Pergi ke kandungan

Seter Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seter merah Ireland
Seter Ireland
Nama lainSeter Ireland
Seter merah
Negara asalIreland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Seter merah Ireland,[a] seter Ireland,[b] atau seter merah[c] ialah satu baka seter, gundog, dan anjing keluarga yang berasal dari Ireland. Istilah "seter Ireland" pada umumnya digunakan untuk merangkumi anjing yang dibiakbakakan untuk pertunjukan yang diiktiraf oleh American Kennel Club serta seter merah yang dibiakbakakan untuk padang yang diiktiraf oleh Buku Pembaka Anjing Padang.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]
Seter Ireland dalam pertunjukan anjing

Lapis bulunya sederhana panjang, bak sutera, dan berwarna merah atau perang berangan. Ia memerlukan pemberusan kerap untuk mengekalkan keadaannya dan memastikannya bebas daripada kusutan. Lapis bulu bawahnya lebat dalam cuaca musim sejuk dan lapis bulu atasnya halus. Lapis bulunya juga patut berjumbai di tempat seperti ekor, telinga, dada, tungkai, dan tubuh. Seter Ireland mempunyai ketinggian 24–28 inci (61–71 cm) dengan jantan yang seberat 65–75 lb (29–34 kg) dan betina yang seberat 55–65 lb (25–29 kg). Piawaian baka FCI untuk seter Ireland menetapkan agar jantan berdiri setinggi 23–26.5 inci (58–67 cm) dan betina setinggi 21.5–24.5 inci (55–62 cm). Seter Ireland ialah anjing berdada dalam dengan pinggang kecil. Jangka hayat seter Ireland cenderung berada pada sekitar 11 hingga 12 tahun.[1]

Kepala seter Ireland

Seter Ireland bergaul dengan baik dengan kanak-kanak dan anjing lain dan akan menyambut pelawat dengan bersemangat. Walaupun ia baik dengan haiwan peliharaan rumah, haiwan kecil mungkin menimbulkan masalah untuk baka ini, kerana ia merupakan baka pemburu. Sesetengah seter Ireland mungkin menghadapi masalah dengan kucing di dalam rumah, dan mungkin terlalu riuh dengan kanak-kanak kecil. Seperti yang dinyatakan oleh piawaian FCI, ANKC dan UK, baka ini patut "jelas bersikap penyayang". Hasilnya, seter Ireland cemerlang sebagai haiwan pendamping dan haiwan peliharaan keluarga.[2]

Seter Ireland ialah baka giat dan memerlukan sesi berjalan panjang harian dan larian tanpa cawak di kawasan lapang luas. Walau bagaimanapun, ia merupakan baka yang mempunyai kecenderungan untuk 'bermain pekak', maka pelatihan cermat untuk menguasai daya ingatan patut dilakukan sebelum mengizinkannya lepas daripada cawak.

Seekor anak anjing berusia 9 minggu yang bermain dengan kucing

Seter Ireland seronok mempunyai kerja yang perlu dilakukan. Kekurangan kegiatan bakal menyebabkan anjing bosan, merosakkan, atau malah hiperaktif. Ini bukan baka yang dapat dibiarkan bersendirian di halaman belakang selama jangka masa panjang, dan tidak patut begitu pun. Seter Ireland bertahan dengan pendamping manusia berterusan. Seter Ireland bergerak balas dengan pantas terhadap pelatihan positif dan adalah amat cerdas.

Walaupun ia biasanya peka terhadap persekitarannya, seter Ireland tidak sesuai sebagai anjing pengawal, kerana ia bukan baka yang tegas secara semula jadi.

Seter Ireland juga digunakan secara meluas sebagai anjing terapi di sekolah dan di hospital. Anjing terapi diizinkan di hospital dengan keizinan khas dan boleh melawat pesakit di tingkat yang ditetapkan. Di sekolah, anjing boleh digunakan untuk mewujudkan persekitaran menenangkan dan santai. Kanak-kanak boleh membaca kepada anjing tanpa dibetulkan atau dihakimi.

Seter Ireland, pada permulaan, tidak serupa dengan baka kini. Pewarnaan merah padu mula muncul ikutan amalan pembiakbakaan terpilih. Ranger, seekor seter merah, harta milik Elizabeth Gray pada 1797.

Salah satu rujukan pertama kepada setter, atau setting dog, dalam kesusasteraan dapat ditemukan dalam De Canibus Britannicus karya Caius, yang diterbitkan pada tahun 1570, dengan versi semakan yang diterbitkan pada tahun 1576.[3]

Andaian bahawa anjing yang diperihalkan teks itu menyerupai seter Ireland (atau mana-mana seter) seperti yang dikenali kini adalah tidak betul. Caius merujuk sejenis setting spaniel, kemungkinan besar kini pupus. Perihal kerja yang dilakukan oleh tonggak awal baka ini menyerupai tingkah laku kerja seter Ireland moden. Mengenai anjing awal ini, Caius terus menulis: "Sebahagian besar kulitnya berwarna putih, dan jika ia bertanda dengan sebarang tompok, tompok itu lazimnya merah, dan agak besar dengannya." Jika ini berlaku, ada kepastian untuk mengandaikan pewarnaan merah padu seter Ireland kini terhasil melalui amalan pembiakbakaan terpilih.

Rujukan lanjut kepada seter dalam kesusasteraan awal dapat ditemukan The Country Farme karya Richard Surflet dan Gervase Markham, yang diterbitkan pada tahun 1616. Mereka menulis: "Terdapat juga sejenis lagi spannyel darat lain yang dipanggil setter."[3]

Ada kejelasan bahawa, menjelang awal abad ke-18, jenis anjing yang dikenali sebagai setter telah muncul dengan sendirinya. Terdapat juga kejelasan bahawa orang Ireland telah mula aktif membiakbakakan jenis mereka sendiri. Sebagai contoh, keluarga de Freyne dari French Park mula menyimpan rekod pembaka terperinci pada tahun 1793. Ningrat tanah terkemuka lain Ireland yang juga diketahui pernah membiakbakakan susur galur seter pada masa sama termasuk Lord Clancarty, Lord Dillon, dan Marquis of Waterford.

Ada perhatian seawal tahun 1845 bahawa seter di Ireland kebanyakannya sama ada merah, atau, menurut Youatt,[3] "...sangat merah, atau merah dan putih, atau berwarna lemon, atau putih bertompok perang berangan." Jelas sekali, keutamaan untuk anjing berwarna merah padu memberikan kesan terhadap penampilan seter tipikal baka Ireland.

Piawaian baka untuk seter Ireland moden pertama kali dirangka oleh Irish Red Setter Club di Dublin dan diluluskan pada 29 Mac 1886. Piawaian ini terdiri daripada skala 100 mata, dengan bilangan mata yang diberikan untuk setiap sifat fizikal anjing itu. Sistem mata kemudian digugurkan; walau bagaimanapun, selain sesetengah perubahan kecil, piawaian ini sebahagian besarnya kekal tidak berubah kini di kebanyakan negara dengan pengiktirafan formal bagi baka ini.

Seter Ireland yang menuding

Seter Ireland dibiakbakakan untuk perburuan, khususnya untuk menetapkan atau mengesan dan menuding burung buruan tanah tinggi. Ia merupakan seorang pemburu yang tidak mengenal penat lelah dan melangkau jauh dan sangat sesuai untuk padang dan rupa bumi mur basah atau kering. Dengan menggunakan deria bau cemerlangnya untuk mengesan tanda (atau burung), seter Ireland kemudian menahan kedudukan penudingan, dengan menunjukkan arah kedudukan burung tersembunyi.

Seter Ireland dibawa ke Amerika Syarikat pada awal abad ke-19.

Pada tahun 1874, American Field menyusun Buku Pembaka Anjing Padang dan daftar anjing di Amerika Syarikat dilahirkan. Buku Pembaka Anjing Padang ini ialah daftar baka tulen tertua di Amerika Syarikat. Pada masa itu, anjing boleh didaftarkan walaupun dibiakbakakan daripada bapa dan ibu daripada baka berlainan. Pada sekitar masa ini, seter Llewellin dibiakbakakan dengan menggunakan susur galur daripada pembiakbakaan Lavarack bagi seter Inggeris dan, antara baka lain, susur galur daripada seter Ireland asli. Pada sekitar masa sama, seter merah Ireland menjadi kegemaran dalam gelanggang pertunjukan anjing.

Tidak semua seter Ireland pada lewat abad ke-19 berwarna merah. American Kennel Club mendaftarkan seter Ireland dengan pelbagai warna. Frank Forester, seorang penulis sukan abad ke-19, memerihalkan seter Ireland seperti yang berikut: "Titik-titik seter Ireland merupakan kerangka lebih bertulang, bersudut, dan berdawai, kepala lebih panjang, lapis bulu kurang bak sutera dan lebih lurus daripada yang pada seter Inggeris. Warnanya patut berwarna merah jingga pekat dan putih, tanda lazim ialah jalur putih di antara mata dan gelang putih di sekeliling leher, stoking putih, dan tage putih pada ekor."

Seter yang sepenuhnya merah, walau bagaimanapun, lebih diutamakan dalam gelanggang pertunjukan dan itulah arah yang dituju oleh baka ini. Pada antara tahun 1874 dengan tahun 1948, baka ini menghasilkan 760 ekor juara pertunjukan pengakuran, tetapi hanya lima ekor juara padang.

Pada tahun 1940-an, majalah Field and Stream menulis tentang fakta yang sudah cukup terkenal. Seter Ireland sedang lenyap dari padang dan penyilangan ke luar bakal diperlukan untuk menghidupkan baka ini semula sebagai anjing pekerja. Sports Afield turut mengulas dengan seruan serupa untuk penyilangan ke luar. Ned LaGrande dari Pennsylvania membelanjakan sedikit kekayaan untuk membeli contoh-contoh seter Ireland pekerja terakhir di Amerika dan mengimport anjing dari luar negara. Dengan berkat Buku Pembaka Anjing Padang, beliau memulakan penyilangan ke luar dengan juara padang seter Inggeris merah dan putih. National Red Setter Field Trial Club diwujudkan untuk menguji anjing dan untuk menggalakkan pembiakbakaan ke arah anjing yang bakal berjaya bertanding dengan seter putih. Maka, lahirlah seter merah moden dan kontroversi bermula.

Sebelum tahun 1975, wujud hubungan antara American Kennel Club dengan Buku Pembaka Anjing Padang yang mempunyai pendaftaran dengan salah sebuah badan yang melayakkan anjing untuk pendaftaran dengan badan lagi satu. Pada tahun 1975, Irish Setter Club of America membuat petisyen kepada American Kennel Club untuk menolak pendaftaran timbal balik, dan permintaan itu dilaksanakan. Terdapat dakwaan, daripada pengkritik langkah itu, bahawa tekanan dikenakan ke atas American Kennel Club oleh penggemar pertunjukan bangku yang tidak menghargai usaha penyilangan ke luar oleh National Red Setter Field Trial Club, serta sesetengah penguji padang daripada American Kennel Club selepas sederet kekalahan kepada seter merah Buku Pembaka Anjing Padang.[4] Kenel-kenel seter Ireland pekerja kini menjuarapadangkan anjing yang mendakwa susur galur daripada Buku Pembaka Anjing Padang dan American Kennel Club.

Seter merah pekerja

[sunting | sunting sumber]

Seter merah moden adalah lebih kecil daripada sepupu baka bangkunya. Walaupun anjing pertunjukan kerap mencapai 70 lb (32 kg), seter merah pekerja pada umumnya seberat sekitar 45 lb (20 kg). Lapis bulunya kurang baka sutera dan jumbainya pada umumnya lebih pendek. Warnanya lebih cerah, dengan anjing pekerja yang terdapat dengan warna coklat kemerah-merahan dan perang kekuning-kuningan. Seter merah kerap mempunyai tompok putih pada muka dan dadanya seperti yang dipunyai oleh seter Ireland terdahulu. Telah ada usaha untuk menghidupkan semula kebolehan padang pada jenis sebenar Ireland oleh segelintir pembiak baka berdedikasi di California dan di tempat lain dengan sedikit kejayaan. Lebih daripada sedozen seter Ireland juara duaan American Kennel Club telah dihasilkan, bukti kebolehan anjing ini sejak lahir apabila trait-trait betul dicari-cari secara selektif dalam pembiakbakaan.[perlu rujukan]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.9 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[5]

Intoleransi gluten pada seter Ireland ialah gangguan genetik yang berlaku secara semula jadi yang merupakan hasil daripada lokus resesif autosom tunggal.[6] Pada usia sekitar 6 bulan, seter Ireland dengan keadaan ini akan mengalami peningkatan kehadiran sel imun dan penurunan penyerapan di dalam usus kecil apabila diberi diet yang mengandungi gluten. Kesan-kesan ini membawa kepada kerosakan lanjut bagi usus kecil serta malnutrisi dan cirit-birit. Seter Ireland yang diberi diet bebas gluten telah ditunjukkan terkecuali daripada sebarang kesan yang berkaitan dengan intoleransi gluten.[7][8]

Baka ini cenderung terhadap dermatitis atopi.[9]

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]

Pengendali bas dan koc kebangsaan Ireland, Bus Éireann, menggunakan seter Ireland sebagai logo korporatnya.

Seter ketara

[sunting | sunting sumber]
Garry Owen dengan Gabenor Maine Baxter

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: سيتر ميره اءيرلند; bahasa Inggeris: Irish red setter
  2. ^ Jawi: سيتر اءيرلند; bahasa Inggeris: Irish setter
  3. ^ Jawi: سيتر ميره; Ireland: sotar rua; bahasa Inggeris: red setter
  1. ^ Cassidy, Kelly M. (2008). "Breed Longevity Data" [Data Kelanjutan Usia Baka]. Dog Longevity (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2012. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  2. ^ "Breed Information Centre — Irish Setter" [Pusat Maklumat Baka — Seter Ireland]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ a b c Gardner, Eve (1998). Irish Setters Today [Seter Ireland Kini] (dalam bahasa Inggeris). Lydney, Gloucestershire, United Kingdom: Ringpress Books. ISBN 9781860540592. OCLC 43234067.
  4. ^ Boyle, Robert H. (20 November 1978). "Irish with a dash of Limey". Sports Illustrated (Vault) (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  6. ^ Garden, Oliver A.; Pidduck, Heather; Lakhani, Ken H.; Walker, Dawn; Wood, James Lionel Norman; Batt, Roger M. (1 April 2000). "Inheritance of gluten-sensitive enteropathy in Irish Setters" [Pewarisan enteropati peka gluten pada seter Ireland]. American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 61 (4): 462–468. doi:10.2460/ajvr.2000.61.462. ISSN 1943-5681. PMID 10772115. S2CID 9651001.
  7. ^ Hall, Edward J.; Batt, Roger M. (1 Julai 1990). "Development of wheat-sensitive enteropathy in Irish Setters: Morphologic changes" [Perkembangan enteropati peka gandum pada seter Ireland: Perubahan morfologi]. American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 51 (7): 978–982. doi:10.2460/ajvr.1990.51.07.978. ISSN 1943-5681. PMID 2389896. S2CID 21485239.
  8. ^ Hall, Edward J.; Batt, Roger M. (1 Februari 1992). "Dietary modulation of gluten sensitivity in a naturally occurring enteropathy of Irish setter dogs" [Pemodulatan diet bagi kepekaan gluten dalam enteropati yang berlaku secara semula jadi pada seter Ireland]. Gut (dalam bahasa Inggeris). The BMJ. 33 (2): 198–205. doi:10.1136/gut.33.2.198. ISSN 1468-3288. PMC 1373930. PMID 1347279. S2CID 20305474. These findings document a gluten sensitive enteropathy in Irish setters and indicate that exclusion of dietary cereal from birth may modify subsequent expression of the disease.
  9. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
  10. ^ "A Decade Later, Watergate's Veterans Are Winners, Losers—and Everything in Between" (dalam bahasa Inggeris) People, Jil. 17, Bil. 23 (14 Jun 1982).
  11. ^ "Nixon Celebrates Birthday With Surprise Staff Party" (dalam bahasa Inggeris) The Spartanburg Herald, 10 Januari 1974
  12. ^ Nash, John. "The Irish Setter in Sport and Field Trials" [Seter Ireland dalam Sukan dan Ujian Padang]. Irish Red and White Setter Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2016. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  • Fergus, Charles (1 Ogos 2002). Gun Dog Breeds: A Guide to Spaniels, Retrievers, and Pointing Dogs [Baka Gundog: Panduan untuk Spaniel, Anjing Pengutip, dan Anjing Penuding] (dalam bahasa Inggeris). Guilford, Connecticut, Amerika Syarikat: The Lyons Press. ISBN 9781585746187. OCLC 50243124.
  • Sisley, Nick. "Today's Red Setter" [Seter Merah Kini]. Gun Dog Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2006. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  • Thomas, Jerry (Februari–Mac 2005). "Today's Irish Setter" [Seter Merah Kini]. Gun Dog Magazine (dalam bahasa Inggeris). 24 (2): 38–43. Check date values in: |date= (bantuan)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • O'Dwyer, Raymond (2007). The Irish Red Setter: Its History, Character and Training [Seter Merah Ireland: Sejarah, Perwatakan, dan Pelatihannya] (dalam bahasa Inggeris). Cork, Ireland: Atrium. ISBN 9780953535392. OCLC 159653154.