Anjing pemburu rusa Scotland
Nama lain | Anjing pemburu rusa | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Scotland | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu rusa Scotland[a] atau hanya anjing pemburu rusa[b] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan besar yang pernah dibiakbakakan untuk memburu rusa merah dengan coursing. Dari segi penampilan luaran, ia serupa dengan grehaun Inggeris, tetapi lebih besar dan lebih bertulang dengan lapis bulu kasar.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Hilton of Cadboll Stone bertarikh dari sekitar 1,200 tahun lalu dan menggambarkan, di bahagian bawah panel, seekor rusa yang sedang dikejar oleh dua ekor anjing besar dan dua orang penunggang kuda bersenjata.[1] Walau bagaimanapun, zooarkeologi dan genetik sistematik masih belum menunjukkan sebarang hubungan antara perwakilan simbolik bagi jenis-jenis anjing dengan baka moden, yang hanya dikenali secara meluas sebagai Scottish Deerhound ("anjing pemburu rusa Scotland") yang berkaitan dengan grehaun rantauan Inggeris, seperti grehaun Tanah Tinggi pada awal abad ke-19.[2] Deerhound pada zaman dahulu dipercayai diturunkan daripada anjing pemburu lama Gael, dan oleh itu berkait rapat dengan anjing pemburu serigala Ireland.[3] Ia sebenarnya merupakan baka asas utama pada akhir abad ke-19 bagi anjing pemburu serigala Ireland moden.
Deerhound dibiakbakakan untuk memburu rusa merah dengan coursing dan penghendapan rusa[4][5] sehingga penghujung abad kesembilan belas. Dengan raifal moden dan hutan rusa lebih kecil, anjing penjejak lebih perlahan lebih diutamakan daripada deerhound yang pantas dan berlari jauh. Dalam coursing rusa, deerhound tunggal atau sepasang deerhound dibawa sedekat yang mungkin dengan rusa merah, kemudian dilepaskan untuk berlari dan menumbangkan salah seekor dengan kelajuan, yang, jika berjaya, terjadi dalam beberapa minit[4] — jarang sekali terdapat pengejaran berterusan berjaya.
Anna dari Denmark, permaisuri kepada James VI dan I, mengirimkan anjing pemburu rusa sebagai hadiah kepada saudara baginda Christian IV dari Denmark.[6] Dengan penghapusan sistem klan di Scotland, anjing pemburu ini menjadi haiwan sukan untuk tuan tanah dan kebangsawanan, tetapi juga dibiakbakakan dan dijadikan teman perburuan oleh orang kebanyakan apabila berkemampuan. Sebagai pemburu pantas dan senyap, ia melakukan kerja pantas terhadap sebarang buruan bersaiz kelinci atau lebih besar dan dipandang tinggi oleh kebangsawanan dan pemburu haram. Salah satu masa paling tidak menentu dalam sejarah baka ini kelihatanya telah berlaku pada penghujung abad kesembilan belas, semasa banyak estet besar di Scotland dipecahkan menjadi estet kecil untuk tujuan sukan, dan hanya sedikit orang membela deerhound. Fesyen baharu ialah penghendapan dan penembakan, yang hanya memerlukan anjing penjejak yang mengikuti haiwan tercedera, dengan menggunakan collie atau baka serupa. Walaupun beberapa bidang estet masih menggunakan deerhound untuk kerja aslinya, baka ini diserahkan kepada segelintir penggemar yang menjadikannya baka pertunjukan.[perlu rujukan]
Teddy Roosevelt menulis bahawa sesetengah pemburu Kanada dan Amerika menggunakan "grehaun, sama ada berbulu licin, atau anjing pemburu rusa Scotch berlapis bulu kasar" terhadap serigala[7] dan rusa.[8] Dr. Q van Hummell turut mengulas mengenai kawanan deerhound beliau yang digunakan terhadap serigala balak dan koyote.[9] Di Australia, deerhound dan baka silangnya seperti anjing kanggaru dahulunya telah digunakan untuk memburu kanggaru serta babi hutan,[10] penerangan moden tentang perburuan sedemikian dengan deerhound terhadap kanggaru dan emu telah dicatatkan oleh Kenneth Cassels.[11]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Dari segi penampilan luaran, anjing pemburu rusa Scotland adalah serupa dengan grehaun Inggeris, tetapi lebih besar dan bertulang lebih berat. Walau bagaimanapun, deerhound mempunyai sebilangan ciri yang membezakan kedua-duanya. Walaupun tidak sepantas grehaun pada permukaan licin dan kukuh, sebaik keadaan menjadi mencabar, ia mampu mengatasi grehaun. Persekitaran tempat kerjanya, glen berbukit-bukau di Tanah Tinggi Scotland yang sejuk dan kerap basah, menyumbang kepada penampilan lebih besar dan berlapis bulu kasar bagi baka ini.[perlu rujukan]
Anjing pemburu rusa Scotland menyerupai grehaun berlapis bulu kasar. Walau bagaimanapun, ia lebih besar dari segi saiz dan tulang. Ketinggian minimum yang diingini pada paras kelasa bagi jantan ialah 30 inci (76 cm) atau lebih dengan berat 85–110 paun (39–50 kg); ketinggian betina pula ialah 28 inci (71 cm) ke atas dan beratnya ialah 75–95 paun (34–43 kg). Ia merupakan salah satu baka anjing pemburu penglihatan paling tinggi, dengan lapis bulu dan surai kasar sepanjang 3–4 inci (7.6–10 cm), janggut dan misai agak lebih lembut, dan bulu lebih lembut pada dada dan perut. Ia mempunyai telinga "mawar" gelap kecil yang lembut dan terlipat ke belakang pada kepala melainkan terangkat separa menegak dalam keterujaan.[12]
Lapis bulu kasar mirip dawai pada anjing moden hanya terlihat dengan pelbagai cahaya berwarna sendiri bagi kelabu (kelabu-biru diutamakan). Dari segi sejarah, deerhound juga dapat terlihat dengan lapis bulu brindle, kuning, dan perang kekuning-kuningan merah sejati, atau gabungan.[12] Lukisan-lukisan Scotland abad ke-19 cenderung untuk menunjukkan bahawa warna-warna ini dikaitkan dengan lapis bulu berbulu dawai, tetapi, dengan para pembiak baka pertunjukan yang lebih memilih lapis bulu gelap lebih panjang, gen-gen ini kini kelihatannya hilang. Ahli genetik R. Jödicke berkata – Semasa abad ke-20, deerhound ber-evolusi menjadi baka berwarna tunggal melalui pemilihan untuk lapis bulu kelabu. Sesetengah warna lapis bulu lain didokumenkan dalam sumber-sumber bersejarah tetapi tentu telah hilang.[13] Warna terkini bagi deerhound dewasa menunjukkan sedikit variasi, iaitu dalam tahap kegelapan warna kelabu dan kehadiran cahaya warna perang kekuning-kuningan. Secara keseluruhannya, deerhound mesti dicirikan sebagai baka dengan pewarnaan paling seragam antara semua anjing pemburu penglihatan.[13] Dada dan jari kaki putih diizinkan dan hujung putih sedikit ke ekor; takik putih pada kepala atau kolar putih tidak diterima.[perlu rujukan]
Kepalanya panjang, tengkoraknya rata, dengan sedikit stop dan muncung menirus. Matanya gelap, berwarna perang gelap atau hazel. Giginya patut membentuk gigitan gunting lengkap separas. Ekor panjang lurus atau melengkung, yang dilitupi dengan bulu, patut hampir mencecah tanah.[12]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 10.5 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[14] Tinjauan yang dijalankan oleh British Small Animal Veterinary Association daripada anggota kelab baka beriktiraf The Kennel Club mendapati bahawa punca paling lazim bagi kematian ialah keadaan berkaitan jantung yang merangkumi hampir suku daripada semua kematian. Yang kedua paling umum ialah kanser yang membentuk 18% daripada jumlah kematian.[15]
Kajian makmal telah mengasaskan selang rujukan untuk hematologi dan profil biokimia serum pada anjing pemburu rusa yang sebahagian daripadanya dikongsi oleh semua anjing pemburu penglihatan dan sebahagian daripadanya mungkin unik untuk baka ini.[16]
Kardiomiopati terdilat mempunyai prevalens lebih tinggi pada anjing pemburu rusa Scotland.[17] Dalam sebuah kajian Amerika, 6% daripada populasi anjing pemburu rusa Scotland menghidap keadaan ini, yang tertinggi daripada mana-mana baka.[18]
Anjing pemburu rusa Scotland terkenal
[sunting | sunting sumber]- "Dusk": salah seekor daripada pasangan (yang termasuk "Dawn"), hadiah pernikahan kepada pengarang Denmark Karen Blixen, juga dikenali sebagai Isak Dinesen, dan suami, Bror von Blixen-Finecke, semasa tahun-tahun di Kenya, kerap dirujuk dalam karya[19] dan surat-suratan Blixen,[20] yang dengannya beliau dapat terlihat dalam beberapa foto,[21] dan diwakili dalam filem cetera Out of Africa.
- Maida, anjing milik Sir Walter Scott
- Foxcliffe Hickory Wind
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو روسا ; bahasa Inggeris: deerhound
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو روسا سکوتلند ; bahasa Inggeris: Scottish deerhound
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Hilton of Cadboll Stone". nms.ac.uk (dalam bahasa Inggeris). National Museum of Scotland. Dicapai pada 11 Mac 2024.
- ^ Brown, Thomas (1829). Biographical Sketches and Authentic Anecdotes of Dogs [Lakaran Biografi dan Anekdot Autentik tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh, United Kingdom: Oliver and Boyd. m/s. 95. OCLC 558174949.
- ^ Bell, Edwin Weston (5 Mac 2013). The Scottish Deerhound with Notes on Its Origin and Characteristics [Anjing Pemburu Rusa Scotland dengan Catatan tentang Asal Usul dan Cirinya] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. m/s. 24–25. ISBN 9781447488897. OCLC 936199574.
- ^ a b Macrae, Alexander (1880). A Handbook of Deer-stalking [Buku Panduan Penghendapan Rusa] (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh, United Kingdom: William Blackwood. m/s. 91. OCLC 4303595.
- ^ Davenport, W. Bromley (1885). "Sport" [Sukan] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
- ^ Agnes Strickland, Lives of the Queens of England (dalam bahasa Inggeris), 7, hlm. 360.
- ^ Roosevelt, Theodore Jr. (1907). Hunting the Grisly and Other Sketches [Memburu yang Menakutkan dan Lakaran Lain] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: The Current Literature Publishing Company. m/s. 194–195. OCLC 392032.
- ^ Roosevelt, Theodore Jr. (2009). Ranch Life and the Hunting-trail [Kehidupan Ranco dan Denai Perburuan] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Frederic Remington. Mineola, New York, Amerika Syarikat: Dover Publications. m/s. 140–143. OCLC 317778099.
- ^ Shields, George Oliver, penyunting (1891). The American Book of the Dog: The Origin, Development, Special Characteristics, Utility, Breeding, Training, Points of Judging, Diseases, and Kennel Management of All Breeds of Dogs [Buku Amerika tentang Anjing: Asal Usul, Perkembangan, Ciri Khas, Utiliti, Pembiakbakaan, Pelatihan, Isi Penghakiman, Penyakit, dan Pengurusan Kenel bagi Semua Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: Rand McNally. m/s. 185–187. OCLC 1711209.
- ^ Arthur, James K. (1894). Kangaroo and Kauri: Sketches and Anecdotes of Australia and New Zealand [Kanggaru dan Kauri: Lakaran dan Anekdot tentang Australia dan New Zealand] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Sampson Low. m/s. 71–100. OCLC 12682198.
- ^ Cassels, Kenneth (1997). A Most Perfect Creature of Heaven: The Scottish Deerhound [Makhluk Paling Sempurna Syurga: Anjing Pemburu Rusa Scotland] (dalam bahasa Inggeris). Kenneth Cassels. OCLC 37197269.
- ^ a b c "Scottish Deerhound Standard" [Piawaian Anjing Pemburu Rusa Scotland] (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
- ^ a b Jödicke, R., Coat Colour Inheritance in the Deerhound (dalam bahasa Inggeris). The Claymore Newsletter of the Scottish Deerhound Club of America January/February 1992 hlm. 16–18
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Adams, Vicki J.; Evans, Katy M.; Sampson, Jeff; Wood, James Lionel Norman (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK" [Kaedah dan keputusan mortaliti tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 1748-5827. PMID 21029096. S2CID 36903216.
- ^ Sheerer, K. N.; Couto, C. Guillermo; Marín, Liliana M.; Zaldívar-López, Sara; Iazbik, Maria Cristina; Dillberger, J. E.; Frye, M.; DeNicola, D. B. (30 Mei 2013). "Haematological and biochemical values in North American Scottish deerhounds" [Nilai-nilai hematologi dan biokimia pada anjing pemburu rusa Scotland Amerika Utara]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 54 (7): 354–360. doi:10.1111/jsap.12086. ISSN 1748-5827. PMID 23718887. S2CID 4434260.
- ^ O'Grady, Michael R.; O'Sullivan, M. Lynne (September 2004). "Dilated cardiomyopathy: an update" [Kardiomiopati terdilat: kemas kini]. Veterinary Clinics of North America: Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 34 (5): 1187–1207. doi:10.1016/j.cvsm.2004.05.009. ISSN 1878-1306. PMID 15325477. S2CID 45743522.
- ^ Fox, Philip R.; Sisson, D. David; Moïse, N. Sydney (15 Jun 1999). Textbook of Canine and Feline Cardiology: Principles and Clinical Practice [Buku Teks Kardiologi Anjing dan Kucing: Prinsip dan Amalan Klinikal] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 9780721640440. OCLC 34894388.
- ^ von Blixen-Finecke, Karen Christenze (1937). Out of Africa [Ke Luar Afrika] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: G. P. Putnam's Sons. m/s. 308. OCLC 7086043.
- ^ von Blixen-Finecke, Karen Christenze (1981). Lasson, Frans (penyunting). Letters from Africa, 1914-1931 [Surat dari Afrika, 1914–1931] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Born, Anne. Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. m/s. 13, 14, 24, 45, 46, 48, 65, 80–82. ISBN 9780226153117. OCLC 6916114.
- ^ von Blixen-Finecke, Karen Christenze (1960). Shadows on the Grass [Bebayang di Rumput] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: M. Joseph. m/s. 58, 60. OCLC 283620.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anjing pemburu rusa Scotland. |
- Almirall, Leon Vincent (1941). Canines and Coyotes [Kanin dan Koyote] (dalam bahasa Inggeris). Caldwell, Idaho, Amerika Syarikat: Caxton Press. ASIN B0006APB8A. OCLC 1353519.
- Barret, Kay (Ogos 1998). Living with Deerhounds [Hidup dengan Anjing Pemburu Rusa] (dalam bahasa Inggeris). Hebden Bridge, United Kingdom: Kay Barret. ASIN 0953392309 Check
|asin=
value (bantuan). ISBN 9780953392308. OCLC 40609457. - Bell, Edwin Weston (1892). The Scottish Deerhound with Notes on Its Origin and Characteristics [Anjing Pemburu Rusa Scotland dengan Catatan tentang Asal Usul dan Cirinya] (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh, United Kingdom: David Douglas. OCLC 16964462.
- Benbow, Audrey M. (1965). How to Raise and Train a Scottish Deerhound [Cara untuk Mengasuh dan Melatih Anjing Pemburu Rusa Scotland] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. OCLC 1831334.
- Blaze, Elzéar Jean J. L.; Hall, Herbert Byng (1850). The Sportsman and His Dog [Ahli Sukan dan Anjingnya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: J. and D. A. Darling. OCLC 877219697.
- Cassels, Kenneth (1997). A Most Perfect Creature of Heaven: The Scottish Deerhound [Makhluk Paling Sempurna Syurga: Anjing Pemburu Rusa Scotland] (dalam bahasa Inggeris). Kenneth Cassels. OCLC 37197269.
- Crealock, Henry Hope (1892). Crealock, John North (penyunting). Deerstalking in the Highlands of Scotland [Penghendapan Rusa di Tanah Tinggi Scotland] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Longmans, Green & Co. OCLC 44542062.
- Cunliffe, Juliette (September 2003). Deerhound [Anjing Pemburu Rusa] (dalam bahasa Inggeris). Dorking, Surrey, United Kingdom: Interpet Publishing. ISBN 9781903098820. OCLC 62176480.
- Cupples, George; Stirling, James Hutchison (1894). Scotch Deer-hounds and Their Masters [Anjing Pemburu Rusa Scotland dan Tuannya] (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh, United Kingdom: William Blackwood. OCLC 16964499.
- Dalziel, Hugh (1879). British Dogs: Their Varieties, History, Characteristics, Breeding, Management and Exhibition [Anjing British: Keragaman, Sejarah, Ciri, Pembiakbakaan, Pengurusan, dan Pempamerannya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: The Bazaar Office. OCLC 19420097.
- Grimble, Augustus (1886). Deer-stalking [Penghendapan Rusa] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Chapman & Hall. OCLC 6827429.
- Hart-Davis, Duff (1978). Monarchs of the Glen: A History of Deer-stalking in the Scottish Highlands [Raja Lembah: Sejarah Penghendapan Rusa di Tanah Tinggi Scotland] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Jonathan Cape. ISBN 9780224014632. OCLC 4464454.
- Hartley, A.N. The Deerhound (dalam bahasa Inggeris). 1986. (Tersedia daripada Scottish Deerhound Club of America dan Deerhound Club (United Kingdom))
- Macrae, Alexander (1880). A Handbook of Deer-stalking [Buku Panduan Penghendapan Rusa] (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh, United Kingdom: William Blackwood. OCLC 4303595.
- Scrope, William (1839). The Art of Deer-stalking [Seni Penghendapan Rusa] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: John Murray. OCLC 38532336.
- Shaw, Vero Kemball (1881). The Illustrated Book of the Dog [Buku Berilustrasi tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. OCLC 621710.
- Shields, George Oliver, penyunting (1891). "The Deerhound" [Anjing Pemburu Rusa]. The American Book of the Dog: The Origin, Development, Special Characteristics, Utility, Breeding, Training, Points of Judging, Diseases, and Kennel Management of All Breeds of Dogs [Buku Amerika tentang Anjing: Asal Usul, Perkembangan, Ciri Khas, Utiliti, Pembiakbakaan, Pelatihan, Isi Penghakiman, Penyakit, dan Pengurusan Kenel bagi Semua Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: Rand McNally. OCLC 1711209.
- St. John, Charles William George (1878). Sketches of the Wild Sports & Natural History of the Highlands [Lakaran Sukan Liar dan Sejarah Semula Jadi Tanah Tinggi] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: John Murray. OCLC 8857940.