatu wabak melanda Tisfun, Al-Madain dan seluruh wilayah barat Kerajaan Sasan, dan melibatkan kemangkatan putera dan pemangku Khusrau, Kavadh II.[17]

Pada tahun 629, Tisfun berada dalam tangan tukang serobot Shahrbaraz dari Mihran buat seketika, tetapi beliau kemudiannya dibunuh penyokong puteri Khusrau II bernama Borandukht. Tisfun kekal di bawah peperangan di antara dua gajah Kerajaan Sasan: pihak Pahlawi (Parthia), di bawah Wangsa Ispahbudhan dan pihak Parsig (Parsi) di bawah Pairuz Khusrau.

Kejatuhan Sasan dan Penaklukan Muslim

[sunting | sunting sumber]

Dalam pertengahan zaman 630-an, Arab Muslim, yang telah menakluk tanah milik Kerajaan Sasan akhirnya menewaskan pihak Sasan dalam Perang Al-Qadisiyah.[11] Bangsa-bangsa Arab kemudian menyerang Tisfun, dan dijadikan jajahan sehinggalah awal tahun 637.

Pegawai tentera Muslim Saad bin Abi Waqqas dengan pantas menangkap Valashabad dan membuat perjanjian damai dengan penduduk Weh Antiok Khusrau dan Veh-Ardashir. Syarat-syarat dalam perjanjian tersebut adalah bahawa penduduk Weh Antiok Khusrau dibenarkan untuk berpindah jika mereka ingini, tetapi jika ingin menetap mereka harus dikenakan jizyah. Kemudian, apabila tentera Muslim tiba ke Tisfun seluruh bandar itu kosong, disebabkan kerabat diraja, bangsawan, dan askar Sasan larikan diri. Namun, pihak Muslim dapat menangkap beberapa tentera sebagai tawanan, dan harta perbendaharaan negeri diambil dan diberi kepada tentera Muslim.[11] Tambahan juga, balairung seri Taq Kasra pernah digunakan sebagai sebuah masjid.[18]

Akan tetapi, kemakmuran politik dan ekonomi bandar Tisfun jatuh merosot akibat pengasasan kota Baghdad sebagai ibu negeri Kerajaan Abbasiyah pada abad ke-8, dan Tisfun pun akhirnya jadi pekan hantu. Khalifah Al-Mansur mengambil bahan binaan dari peninggalan Tisfun untuk membina Baghdad. Beliau juga mahu robohkan istana tersebut dan gunakan batu-batanya untuk istana beliau, tetapi beliau berhenti melakukannya kerana proses tersebut mengambil masa yang terlalu lama.[19] Al-Mansur juga pernah menggunakan bandar Al-Rumiya sebagai ibu negeri Abbasiyah selama beberapa bulan.[20]

Tisfun dipercayai dijadikan sebagai inspirasi bandar Isbanir dalam Hikayat Seribu Satu Malam.

Zaman moden

[sunting | sunting sumber]

Puing-puing Tisfun merupakan tapak pertempuran utama dalam Perang Dunia I pada November 1915. Kerajaan Uthmaniyah dapat mengalahkan tentera British daripada menakluk Baghdad, dan mengusir mereka 64 km sebelum mengepung puak British di Al-Kut dan memaksa mereka untuk menyerah.

Penduduk dan agama

[sunting | sunting sumber]

Di bawah pemerintahan Sasan, ada pelbagai jenis penduduk yang ada di Tisfun: ada orang Aramia, Parsi, Yunani dan Suryani. Agama-agama yang ada dianuti termasuklah Kristian, Yahudi dan Majusi. Pada tahun 497, bapa Kristian aliran Nestor pertama Mar Babai I, mendirikan kawasan uskup beliau di Seleukia-Tisfun dan mengetuai misi mubaligh ke timur, dan bandar raya Merv dijadikan ibu pusat. Penduduk di sana juga ada yang beragama Manikaeisme, yang masih lagi wujud di Tisfun semasa kerajaan Umaiyah dan menetapkan 'keuskupan Babil' di sana.[11] Sebilangan besar penduduk Tisfun lari selepas penaklukan Arab di bandar tersebut. Namun sejumlah orang Parsi masih tetap di sana, dan beberapa tokoh utama daripada mereka ada memberikan Sayidina Ali RA dengan hadiah, tetapi beliau menolaknya. Selepas Perang Siffin, penduduk-penduduk Parsi di Tisfun lesap.[11] Dan pada abad kesembilan, penganut agama Manikaeisme lari dan mengalihkan keuskupan mereka ke Jalan Sutera, di Samarkand.[21]

Arkeologi

[sunting | sunting sumber]

Persatuan Oriental Jerman yang diketuai Oscar Reuther pernah menjalankan sebuah penggalian di Tisfun pada tahun 1928–29 terutama sekali di Qasrun binti Al-Qadi di belah barat kawasan tersebut.[22][23][24][25] Pada bulan November ke Januari 1931–1932, sebuah ekspedisi bersama dari Muzium Negeri Berlin (Staatliche Museen zu Berlin) dan Muzium Seni Metropolitan meneruskan penggalian di tapak mereka, bertumpukan kawasan Ma'aridh, Tell Dheheb, Taq Kasra, Selman Pak dan Umm Ez-Za'tir di bawah pengarahan Ernst Kühnel.[26]

Pada hujung 60-an dan awal 70-an, sebuah pasukan Itali dari Universiti Turin di bawah pengarahan Antonio Invernizzi dan Giorgio Gullini [it] usahakan tapak tersebut, dan mengenalpastikan bahawa tapak tersebut bukannya Tisfun tetapi Veh Ardashir. Pelbagai usaha ditumpukan dalam kerja pemulihan istana Khusrau II.[27][28][29][30][31][32] Pada tahun 2013, kerajaan negara Iraq mengikat kontrak untuk memulihkan Taq Kasra, sebagai tempat tarikan pelancong.[33]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Kröger, Jens. "Ctesiphon". Encyclopædia Iranica. Dicapai pada 12 December 2016.
  2. ^ "Ctesiphon: An Ancient Royal Capital in Context". Smithsonian. September 15, 2018. Dicapai pada 2018-09-21.
  3. ^ "Largest Cities Through History". geography.about.com. Dicapai pada 25 November 2015.
  4. ^ Eventually no less than four Sasanian rulers were quoted as its builders: Shapur I (241–273), Shapur II (310–379), Chosroes I Anushirvan (531–579) and Chosroes II Parvez (590–628). Kurz, Otto (1941). "The Date of the Ṭāq i Kisrā". The Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. (New Series). 73: 37–41. JSTOR 25221709.
  5. ^ E.J. Brill's First Encyclopaedia of Islam 1913–1936, Jil. 2 (Brill, 1987: ISBN 90-04-08265-4), h. 75.
  6. ^ Kröger, Jens (1993), "Ctesiphon", Encyclopedia Iranica, 6, Costa Mesa: Mazda, diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-16
  7. ^ Uzair 8:17
  8. ^ Talmud Bavli Tractate Gittin. m/s. 6A.
  9. ^ Farrokh, K. (2007). "The rise of Ctesiphon and the Silk Route". Shadows in the Desert: Ancient Persia at War. h. 240.
  10. ^ "LacusCurtius • Strabo's Geography — Book XVI Chapter 1, 16". penelope.uchicago.edu. Dicapai pada 25 November 2015. Diarkibkan pada 21 Oktober 2019 di web.archive.org.
  11. ^ a b c d e f g h Morony 2009.
  12. ^ Houtsma, M. Th (1993). E.J. Brill's First Encyclopaedia of Islam, 1913-1936 (dalam bahasa Inggeris). BRILL. m/s. 76a. ISBN 9789004097919.
  13. ^ Farrokh, K. (2007). The rise of Ctesiphon and the Silk Route. In Shadows in the Desert: Ancient Persia at War (h. 185).
  14. ^ Dingas, Winter 2007, h. 109
  15. ^ Frye 1993, h. 259
  16. ^ Christensen (1993). The Decline of Iranshahr: Irrigation and Environments in the History of the Middle East, 500 B.C. to A.D. 1500. Copenhagen: Museum Tusculanum Press. ISBN 87-7289-259-5.
  17. ^ a b Shapur Shahbazi 2005.
  18. ^ Reade, Dr Julian (1999). Scarre, Chris, ed. The Seventy Wonders of the Ancient world The Great Monuments and How they were Built. Thames & Hudson. pp. 185–186. ISBN 0-500-05096-1.
  19. ^ Bier, L. (1993). The Sassanian Palaces and their Influence in Early Islam. Ars Orientalis, 23, 62-62.
  20. ^ Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland (1895). Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain & Ireland (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press for the Royal Asiatic Society. m/s. 40.
  21. ^ John van Schaik, Ketters. Een geschiedenis van de Kerk, Leuven, 2016.
  22. ^ Schippmann, K. (1980). "Ktesiphon-Expedition im Winter 1928/29". Grundzüge der parthischen Geschichte (dalam bahasa Jerman). Darmstadt. ISBN 3-534-07064-X.
  23. ^ Meyer, E. (1929). "Seleukia und Ktesiphon". Mitteilungen der Deutschen Orient-Gesellschaft zu Berlin. 67: 1–26.
  24. ^ Reuther, O. (1929). "The German Excavations at Ctesiphon". Antiquity. 3 (12): 434–451. doi:10.1017/S0003598X00003781.
  25. ^ Upton, J. (1932). "The Expedition to Ctesiphon 1931–1932". Bulletin of the Metropolitan Museum of Art. 27: 188–197.
  26. ^ Fowlkes-Childs, B. (Julai 2016). “Ctesiphon.” Heilbrunn Timeline of Art History. New York: The Metropolitan Museum of Art, 2000–. Diarkibkan dari asal pada 22 Oktober 2019.
  27. ^ Gullini, G. & Invernizzi, A. (1966). "Mesopotamia". First Preliminary Report of Excavations at Seleucia and Ctesiphon, Season 1964. Jilid 1. Turin: Giappichelli editore. h. 1–88.
  28. ^ Gullini, G. & Invernizzi, A. (1967). "Mesopotamia". Second Preliminary Report of Excavations at Seleucia and Ctesiphon, Season 1965. Jilid 2. Turin: Giappichelli editore.
  29. ^ Gullini, G. & Invernizzi, A. (1968–69). "Mesopotamia". Third Preliminary Report of Excavations at Seleucia and Ctesiphon, Season 1966. Jilid 3–4. Turin: Giappichelli editore.
  30. ^ Gullini, G. & Invernizzi, A. (1960–71). "Mesopotamia". Fifth Preliminary Report of Excavations at Seleucia and Ctesiphon, Season 1969. Jilid 5–6. Turin: Giappichelli editore.
  31. ^ Gullini, G. & Invernizzi, A. (1973–74). "Mesopotamia". Sixth Preliminary Report of Excavations at Seleucia and Ctesiphon, Seasons 1972/74. Jilid 5–6. Turin: Giappichelli editore.
  32. ^ Gullini, G. & Invernizzi, A. (1977). "Mesopotamia". Seventh Preliminary Report of Excavations at Seleucia and Ctesiphon, Seasons 1975/76. Jilid 7. Turin: Giappichelli editore.
  33. ^ "Iraq to restore ancient Arch of Ctesiphon to woo back tourists". rawstory.com. May 30, 2013.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]