Pergi ke kandungan

Terier Wales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier Wales
Nama ringkasWelshie
WT
Negara asalWales
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Wales,[a] juga dikenali sebagai welshie, dipercayai telah berasal dari tahun 1700-an dari Wales dan pada asalnya dibiakbakakan untuk pemburuan rubah, rodensia, dan bejar[1] di pergunungan pedalaman Wales utara, namun semasa pada abad lepas, ia terutamanya telah dibiakbakakan untuk pertunjukan. Sungguhpun begitu, ia telah mengekalkan kekuatan ciri terier. Terier Wales telah didakwa sebagai baka anjing terlama yang wujud di United Kingdom.[2]

Terier Wales merupakan pendatang lewat ke dalam gelanggang pertunjukan British (kerana terutamanya digunakan sebagai anjing pekerja) dan tidak didaftarkan secara rasmi sebagai baka sehingga abad ke-19. Baka ini telah berjaya memenangi best in show dalam Crufts sebanyak empat kali, dengan yang terakhir pada tahun 1998 oleh Saredon Forever Young (Mel) yang dimiliki oleh Judith Averis. Ia berada dalam senarai baka yang rentan pupus oleh The Kennel Club, dengan hanya sesedikit kira-kira 300 ekor anak anjing yang didaftarkan pada setiap tahun. Baka-baka paling popular didaftarkan dengan angka berpuluh-puluh ribu pada setiap tahun.[perlu rujukan]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]
Terier Wales di Tallinn

Terier Wales berwarna sawo matang pada kepala, tungkai, dan bawah perut dengan pelana hitam atau kadang-kadang grizzle. Betina kadang-kadang berwarna sawo matang gelap sederhana menyeluruh. Baka ini ialah anjing tegap dan padat yang bersaiz sederhana dan dapat membesar sehingga setinggi 15.5 in (39 cm)[3] dengan berat 20–22 paun (9.1–10.0 kg). Ekornya biasanya terpotong sehingga ini dilarang di United Kingdom pada tahun 2006, yang lebih diutamakan untuk melengkapkan imej anjing segi empat sama, setinggi dengan panjang. Rupa bentuk tubuh ialah segi empat tepat, dengan muka memanjang "mirip bata". Rupa bentuk ini dibentuk oleh misai dan janggut.[4] Dengan pedigri, muka dapat memilik rupa bentuk lebih bujur dan bertulang lebih halus dan lebih tersendiri. Bulunya mengandungi dua lapis, lapis bulu bawah yang menebat dan bulu melelas di bahagian atas yang melindungi anjing daripada kotoran, hujan, dan angin.[5] Terier Wales lahir dengan warna kebanyakannya hitam dan, semasa tahun pertama, ia bertukar warna kepada grizzle hitam dan sawo matang piawai.

Baka ini tidak bersalin bulu.[6] Walau bagaimanapun, lapis bulunya memerlukan penyelenggaraan dandanan kerap termasuk pemberusan dan pelucutan tangan.

Ekor tidak terpotong pada terier Wales hanya lebih panjang sebanyak satu inci atau lebih berbanding dengan ekor terpotong dan tidak memberikan banyak perbezaan kepada penampilan keseluruhan. Lapis bulunya tidak gugur tetapi bulu lama akhirnya akan dilucutkan melalui permainan dan pergerakan jika lapis bulunya tidak kerap disisir. Lapis bulu tidak terdandan juga dapat memudar dan menipis kerana bulu lama kehilangan warna dan tekstur.

Terier Wales hampir menyerupai terier Airedale padat.[perlu rujukan]

Terier Wales yang berehat
Terier Wales pemenang dalam pertunjukan anjing

Terier Wales mempunyai perangai tipikal terier. Dengan pengendalian betul, ia merupakan anjing gembira, bersemangat, dan jarang malu atau takut, tetapi kadang-kadang dapat menunjukkan kerenah.[perlu rujukan] Terier Wales pada umumnya ramah dengan orang dan anjing tetapi apabila cabaran ditanggap, ia tidak berundur. Anjing baka ini dapat menjadi kawan setia dan dapat berfungsi sama ada sebagai anjing bandar atau sebagai anjing desa.

Terier Wales dikembangkan untuk berburu secara berdikari dan ini memerlukannya untuk menjadi anjing sangat tegas dan tabah. Hasilnya, pembentukan kepatuhan pada terier Wales ialah cadangan jangka panjang dan perlu sentiasa ada usaha untuk pengukuhan pelatihan. Ia menduduki tempat ke-101 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren sebagai anjing yang mempunyai kecerdasan kerja/kepatuhan purata. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa terier Wales gagal untuk mempelajari atau memahami arahan, hanya bahawa ia cenderung untuk membuat keputusan sendiri; oleh itu, terdapat keperluan pengukuhan malar. Apabila bertindak sendiri, ia agak kreatif dan cepat dalam membuat keputusan. Ia juga mempunyai potensi untuk menyalak secara berlebihan. Seperti baka terier lain, terier Wales gemar menggali.[perlu rujukan]

Terier Wales penuh dengan tenaga dan memerlukan senaman kerap. Larian mengelilingi halaman pada waktu siang tidak mencukupi. Ia menjadi teruja, dan jika bosan, ia mungkin meneroka dan berpotensi untuk menyebabkan kekacauan dan kerosakan. Terier Wales memerlukan cabaran untuk mengekalkannya terhibur. Contohnya, ia suka mengejar mainan dan suka berenang (contoh baik ialah aktiviti tasik bersama dengan keluarga).[perlu rujukan]

Terier Wales bergaul mesra dengan kanak-kanak; ia suka bermain dan mengikuti kanak-kanak semasa bermain, walau bagaimanapun, dan ia kerap menarik seluar dan mampu menjatuhkan anak-anak kecil ke tanah. Jika ia berada di sekeliling kanak-kanak kecil pada usia awal, ia akan mudah belajar untuk bermain dengan lebih lembut.[perlu rujukan]

Seperti semua baka, ada kepentingan untuk mensosialisasi terier Wales seawal yang mungkin terhadap pelbagai jenis anjing, orang, dan pengalaman.[perlu rujukan]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Tubuh terier Wales adalah normal dan sihat supaya susuk tubuhnya tahan lama dan berkekalan. Sesetengah kajian telah mencadangkan kecenderungan genetik terhadap kehelan kanta primer yang mengakibatkan glaukoma sekunder.[7] Onikodistrofi, iaitu gangguan pertumbuhan kuku yang menyebabkan kuku menjadi lemah dan rapuh, adalah agak lazim pada baka ini.[8][sumber terbitan sendiri][9]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: تيريئر ويل‌س; Wales: daeargi Cymreig; bahasa Inggeris: Welsh terrier
  1. ^ "NZKC - Breed Standard - Welsh Terrier" [NZKC - Piawaian Baka - Terier Wales] (dalam bahasa Inggeris). New Zealand Kennel Club. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ Calder, Julien; Bruce, Alistair (2005). The Oldest: In Celebration of Britain's Living History [Yang Tertua: Meraikan Sejarah Hidup Britain] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. ISBN 9781844030804. OCLC 63389026.
  3. ^ "CKC Breed Standards: Welsh Terrier" [Piawaian Baka CKC: Terier Wales] (dalam bahasa Inggeris). Canadian Kennel Club. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  4. ^ "AKC MEET THE BREEDS: Welsh Terrier" [KENALI BAKA AKC: Terier Wales] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2012. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  5. ^ "Welsh Terrier: Dog Breed Selector" [Terier Wales: Pemilih Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). animal.discovery.com. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  6. ^ "Dogs That Do Not Shed" [Anjing yang Tidak Menggugurkan Bulu]. gopetsamerica.com (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ "Canine Glaucoma and Lens Luxation Research" [Penyelidikan Glaukoma dan Kehelan Kanta Anjing]. caninegeneticdiseases.net (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2008.
  8. ^ Clark, Ross D. (18 Disember 2014). Medical, Genetic & Behavioral Risk Factors of Welsh Terriers [Faktor Risiko Perubatan, Genetik, dan Tingkah Laku Terier Wales] (dalam bahasa Inggeris). Xlibris. ISBN 9781499094831. OCLC 1124529867.
  9. ^ Gough, Alex; Thomas, Alison (19 Julai 2010). Breed Predispositions to Disease in Dogs & Cats [Predisposisi Baka terhadap Penyakit pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Chichester, West Sussex, United Kingdom: Wiley-Blackwell. ISBN 9781405180788. OCLC 467711662.

Templat:Baka haiwan Wales