Sejarah dunia
Sejarah dunia (Tulisan Jawi: سجاره دنيا), menurut kebiasaan, adalah sejarah manusia, dari kemunculan Homo sapiens sehingga masa kini. Sejarah manusia ditanda oleh kedua-dua jumpaan dan ciptaan secara beransur-ansur serta juga lompatan kuantum (quantum leap) — anjakan paradigma dan revolusi — yang merangkumi mercu tanda dalam evolusi kerohanian dan duniawi kemanusiaan.
Sejarah manusia, berbanding dengan pra sejarah, pada masa lalu dikatakan bermula dengan ciptaan, secara bebas dibeberapa tapak di bumi, tulisan, yang menjadi infrastruktur bagi penyebaran ingatan yang berterusan dan tepat dan dengan itu penting bagi penyebaran dan perkembangan pengetahuaan.[1] Tulisan, sebaliknya, menjadi perlu dengan gelombang Revolusi Neolitik / Revolusi Pertanian, yang telah memberikan kebangkitan tamadun, contoh. masyarakat yang menetap secara tetap, yang mendorong peningkatan kepelbagaian perdagangan.
Habitat manusia yang bertaburan, berpusat sekitar punca air penting bagi kehidupan — sungai dan tasik — berkembang dengan masa kepada unit lebih besar, selaras dengan perkembangan kaedah pengangkutan yang lebih baik. Proses perkembangan ini, digalakkan oleh persaingan dan pertelingkahan antara masyarakat yang berjiran, semakin berkembang merentasi alaf kepada negara lebih besar, dan kemudiannya negara super atau empayar. Di Eropah, kejatuhan Empayar Rom Barat (476) biasanya dikatakan sebagai menandakan akhirnya sejarah silam dan permulaan Zaman Pertengahan.
Seribu tahun semudian, pada pertengahan abad ke-15, ciptaan Johannes Gutenberg bagi percetakan moden, menggunakan jenis boleh gerak, merevolusi perhubungan, membantu mengakhiri Zaman Pertengahan dan membawa masuk zaman moden, Renaissance dan Revolusi Saintifik.
Menjelang abad ke-18, himpunan pengetahuan dan teknologi, terutamanya di Eropah, telah sampai tahap kritikal yang mencetuskan kehadiran Revolusi Perindustrian. Lebih suku-alaf sejak itu, perkembangan pengetahuan, teknologi, perdagangan, dan — bersamanya — potensi kemusnahan akibat perang telah meningkat berganda secara geometri mencipta peluang dan bahaya yang kini mengancam masyarakat manusia yang tinggal bersama di planet ini.
Zaman Paleolitik
[sunting | sunting sumber]"Paleolitik" bererti "Zaman Batu Silam." Ini merupakan Zaman Batu yang terawal. Zaman Paleolitik Awal (Lower Paleolithic) sebelum Homo sapiens, bermula dengan Homo habilis dan pengunaan terawal perkakas batu sejak 2.5 juta tahun dahulu Homo sapiens berasal sekitar 200,000 tahun dahulu, membawa masuk Zaman Paleolitik Pertengahan.
Pada satu ketika pada Pertengahan Paleolitik, manusia turut membangunkan bahasa, muzik, seni awal, dan juga pengkebumian mayat secara sistematik.
Manusia berkembang dari Afrika Timur ke Timur Dekat sekitar 80 alaf dahulu, dan selanjutnya ke Asia Selatan dan Australasia sekitar 60 alaf dahulu, barat laut ke Eropah dan ke timur ke Asia Tengah sekitar 40 alaf dahulu, dan jauh ke timur hingga ke Amerika sejak sekitar 30 alaf dahulu. Zaman Paleolitik Akhir (Upper Paleolithic) dianggap bermula sejak 40 alaf dahulu, dengan kewujudan budaya "tinggi". Perkembangan ke Amerika Utara dan Oceania berlaku pada kemuncak Zaman Air Batu terkini, ketika kawasan sederhana amat tidak seduai untuk diduduki. Menjelang akhir Zaman Air Batu sekitar 12,000 tahun dahulu, manusia telah menduduki hampir kesemua bahagian bebas ais di seluruh dunia.
Sepanjang zaman Paleolitik, manusia biasanya hidup sebagai pemburu-pengumpul nomad. Masyarakat pemburu-pengumpul cenderung terdiri dari kumpulan agak kecil dan sama taraf (egalitarian), sungguhpun masyarakat pemburu-pengumpul dengan sumber makanan yang kaya atau mempunyai teknik penyimpanan makanan yang maju kadang kala membangunkan cara hidup tenang (sedentary), struktur masyarakat rumit seperti mempunyai ketua, dan pengelasan masyarakat; dan membolehkan hubungan jarak jauh, seperti bagi kes highway orang asli Australia.
Tempoh Mesolitik
[sunting | sunting sumber]"Mesolitik," atau "Zaman batu Pertengahan" (dari Yunani "mesos," "pertengahan," dan "lithos," "batu") merupakan zaman dalam perkembangan teknologi manusia antara tempoh Zaman Paleolitik dan Neolitik Zaman Batu.
Tempoh Mesolitik bermula pada penghujung tempoh Zaman Pleistosen, sekitar 10,000 tahun dahulu, dan berakhir dengan pengenalan kepada pertanian, yang tarikhnya berbeza menurut kawasan geografi. Di sesetengah kawasan, seperti Timur Dekat, pertanian telahpun dilaksanakan menjelang hujung Zaman Pleistosen, dan di situ Mesolitik adalah pendek dan tidak jelas. Di kawasan yang mempunyai kesan glasial terhad, istilah Epipaleolitik kadang-kala digunakan.
Kawasan yang mengalami kesan persekitaran lebih besar seperti zaman air batu terakhir mempunyai lebih banyak bukti era Mesolitik, beralaf lamanya. Di Eropah Utara, masyarakat mampu hidup mudah dengan bekalan makanan yang banyak dari tanah paya terbentuk akibat cuaca lebih panas. Keadaan sedemikian menghasilkan tabiat manusia yang dikekalkan dalam rekod bahan, seperti oleh kebudayaan Maglemosian dan Azilian. Keadaan sedemikian turut melewatkan kedatangan Neolitik sehingga 4000 SM (6,000 tahun dahulu) di Eropah Utara.
Peninggalan dari tempoh ini adalah sedikit dan jarang dijumpai, seringkali terhad pada buangan. Di kawasan berhutan, tanda pertama nyahhutan telah dijumpai, sungguhpun ini hanya bermula dengan meluas semasa Neolitik, apabila lebih banyak kawasan diperlukan bagi pertanian.
Di kebanyakan kawasan, Mesolitik mempunyai ciri-ciri perkakasan batu komposit kecil — mikrolit dan mikroburin. Alat pancing, kapak batu dan objek kayu, contoh. Kanu dan busur panah turut dijumpai disesetengah kawasan. Teknologi ini mula muncul di Afrika, dikaitkan dengan budaya Azilian, sebelum merebak ke Eropah menerusi budaya Ibero-Maurusian di Sepanyol dan Portugis, dan budaya Kebaran di Palestin. Kemungkinan ciptaan ini berlaku secara serentak tidak boleh diabaikan.
Semasa Mesolitik sama seperti tempoh Paleolitik sebelumnya, manusia tinggal dalam suku kecil dan puak (kebanyakan sama taraf).
Tempoh Neolitik
[sunting | sunting sumber]"Neolitik" bererti "Zaman Batu Baru". Ini merupakan tempoh pembangunan teknologi dan masyarakat primitif, pada akhir "Zaman Batu." Bermula pada alaf 10 SM / (12,000 tahun dahulu), tempoh Neolitik melalui pembangunan awal perkampungan, pertanian, penternakan haiwan dan perkakasan.
Kebangkitan pertanian
[sunting | sunting sumber]Perubahan utama, digambarkan oleh pakar pra sejarah Vere Gordon Childe sebagai "Revolusi Pertanian," berlaku sekitar 10 alaf Sebelum Masihi dengan amalan pertanian. Orang-orang Sumer pertama mula menanam sekitar 9500 SM. Menjelang 7000 SM, pertanian telah tersebar ke India; menjelang 6000 SM, ke Mesir; menjelang 5000 SM, ke China. Sekitar 2700 SM, pertanian telah tiba ke Mesoamerika.
Sungguhpun perhatian cenderung tertumpu pada Hilal Subur Timur Tengah, kajian arkeologi di Amerika, Timur Asia dan Asia Tenggara menunjukkan bahawa sistem pertanian, menggunakan tanaman dan haiwan berlainan, mungkin dalam sesetengah kes berkembang di sana hampir sama awalnya. Perkembangan pengairan teratur, dan penggunaan tenaga kerja khas, oleh Sumeria, bermula sekitar 5500 SM. Batu digantikan dengan gangsa dan perkakasan besi bagi pertanian dan perperangan. Penempatan pertanian sehingga itu hampir sepenuhnya bergantung kepada perkakasan batu. Di Eurasia, perkakasan tembaga dan gangsa, hiasan dan senjata telah menjadi biasa sekitar 3000 SM. Selepas gangsa, kawasan Mediterranean Timur, Timur Tengah dan China mula menggunakan perkakasan dan senjata besi.
Kemungkinannya penduduk Amerika tidak memmiliki peralatan logam sehingga zaman budaya Chavםn (900 SM)). Budaya Moche bagaimanapun memiliki perisai, pisau dan pinggang mangkuk logam. Malah puak Inca yang kekurangan logam telahpun memiliki bajak bermata logam, sekurang-kurangnya selepas penaklukan Chimor. Bagaimanapun, kurang penyelidikan arkeologi dijalankan di Peru, dan hampir kesemua khipus (peranti rakaman, dalam bentuk simpulan, yang digunakan oleh Inca) telah dibakar semasa penaklukan Sepanyol ke atas Peru. Sehingga akhir 2004, keseluruhan bandar masih dibongkar. Sesetengah cari gali menunjukkan bahawa besi mungkin telah dihasilkan di situ sebelum ia dimajukan di Eropah.
Tempat kelahiran tamadun awal adalah lembah sungai, seperti lembah Sungai Furat dan Tigris di Mesopotamia, lembah Nil di Mesir, lembah Indus di subbenua India, dan lembah Yangtze dan Sungai Kuning di China. Sesetengah kaum nomad, seperti penduduk asli Australia dan Bushmen di Afrika Selatan tidak bercucuk-tanam sehingga baru-baru ini.
Sebelum 1800, kebanyakan penduduk tidak tergolong dalam negara. Para saintis bertelingkah sama ada istilah "puak" patut diguna pakai bagi kumpulan masyarakat yang hidup masa itu. Kebanyakan masyarakat puak, di Eropah dan tempat lain, membentuk negara apabila mereka diancam, ataupun diceroboh oleh negara sedia ada. Contohnya adalah Marcomanni, Poland dan Lithuania. Sesetengah "puak" seperti orang-orang Kass dan Manchu misalnya menakluk negara dan dijajah olehnya.
Pertanian membolehkan pembentukan masyarakat rumit — tamadun. Negara dan pasaran muncul. Teknologi meningkatkan kemampuan manusia bagi mengawal alam sekitar dan membangunkan sistem pengangkutan dan perhubungan.
Tamadun
[sunting | sunting sumber]Negeri
[sunting | sunting sumber]Revolusi Pertanian pertama mendorong kepada beberapa perubahan utama. Ia membenarkan penduduk lebih padat, yang mengikut masa membentuk negeri. Terdapat beberapa takrifan bagi istilah, "negeri." Max Weber dan Norbert Elias mentakrifkan negeri sebagai organisasi manusia yang mempunyai monopoli bagi penggunaan kekerasan sah bagi kawasan geografik yang khusus.
Negeri pertama dipercayai muncul di Mesopotamia, barat Iran, Mesir Purba dan Lembah Indus pada akhir alaf ke-4 dan awal alaf ke-3 SM. Semasa Zaman Gangsa di Mesopotamia dan Iran, terdapat beberapa negeri-bandar. Mesir Purba bermula sebagai negeri tanpa bandar, tetapi kemudian membangunkannya. Negeri muncul di China pada akhir alaf ke-3 dan awal alaf ke-2 SM.
Sesebuah negeri biasanya memerlukan tentera bagi menguatkuasa kekuatan secara sah. Tentera pula memerlukan birokrat bagi mengekalkannya. Satu-satunya pengecualian kepada aturan ini kelihatannya bagi tamadun Lembah Indus, iaitu tidak terdapat bukti bagi kewujudan kuasa tentera.
Perang utama berlaku antara negara di Timur Tengah. Sekitar 1275 Sebelum Masihi, Hittite di bawah Muwatalli II dan Mesir di bawah Ramesses II menandatangani perjanjian Kadesh, perjanjian keamanan tertua dunia.[2]
Empayar mula wujud, dengan penaklukan kawasan yang diperintah oleh puak utama, sebagaimana yang berlaku di Empayar Neo-Assyria (abad ke-10 SM), Empayar Parsi Achaemenid (abad ke-6 SM), Empayar Mauryan (abad ke-4 SM), Qin dan Dinasti Han (abad ke-3 SM), dan Empayar Rom (abad ke-1 SM).
Pertembungan antara empayar termasuk yang berlaku pada abad ke-8, apabila Khalifah Islam dari Arab (memerintah dari Sepanyol hingga ke Iran) dan dinasti Tang China (yang memerintah dari Xinjiang hingga ke Korea) bertempur selama beberapa dekad bagi mengawal Asia Tengah.
Empayar daratan satu sempadan terbesar dalam sejarah adalah Empayar Mongol pada abad ke-13. Menjelang masa itu, kebanyakan orang di Eropah, Asia dan Afrika Utara merupakan sebahagian dari negara. Terdapat juga negara di Mexico dan barat Amerika Selatan. Negara mengawal semakin banyak jajahan dan penduduk dunia; kawasan "kosong" terakhir, tidak termasuk Antartika yang tidak didiami, akan dibahagikan antara negara dalam Persidangan Berlin (1884-1885).
Bandar dan perdagangan
[sunting | sunting sumber]Pertanian turut mencipta, dan membenarkan penyimpanan, lebihan makanan yang mampu menyokong orang yang tidak terbabit secara langsung dalam penghasilan makanan. Pembangunan pertanian membenarkan penubuhan bandar pertama. Ini adalah pusat perdagangan, pengilangan, dan kuasa politik dengan hampir tiada keluaran pertanian mereka sendiri. Bandar menubuhkan hubungan simbiosis dengan kawasan desa sekeliling, menyerap keluaran pertanian dan sebaliknya memberikan barangan dan pelbagai tahap perlindungan tentera.
Pembangunan bandar menghasilkan secara etimologi dan juga kebangkitan tamadun itu sendiri: yang pertama ialah tamadun Sumeria, di bahagian bawah Mesopotamia (3500 SM), diikuti oleh tamadun Mesir sepanjang sungai Nil (3300 SM) dan tamadun Harappan di Lembah Indus (3300 SM). Bandar besar didirikan, dengan kerumitan ekonomi dan masyarakat tahap tinggi. Setiap tamadun ini begitu berbeza sesama sendiri sehinggakan ia hampir pasti berasal secara berasingan. Ia dalam tompoh ini, dan disebabkan keperluan menguruskan bandar, hinggakan tulisan dan perdagangan meluas diperkenalkan.
Penulisan terawal yang diketahui adalah skrip kuneiform, dicipta oleh orang-orang Sumeria sejak sekitar 3000 SM. Tulisan Kuneiform bermula sebagai sistem piktograf. Melalui masa, lambang gambar dipermudahkan dan menjadi lebih abstrak. Kuneiform ditulis pada kepingan tanah liat, dari mana simbol dilukis dengan mensiang tumpul sebagai stilus. Abjad pertama digunakan pada Zaman Gangsa Pertengahan (2000-1500 SM). Darinya terbentuk abjad Phoenicia, yang digunakan bagi menulis bahasa Phoenicia. Abjad Phoenicia merupakan leluhur kebanyakan sistem tulisan yang digunakan hari ini.
Di China, masyarakat proto-bandar mungkin telah terbentuk dari 2500 SM, tetapi dinasti pertama yang dikenal pasti oleh pakar arkeologi adalah Dinasti Shang.
Pada alaf ke-2 SM melihat kewujudan tamadun di Caanan, Crete, tanah besar Yunani, dan Turki tengah.
Di Amerika, tamadun seperti Maya, Zapotec, Moche, dan Nazca muncul di Mesoamerika dan Peru pada hujung alaf pertama SM.
Syiling pertama di dunia diperkenalkan sekitar 625 SM di Lydia (barat Anatolia, di Turki) moden.[3]
Laluan Perdagangan muncul di timur Mediterranean pada alaf ke-4 SM. Lalaun perdagangan jarak jauh mula muncul pada alaf ke-3 SM, Kaum Sumeria di Mesopotamia berdagang dengan tamadun Harappan dari lembah Indus. Laluan Sutera antara China dan Syria mula digunakan pada alaf ke-2 SM. Bandar di Asia Tengah dan Parsi merupakan persimpangan jalan bagi laluan perdagangan ini. Makam dinastik Silla telah dijumpai di Korea, mengandungi tinggalan seperti cawan wain yang dihasilkan di Iran.[4] Tamadun Phoenicia dan Yunani mengasaskan empayar berasaskan perdagangan di lembangan Mediterranean pada alaf pertama SM.
Pada akhir alaf pertama dan awal alaf ke-2, kaum Arab menguasai laluan perdagangan di Lautan Hindi, Asia Timur, dan Sahara. Pada akhir alaf pertama, kaum-kaum Arab dan Yahudi menguasai perdagangan di Mediterranean. Pada awal alaf ke-2, penduduk di Itali mengambil alih peranan ini, dan bandar Flanders dan Jerman merupakan pusat laluan perdagangan di Eropah Utara yang dikawal oleh Liga Hansa. Di semua kawasan, bandar utama berkembang di persimpangan sepanjang laluan perdagangan.
Agama dan falsafah
[sunting | sunting sumber]Falsafah dan agama baru muncul di timur dan barat, terutamanya sekitar abad ke-6 SM. Menjelang masa, pelbagai variasi agama berkembang di sekeliling dunia, dengan antara yang paling awal adalah Hindu, Buddhisme dan Jainisme di India, dan Majusi di Parsi. Agama Ibraham menjejak asal mereka kepada agama Yahudi, sekitar 1800 SM.
Di timur, tiga aliran pemikiran menguasai pemikiran China sehingga zaman moden masa kini. Ia termasuk Taoisme, Legalisme dan Konfusianisme. Tradisi Konfusianisme, yang paling berkuasa, melihat kearah moral politik dan bukannya menggunakan kuasa undang-undang tetapi ke arah kuasa dan contoh tradisi. Konfusianisme akan kemudian tersebar ke Semenanjung Korea dan Goguryeo[5] dan kepada Jepun.
Di barat, falsafah Yunani, diwakili oleh Socrates, Plato dan Aristotle, tersebar ke seluruh Eropah dan Timur Tengah pada abad ke-4 SM melalui penaklukan oleh Alexander III dari Macedon, atau lebih dikenali sebagai Alexander Agung.
Tamadun dan kawasan
[sunting | sunting sumber]Menjelang akhir abad pertama SM, Mediterranean, Sungai Ganges dan Sungai Kuning telah menjadi tapak empayar yang pemimpin masa hadapan cuba menirunya. Di India, Empayar Mauryan memerintah sebahagian besar Asia Selatan, sementara Pandyas memerintah India Selatan. Di China, Qin dan Han mengembangkan pemerintahan imperial mereka menerusi penyatuan politik, komunikasi lebih baik dan penubuhan monopoli negara oleh Maharaja Wu.
Di barat, rakyat Yunani Purba menubuhkan tamadun yang dianggap kebanyakan sejarahwan sebagai asas budaya tamadun barat moden. Beberapa abad kemudian, pada abad ke-3 SM, Rom mula mengembangkan jajahan mereka melalui penaklukan dan menubuhkan koloni. Menjelang pemerintahan Maharaja Augustus (akhir abad pertama SM, Rom mengawal keseluruhan tanah mengelilingi Mediterranean. Menjelang pemerintahan Maharaja Trajan (awal abad ke-2 M), Rom mengawal kebanyakan tanah dari England hingga ke Mesopotamia.
Empayar yang agung bergantung kepada penyerapan jajahan menggunakan tentera dan pada pembentukan pendudukan yang dipertahankan agar menjadi pusat pertanian. Keadaan yang agak aman semasa di bawah pentadbiran empayar menggalakkan perdagangan antarabangsa, paling terkemuka laluan perdagangan besar di laut Mediterranean yang telah dibangunkan semenjak Zaman Keyunanian, dan Laluan Sutera.
Empayar berhadapan dengan masalah biasa berkait dengan mengekalkan jumlah tentera yang besar dan menyokong borokrasi pusat. Kos ini semakin membebankan petani, sementara usahawan pemilik tanah semakin mampu mengelakkan kawalan pusat dan kosnya. Tekanan orang-orang gasar di sempadan mencepatkan proses perpecahan dalaman. Empayar Han China terjerumus dalam perang saudara pada 220 M, sementara Empayar Rom yang sama semakin menjadi berpisah dan pecah belah pada masa yang sama.
Sepanjang zon iklim sederhana Eurasia, Amerika dan Afrika Utara, empayar bangkit dan jatuh secara berterusan.
Keruntuhan Empayar Rom, yang berlanjutan selama beberapa kurun selepas kurun ke-2 SM, berkebetulan dengan penyebaran Kristian ke arah barat ke Timur Tengah. Empayar Rom barat jatuh di bawah pengaruh puak Jerman pada kurun ke-5, dan ia perlahan-lahan berpecah kepada beberapa negeri yang bertempur sesama sendiri, kesemuanya berkait dalam satu cara atau lain sesama sendiri dengan Gereja Katolik Rom. Sisa bahagian Empayar Rom, di Mediterranean timur, mulai sekarang akan dikenali sebagai Empayar Byzantine. Berkurun selepasnya, persatuan terhad akan dikembalikan pada Eropah barat melalui penubuhan Empayar Rom Suci pada 962, yang terdiri dari beberapa negeri yang apa kini dikenali sebagai Jerman, Switzerland, Belgium, Itali dan Perancis.
Di China, pelbagai dinasti turut naik dan turun. Selepas kejatuhan Dinasti Han Timur dan jatuhnya Tiga Kerajaan, puak nomad dari utara mula menjajah pada abad ke-4 M, akhirnya menakluk kawasan China Utara dan menubuhkan banyak kerajaan kecil. Dinasti Sui menyatukan China pada 581, dan bawah Dinasti Tang berikutnya (618-907) China memasuki zaman keemasan kedua. Bagaimanapun Dinasti Tang turut berpecah dan selepas setengah abad kacau-bilau Dinasti Song Utara menyatukan China pada 982. Bagaimanapun tekanan dari empayar nomad di utara semakin meningkat. China Utara jatuh ke tangan Jurchen pada 1141, dan Empayar Mongol menakluk keseluruhan China pada 1279, termasuk juga hampir keseluruhan tanah besar Eurasia, kecuali tengah dan Eropah Barat, dan kebanyakan Asia Tenggara dan Jepun.
Pada tempoh ini, India utara diperintah oleh Gupta. Di India Selatan, tiga kerajaan Dravidia terkemuka muncul: Chera, Chola dan Pandya. Kestabilan yang berikutnya menyumbang kepada zaman kegemilangan kebudayaan Hindu pada abad ke-4 dan ke-5 M.
Pada masa kini juga, di Amerika Tengah, masyarakat luas juga turut terbentuk, yang paling penting adalah Maya dan Aztek dari Mesoamerika. Ketika ibu budaya iaitu Olmeks merosot secara perlahan-lahan, negara-bandar Maya agung perlahan-lahan meningkat semakin banyak dan semakin penting, dan budaya Maya tersebar sepanjang Yucatבn dan kawasan sekeliling. Empayar Aztek berikutnya dibina atas budaya berjiranan dan dipengaruhi oleh penduduk yang ditawan seperti Toltek.
Di Amerika Selatan, antara abad ke-14 dan abad ke-15 melihat kebangkitan Inca. Empayar Inca dari Tawantinsuyu, dengan ibu negerinya di Cusco, merentasi keseluruhan Banjaran Gunung Andes. Kaum Inca adalah kaya dan maju, terkenal kerana sistem jalan Inka dan pertukangan batu yang tiada tandingannya.
- Sehingga 1258
Islam, yang bermula pada abad ke-7 di Arab, merupakan salah satu kuasa menakjubkan dalam sejarah dunia, berkembang dari sejumlah kecil pengikut kepada menjadi asas bagi beberapa siri empayar di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah, India, Melaka dan masa kini Indonesia.
Di timur laut Afrika, Nubia dan Habsyah masih kekal kelompok Kristian sementara bahagian Afrika yang lain di utara khatulistiwa memeluk Islam. Dengan kedatangan Islam datang teknologi baru yang, buat kali pertama membenarkan perdagangan yang banyak menyeberangi Sahara. Cukai ke atas perdagangan ini membawa kemewahan kepada Afrika Utara, dan kebangkitan beberapa siri kerajaan di Sahel.
Tempoh ini dalam sejarah dunia ditanda dengan kemajuan teknologi yang perlahan tetapi berterusan, dengan pembangunan penting seperti pelana dan bajak moldboard tiba setiap beberapa kurun. Bagaimanapun di sesetengah kawasan, terdapat kemajuan teknologi yang pantas. Lebih penting lagi, adalah di kawasan Mediterranean semasa tempoh Keyunanian, apabila beratus teknologi dicipta. Tempoh sedemikian diikuti dengan tempoh kemerosotan teknologi, sebagaimana semasa kemerosotan dan kejatuhan Empayar Rom dan tempoh awal pertengahan berikutnya.
Wabak Justinian merupakan wabak yang menimpa Empayar Byzantine, termasuk ibu kotanya Constantinople, pada tahun 541–542 M. Ia dianggarkan bahawa Wabak Justinian membunuh seramai hingga 100 juta manusia di seluruh dunia.[6][7] Ia menyebabkan penduduk Eropah merosot sekitar 50% antara 541 dan 700.[8] Ia juga mungkin turut menyumbang kepada kejayaan penaklukan Arab.[9][10]
Kebangkitan Eropah
[sunting | sunting sumber]Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Hampir kesemua tamadun pertanian dibebankan oleh persekitaran mereka. Pengeluaran kekal rendah, dan perubahan cuaca dengan mudah memulakan kitaran kembang dan kudup yang menyebabkan tamadun bangkit dan jatuh. Bagaimanapun, menjelang 1500, terdapat perubahan kualitatif dalam sejarah dunia. Kemajuan teknologi dan kemewahan yang dihasilkan dari perdagangan perlahan-lahan membawa kemungkinan yang lebih luas.
Malah sebelum abad ke-16, sesetengah tamadun telah mengembangkan masyarakat maju. Pada zaman dahulu, tempoh silam di Yunani dan Rom Kuno telah menghasilkan masyarakat yang disokong oleh ekonomi kewangan, dengan pasaran kewangan dan hak bagi harta persendirian. Institusi ini mencipta keadaan bagi penghimpunan modal berterusan, dengan peningkatan produktiviti. Menurut sesetengah anggaran, pendapatan per kapita Rom Itali, kawasan yang paling maju dalam Empayar Rom, sama bandingan dengan pendapatan per-kapita dari ekonomi paling maju pada kurun ke-18. (lihat [1]) Kawasan yang paling dibangunkan dalam tamadun klasik adalah kawasan bandar lebih maju berbanding kawasan lain di dunia sehingga awal zaman moden. Tamadun ini bagaimanapun, perlahan-lahan merosot dan roboh; dan para sejarahwan masih bertikai mengenai puncanya.
China telah membangunkan ekonomi kewangan maju menjelang 1,000 M. China mempunyai petani bebas yang tidak lagi petani cukup makan, dan mampu menjual keluaran mereka dan menyertai pasaran. Pertanian amat produktif dan masyarakat China ramai tinggal di bandar. Negara ini maju dari segi teknologi kerana ia mempunyai monopoli dalam hembusan (pertukangan besi) dan cetakan. (lihat Joseph Needham). Tetapi, selepas penyerbuan awal oleh Jurchens, pada 1279 sisa empayar Sung ditakluk oleh puak Mongol.
Dari luaran, Zaman Pembaharuan Eropah, bermula pada kurun ke-14, terdiri dari jumpaan semula sumbangan saintifik dunia klasik, dan dalam kebangkitan ekonomi dan masyarakat Eropah. Tetapi Renaissance turut menggalakkan budaya ingin tahu yang akhirnya mendorong kepada kemanusiaan, Revolusi Saintifik, dan akhirnya perubahan besar Revolusi Perindustrian. Revolusi Saintifik pada kurun ke-17, bagaimanapun tidak mempunyai kesan serta-merta pada teknologi; hanya pada separuh kedua kurun ke-18 barulah kemajuan saintifik mula digunakan bagi ciptaan pratikal.
Kelebihan yang dibangunkan negara Eropah menjelang kurun ke-18 terbahagi dua: budaya keusahawanan, dan kemewahan yang dihasilkan dari perdagangan Atlantik (termasuk perdagangan hamba Afrika). Menjelang akhir abad ke-16, perak Amerika membentuk satu per lima belanjawan keseluruhan Sepanyol.[11] Keuntungan perdagangan hamba dan perladangan Indies Barat berjumlah sehingga 5% dari ekonomi British pada masa Revolusi Perindustrian.[12] Sementara sesetengah sejarahwan memutuskan bahawa, pada 1750, produktiviti buruh di kawasan paling membangun di China masih setaraf dengan ekonomi Atlantik Eropah (lihat Wolfgang Keller and Carol Shiue), sejarahwan lain seperti Angus Maddison mendakwa bahawa produktiviti per-kapita Eropah barat menjelang akhir Zaman Pertengahan melebihi produktiviti per-kapita semua kawasan lain di dunia.[13]
Beberapa penjelasan telah dihulurkan laksana mengapa, dari lewat Zaman Pertengahan seterusnya, Eropah bangkit mengatasi tamadun lain, menjadi tanahair dari Revolusi Perindustrian, dan mendominasi dunia. Max Weber menyatakan bahawa ia berpunca dari etika kera Protesten yang menggalakkan Eropah untuk bekerja lebih keras dan lebih lama dari yang lain. Satu lagi penjelasan sosioekonomi melihat kepada demografi: Eropah, dengan klergi membujang, emigrasi kolonial, pusat urban mortaliti-tinggi, kebuluran bertempoh dan pencetusan dari Maut Hitam, peperangan berterusan, dan perkahwinan lambat umur telah lebih membebankan pertumbuhan populasi, berbanding kepada budaya Asia. Kekurangan relatif dari buruh bermakna bahawa lebihan akan dilaburkan dalam kecanggihan teknologi jimat-buruh seperti kincir air dan pengisar, pemintal dan tenun, enjin stim dan perkapalan, berbanding dari membekalkan pertumbuhan populasi.
Ramai telah menyatakan bahawa institusi Eropah adalah unggul, bahawa ekonomik hak milik dan pasar-bebas adalah lebih kuat dari tempat lain berpunca dari ideal kebebasan yang pelik kepada Eropah. Pada tahun kebelakangan ini, bagaimanapun, sarjana seperti Kenneth Pomeranz telah mencabar pandangan ini, walaupun pendekatan revisionis kepada sejarah dunia juga telah ditemu dengan kritikan kerana sistematiknya "mengurangi kepentingan" pencapaian Eropah.[14]
Geografi Eropah mungkin juga memainkan peranan penting. Timur Tengah, India dan China semuanya dikelilingi gunung tetapi, apabila halangan luar ini ditembusi, mempunyai bentuk muka bumi yang rata. Sebaliknya, Pyrenées, Alp, Pergunungan Apennino, Pergunungan Karpatos dan banjaran pergunungan yang lain merentasi Eropah, dan benua itu sendiri dibahagikan oleh beberapa laut. Ini memberikan Eropah sedikit perlindungan dari bahaya penceroboh Asia Tengah. Sebelum era senjata api, nomad ini biasanya mempunyai kelebihan ketenteraan berbanding negeri pertanian di pinggir benua Eropah dan, sekiranya mereka lepas lalu ke dataran India utara atau lembah China, hampir mustahil dihentikan. Pencerobohan ini sering kala membawa malapetaka. Zaman Kegemilangan Islam tamat dengan pencerobohan Mongol menjarah Baghdad pada 1258. India dan China melalui penjajahan berkala, dan Rusia menghabiskan beberapa kurun di bawah Penguasaan Mongol-Tatar. Eropah Tengah dan Barat, secara logistik lebih jauh dari pusat Asia Tengah, terbukti lebih selamat dari ancaman ini.
Satu lagi faktor geografi penting dalam kebangkitan Eropah adalah Laut Mediterranean, yang, selama beberapa alaf, telah berfungsi sebagai laluan utama lautan menggalakan pertukaran barang, manusia, idea, dan ciptaan.
Berbanding Eropah, kawasan tropika masih terdedah kepada penyakit tropika dan penyakit parasit manusia, melemahkan tenaga dan kesihatan manusia, haiwan dan tanaman mereka, merupakan faktor melemah masyarakat yang menghalang kemajuan.
Penguasaan pedagang
[sunting | sunting sumber]Pada kurun ke-14, Zaman Pembaharuan bermula di Eropah. Sesetengah penyelidik moden telah mempersoalkan samaada kebangkitan seni dan kemanusiaan (humanisme) membuat sebarang sumbang kepada sains, tetapi era tersebut turut melihat gabungan penting pengetahuan Arab dan Eropah. Salah satu perkembangan yang penting adalah caravel, yang menggabungkan layar lateen Arab dengan layar segi empat Eropah bagi mencipta kapal yang mampu berlayar Lautan Atlantik dengan selamat. Bersama dengan perkembangan penting dalam pelayaran, teknologi ini membenarkan Christopher Columbus untuk mengembara menyeberangi Lautan Atlantik pada 1492 dan menyeberangi ruang antara Afrika-Eurasia dan Amerika.
Ini mempunyai kesan dramatik bagi kedua benua. Orang-orang Eropah membawa bersama mereka penyakit virus yang tidak pernah ditemui oleh penduduk asli Amerika, dan sejumlah penduduk asli mati akibat wabak yang teruk. Orang-orang Eropah turut memiliki kelebihan kuda, besi dan senapang yang membantu mereka mengalahkan empayar Aztek dan Inka termasuk juga kebudayaan Amerika Utara.
Emas dan sumber dari Amerika telah dirampas dari penduduk tempatan dan dihantar ke Eropah, sementara pada masa yang sama sejumlah besar koloni Eropah mula berpindah ke Amerika. Untuk memenuhi permintaan bagi buruh di koloni baru, penduduk Afrika mula diimport sebagai hamba abdi. Tidal lama kemudian sebahagian besar Amerika terdiri daripada hamba perkauman kelas rendah yang besar. Di Afrika Barat, sejumlah negeri yang rancak membangun sepanjang persisiran, menjadi kaya dengan memperalat penduduk Afrika dalaman yang dijual sebagai hamba kepada pedagang Inggeris.
Perkembangan marin Eropah tidaklah mengejutkan — memandangkan bentuk geografi benua tersebut — kebanyakannya merupakan usaha negeri persisiran Atlantik: Portugis, Sepanyol, England, Perancis, dan Belanda. Empayar Portugis dan Empayar Sepanyol adalah yang penakluk yang pertama dan sumber pengaruh penting, tetapi tidak lama kemudian Inggeris, Perancis dan Belanda turut muncul bagi mula menguasai Lautan Atlantik. Dalam siri perperangan, pertempuran pada abad ke-17 dan 18, memuncak dengan Perang Napoleon, Britain muncul sebagai kuasa besar dunia pertama. Ia berkembang sebagai empayar yang melitupi dunia, mengawal, pada kemuncaknya, sekitar suku dari tanah dunia, membentuk sebagai "Empayar yang matahari tidak pernah terbenam".
Sementara itu pengembaraan Laksamana Zheng He dihentikan oleh Dinasti Ming (1368-1644), China, ditubuhkan selepas penyingkiran Mongol. Revolusi perdagangan China, kadang kala digambarkan sebagai "kapitalisme insipien," turut digugurkan. Dinasti Ming akhirnya jatuh ke tangan Manchu, yang Dinasti Qing pada awalnya melalui tempoh tenang dan mewah tetapi semakin menjadi mangsa pencerobohan Barat.
Sejurus selepas penjajahan Amerika, Eropah turut mempergunakan kelebihan teknologi mereka keatas penduduk Asia. Pada awal abad ke-19, Britain menguasai subbenua India, Mesir dan Semenanjung Malaysia; Perancis menguasai Indochina; sementara British menduduki Hindia Belanda. British turut mengambil alih beberapa kawasan yang masih didiami oleh orang Neolitik, termasuk Australia, New Zealand dan Afrika Selatan, dan, sebagaimana di Amerika, sejumlah besar koloni British mula berhijrah ke sana. Pada akhir kurunke-19, kuasa Eropah membahagi kawasan baki di Afrika.
Tempoh ini di Eropah melihat Zaman Kesedaran mendorong kepada Revolusi Saintifik, yang menukar pemahaman manusia terhadap dunia dan membolehkan berlakunya Revolusi Perindustrian, perubahan utama ekonomi dunia. Revolusi Industri bermula di Great Britain dan menggunakan kaedah baru pengeluaran — kilang, pengeluaran pukal, dan mekanisma — bagi menghasilkan pelbagai jenis barangan lebih pantas dan kurang buruh berbanding yang sebelumnya.
Semasa Revolusi Industri, ekonomi dunia mula bergantung kepada arang batu, sebagai kaedah baru pengangkutan, seperti kereta api dan kapal wap, secara berkesan mengecilkan dunia. Sementara itu, pencemaran pengilangan dan kerosakan alam sekitar, wujud semenjak jumpaan api dan permulaan tamadun, meningkat dengan banyaknya.
Kurun Kedua Puluh dan seterusnya
[sunting | sunting sumber]Abad ke-20 bermula dengan Eropah pada kemuncak kemewahan dan kuasa dan menguasai sebahagian besar dunia secara langsung melalui penubuhan koloni atau penguasaan secara tidak langsung. Kebanyakan bahagian lain dunia pula semakin dipengaruhi oleh negara Eropah: Amerika Syarikat dan Jepun. Bagaimanapun, ketika kurun berlalu, sistem sejagat yang dikuasai oleh kuasa bersaing menerima tekanan hebat, dan akhirnya digantikan dengan struktur lebih lentur negeri merdeka yang diatur menurut model Barat.
Perubahan ini dimangkin oleh perang dengan kemusnahan dan skop yang tiada bandingannya. Perang Dunia I memusnahkan banyak empayar Eropah dan monarki, dan turut melemahkan Perancis dan Britain. Mengekori selepasnya, ideologi yang kuat timbul. Revolusi Rusia 1917 mencipta negeri komunis pertama, sementara pada 1920-an dan 1930-an turut menyaksikan diktaktor fasis tentera mendapat kuasa di Itali, Jerman, Sepanyol, Jepun dan lain-lain.
Persaingan kebangsaan berterusan, memburukkan lagi gelodak ekonomi Zaman Meleset, membantu memulakan Perang Dunia II. Ditaktor tentera Eropah dan Jepun mengejar arah pengembangan empayar yang ditakdirkan untuk gagal. Kekalahan mereka membuka jalan bagi kemaraan komunis ke Erpoah Tengah, Yugoslavia, Bulgaria, Romania, Albania, China, Vietnam Utara dan Korea Utara.
Selepas Perang Dunia II, pada 1945, Pertubuhan Bangsa Bersatu telah ditubuhkan dengan harapan menyelesaikan pergeseran antara negara dan menghalang perang di masa hadapan. Perperangan bagaimanapun telah meninggalkan dua negara, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, dengan kuasa utama bagi memandu hal ehwal antarabangsa. Setiap satu mencurigai yang lain dan bimbang penyebaran model ekonomi-politik saingannya. Ini mendorong kepada Perang Dingin, empat puluh tahun percanggahan antara Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan sekutu-sekutu mereka. Dengan pembangunan senjata nuklear dan perlumbaan senjata berikutnya, kesemua manusia terdedah kepada risiko perang nuklear antara dua kuasa besar. Perperangan sebegitu dilihat sebagai tidak pratikal, sebaliknya perang secara proksi dilakukan, dengan mengorbankan negara Dunia Ketiga yang tidak memiliki senjata nuklear.
Perang Dingin berlangsung sehingga abad ke-9 dalam kurun ke dua puluh, sehingga sistem komunis Soviet Union mula roboh, gagal untuk bersaing dari segi ekonomi dengan Amerika Syarikat dan Eropah barat; Negeri satelit Eropah Tengah Soviet menekan kembali kedaulatan nasional mereka, dan pada 1991 Kesatuan Soviet sendiri berpecah. Ini meninggalkan Amerika Syarikat sebagai "kuasa besar tunggal", buat masa kini yang statusnya kini dipersoalkan dengan penguasaan ekonominya mula menunjukkan kemerosotan.
Pada awal dekad selepas perang, koloni Belgium, British, Belanda, Perancis dan empayar Eropah di Afrika dan Asia memenangi kemerdekaan rasmi mereka tetapi berhadapan dengan bentuk baru neo-koloni, kemiskinan, buta huruf dan penyakit tropika endemik (asal). Kebanyakan negeri Eropah Barat dan Eropah Tengah perlahan-lahan membentuk masyarakat ekonomi dan politik, Kesatuan Eropah, yang kemudiannya berkembang ke arah timur untuk menerima negeri-negeri bekas satelit Soviet.
Kurun ke-21 melihat perkembangan pesat dalam sains dan teknologi, dan peningkatan jangka hayat dan taraf hidup bagi ramai umat manusia. Ketika dunia membangun bepindah dari ekonomi berasaskan arang batu kepada berasaskan petroleum, teknologi pengangkutan baru, bersama kebangkitan Zaman Maklumat, mendorong kepada globalisasi. Penjelajahan angkasa mencapai sepanjang sistem suria. Struktur DNA, lakaran kehidupan sendiri, dijumpai dan genom manusia dijujukkan, pencapaian utama dalam memahami biologi manusia dan rawatan penyakit. Kadar celik huruf sejagat terus meningkat, dan jumlah kumpulan buruh dunia yang diperlukan bagi menghasilkan bekalan makanan manusia semakin menurun.
Kurun ini melihat pembangunan ancaman sejagat baru, seperti percambahan nuklear (nuclear proliferation), wabak penyakit berjangkit, masalah persekitaran semulajadi seperti kesan rumah kaca dan nyahhutan, dan kemerosotan sumber alam semulajadi. Ia turut menyaksikan kesedaran bahaya silam yang kemungkinannya menyebabkan kepupusan pukal (mass extinction) kehidupan di planet, seperti asteriod dan komet yang menghampiri bumi, letusan gunung berapi agung, dan cetusan pancaran gama. Sementara itu sepanjang hayat kebanyakan negeri terus diiringi oleh perperangan, yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan ekonomi, penyakit, kebuluran dan genosid. Sehingga 2008, hampir 30 konflik bersenjata berterusan tercetus dipelbagai bahagian dunia.
Dari abad ke-20 melangkah ke abad ke-21, ia menjadi semakin jelas bahawa penduduk manusia di Bumi semakin pantas mencapai kegentingan had sumber semulajadi, diburukkan lagi oleh jumlah penduduk yang meningkat, dan kemerosotan alam sekitar yang semakin buruk. Perkara yang agak penting adalah pembangunan sumber tenaga yang lebih banyak dan murah seperti variati tenaga boleh diperbaharui, dan kemungkinannya meningkatkan penggunaan tenaga nuklear dan teknologi bahan api fosil yang baru.[15]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Menurut Encyclopedia Americana, 1986 ed., vol. 29, m.s. 558, "Tulisan mengekalkan pengetahuan manusia dan membolehkan mereka berhubung merentasi jarak jauh.... Masyarakat rumit bagi tamadun tinggi adalah mustahil tanpa seni tulisan."
- ^ "Ramses/Hattusili Treaty".
- ^ The World's First Coin: The Lydian Lion
- ^ The Hankyeoreh http://www.hani.co.kr/section-021168000/2008/05/021168000200805080709002.html
- ^ http://www.skkok.com/?_page=43
- ^ The History of the Bubonic Plague
- ^ Scientists Identify Genes Critical to Transmission of Bubonic Plague
- ^ An Empire's Epidemic
- ^ Justinian's Flea
- ^ The Great Arab Conquests
- ^ Conquest in the Americas
- ^ Was slavery the engine of economic growth?
- ^ Homepage of Angus Maddison
- ^ Ricardo Duchesne, "Asia First?", The Journal of the Historical Society, Vol. 6, Issue 1 (March 2006), pp.69-91
- ^ The Biosphere (A Scientific American Book), passim. Harrison Brown memberikan contoh yang jelas (ms. 118) mengenai mulut botol teknologi yang dipecahkan pada kurun ke-18 di England apabila tiga generasi Abraham Darby berjaya membangunkan bahan api coke sebagai pengganti kepada bekalan kayu yang kurang yang digunakan dalam pengilangan besi. Brown menggambarkan kaitan arang batu kepada besi seperti "yang kedua berbanding pertanian dari segi kepentingannya kepada manusia." Ia menghasilkan pengembangan pesat pengilangan besi dan mendorong secara langsung kepada enjin wap, yang memberikan manusia buat kali pertama cara menumpukan tenaga bukan hidup yang besar. Gabungan kemajuan ini seterusnya membawa kepada kebangkitan kepada Revolusi Perindustrian.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- The Biosphere (a Scientific American book), San Francisco, W.H. Freeman & Co., 1970, ISBN 0-7167-0945-7. Buku seminal ini, asalnya merupakan isu majalah Scientific American 1970, menangani hampir semua kebimbangan utama dan konsep yang sejak itu diperdebatkan mengenai material dan sumber tenaga, tren populasi dan kemerosotan persekitaran.
- Jared Diamond (1996). Guns, Germs, and Steel: the Fates of Human Societies. New York: W. W. Norton. ISBN 0-393-03891-2.
- Fernand Braudel (1996). The Mediterranean and the Mediterranean World in the Age of Philip II. Berkeley, Calif.: University of California Press. ISBN 0-520-20308-9.
- Fernand Braudel (1973). Capitalism and Material Life, 1400-1800. New York: HarperCollins. ISBN 0-06-010454-6.
- Marshall Hodgson, Rethinking World History: Essays on Europe, Islam, and World History (Cambridge, 1993).
- Kenneth Pomeranz, The Great Divergence: China, Europe and the Making of the Modern World Economy (Princeton, 2000).
- Clive Ponting, World History: a New Perspective (London, 2000).
- Ronald Wright, A Short History of Progress, Toronto, Anansi, 2004, ISBN 0-88784-706-4.
- Ankerl, Guy, Coexisting Contemporary Civilizations: Arabo-Muslim, Bharati, Chinese, and Western, Geneva: INUPRESS,2000, ISBN 2-88155-004-5.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]'Kebangkitan Barat'
- David Landes, "The Wealth and Poverty of Nations: Why Some Are So Rich and Some So Poor", New York, W. W. Norton & Company (1999) ISBN 978-0-393-31888-3
- David Landes, "Why Europe and the West? Why Not China?," Journal of Economic Perspectives, 20:2, 3, 2006.
- Ricardo Duchesne, "Asia First?", The Journal of the Historical Society, Vol. 6, Issue 1 (March 2006), pp.69-91 (PDF)
- William H. McNeill, The Rise of the West: A History of the Human Community, Chicago, University of Chicago Press, 1963.
- Larry Gonick, The Cartoon History of the Universe, Volume One, Main Street Books, 1997, ISBN 978-0-385-26520-1, Volume Two, Main Street Books, 1994, ISBN 978-0385420938, Volume Three, W. W. Norton, 2002, ISBN 978-0-393-32403-7.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Universal Concise History of the World, 1832 Teks penuh, bebas untuk di baca, Buku Amerika berkenaan tawarikh dunia dengan pandangan Amerika 1832 menarik.
- WWW-VL: Tawarikh Dunia di Institute Universiti Eropah
Note: this file is approximately Wikipedia bytes