Pergi ke kandungan

The Conjuring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Conjuring
PengarahJames Wan
PenulisChad Hayes
Carey Hayes]
Dihasilkan olehTony DeRosa-Grund
Peter Safran
Rob Cowan
DibintangiPatrick Wilson
Vera Farmiga
Ron Livingston
Lili Taylor
SinematografiJohn R. Leonetti
Disunting olehKirk M. Morri
Muzik olehJoseph Bishara
Syarikat
penerbitan
The Safran Company
Evergreen Media Group
New Line Cinema
Diedarkan olehWarner Bros.
Tarikh tayangan
  • 19 Julai 2013 (2013-07-19)
Masa tayangan
112 minutes[1]
NegaraUnited States
BahasaEnglish
Bajet$20 million[2]
Pecah panggung$259,903,544[3]

The Conjuring adalah filem seram tahun 2013 dari Amerika. Filem ini diarahkan oleh James Wan. Filem ini, yang dibintangi Vera Farmiga dan Patrick Wilson sebagai Ed dan Lorraine Warren, adalah berdasarkan kisah benar. Filem ini mengisahkan tentang penyiasatan paranormal untuk membantu keluarga Perron (Ron Livingston dan Lili Taylor), yang mengalami peristiwa-peristiwa mistik di rumah mereka di Harrisville, Rhode Island, pada tahun 1971. The Conjuring ditayangkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada 19 Julai 2013, dan di United Kingdom dan India pada 2 Ogos 2013.

Pada tahun 1971, Carolyn and Roger Perron pindah ke sebuah rumah pertanian lama di Harrisville, Rhode Island, bersama kelima-lima anak perempuan mereka. Semasa hari pertama, perpindahan keluarga ini berjalan lancar, walaupun anjing mereka, Sadie, enggan memasuki rumah dan salah satu anak perempuan mereka telah menemui sebuah pintu masuk ke ruang bawah tanah.

Keesokan paginya, Carolyn bangun dengan lebam misteri dan mendapati Sadie tergeletak mati di luar rumah. Seelepas beberapa hari berikutnya, pelbagai peristiwa misteri berlaku. Peristiwa ini memuncak pada satu malam saat Roger berada di Florida, Carolyn terkunci di tingkat bawah tanah dan sesosok makhluk ghaib yang kelihatan seperti seorang wanita tua menyerang salah seorang anak perempuannya.

Carolyn menghubungi penyiasat paranormal bernama Ed dan Lorraine Warren untuk meminta bantuan. Pasangan Warren mula melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan bahawa rumah tersebut mungkin memerlukan ritual pengusiran setan, namun ritual tersebut tidak boleh dilakukan sebelum mendapat kebenaran daripada Gereja Katolik.

Saat menyiasat tentang sejarah rumah tersebut, Ed dan Lorraine mendapat tahu bahawa rumah tersebut dulunya dimiliki oleh seseorang yang dipercayai ahli sihir bernama Bathsheba. Bathsheba mengorbankan anak-anaknya kepada setan, kemudian bunuh diri dan mengutuk semua orang yang cuba mengambil tanahnya. Tanahnya ini dahulunya seluas 200 hektar lebih, namun telah dibahagikan. Mereka berdua juga mendapat tahu bahawa banyak laporan pembunuhan dan bunuh diri yang berlaku di rumah-rumah yang dibina di atas tanah yang dulunya dimiliki oleh Bathsheba.

Ed dan Lorraine kembali ke rumah dan berupaya untuk mengumpulkan bukti agar mendapat kebenaran daripada Gereja Katolik untuk melakukan ritual pengusiran setan. Salah satu putri Carolyn, Cindy, berjalan dalam tidurnya dan termasuk sebuah pintu rahsia di belakang almari. Lorraine memasuki pintu tersebut dan jatuh ke ruang bawah tanah. Di sana, ia menyaksikan arwah orang-orang yang pernah dirasuki Bathsheba. Semuanya adalah para ibu yang dirasuki oleh Bathsheba untuk membunuh anak-anak mereka. Sementara itu, anak perempuan Perron yang lainnya diserang dan diseret sepanjang lantai oleh suatu kekuatan ghaib.

Lorraine dan Ed berjaya mengumpul bukti bagi Gereja untuk melakukan ritual pengusiran setan, sedangkan keluarga Perron berlindung di sebuah hotel. Sementara itu, anak perempuan Ed dan Lorraine diserang di rumah mereka oleh roh yang berasal dari rumah Perron.

Carolyn, yang telah dirasuki oleh Bathsheba, membawa dua anak perempuannya, Christine dan April, kembali ke rumah. Ed, Lorraine, dua pembantu mereka, dan Roger bergegas menyusulnya dan mendapati Carolyn tengah berupaya untuk menikam Christine. Setelah melumpuhkan Carolyn, Ed memutuskan untuk melakukan ritual pengusiran setan bersendirian, namun Carolyn berjaya melepaskan diri dan cuba untuk membunuh April. Lorraine berjaya mengalihkan perhatian Carolyn dengan cara mengingatkannya mengenai kenangan khususnya bersama keluarganya, sehingga Ed berjaya menyelesaikan ritual pengusiran syaitan dan menyelamatkan Carolyn bersama anak perempuannya.

  • Vera Farmiga sebagai Lorraine Warren
  • Patrick Wilson sebagai Ed Warren
  • Lili Taylor sebagai Carolyn Perron
  • Ron Livingston sebagai Roger Perron
  • Shanley Caswell sebagai Andrea Perron
  • Hayley McFarland sebagai Nancy Perron
  • Joey King sebagai Christine Perron
  • Mackenzie Foy sebagai Cindy Perron
  • Kyla Deaver sebagai April Perron
  • Shannon Kook sebagai Drew
  • John Brotherton sebagai Brad
  • Sterling Jerins sebagai Judy Warren
  • Marion Guyot sebagai Georgiana Moran
  • Steve Coulter sebagai Father Gordan
  • Joseph Bishara sebagai Bathsheba

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]

Hingga 17 Ogos 2013, filem ini telah mengaut lebih daripada $ 194.000.000 di seluruh dunia. [3]

The Conjuring juga menerima banyak tinjauan positif dari para pengkritik dan penonton. Rotten Tomatoes memberi filem ini skor purata 7.2 daripada 10, dengan 156 ulasan. Di Metacritic, filem ini mendapat skor 69 dari 100, dengan tinjauan yang "umumnya positif".

  1. ^ "THE CONJURING (15)". British Board of Film Classification. April 15, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-04. Dicapai pada April 15, 2013.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama LA
  3. ^ "The Conjuring (2013)". Box Office Mojo. Dicapai pada September 8, 2013.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]