Pergi ke kandungan

Rubah pucat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rubah pucat[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
V. pallida
Nama binomial
Vulpes pallida
(Cretzschmar, 1827)
Wilayah rubah pucat

Rubah pucat atau rubah pudar (Vulpes pallida) ialah satu spesies rubah yang dijumpai di dalam jalur Sahel Afrika dari Senegal di barat ke Sudan di timur[1][3] Ia merupakan salah satu spesies kanin yang paling kurang dikaji, sebahagiannya kerana habitat pedalamannya dan bulu kepasirannya yang menyamar dengan baik dengan rupa bumi kegurunan.[4]

Rubah pucat berbadan panjang dengan tungkai agak pendek dan muncung kurang lebar. Ia merupakan canid yang agak kecil dengan berat berjulat dari 4–6 lb (1.8–2.7 kg). Telinganya adalah besar berbanding dengan rubah lain tetapi tipikal bagi canid yang mendiami gurun. Bulunya pada amnya berwarna kepasiran pucat yang memutih ke arah perut. Ekor lebatnya berwarna perang kemerah-merahan dan hitam pada hujung.[4]

Rubah pucat biasanya mendiami gurun berbatuan dan separa gurun tetapi ia kadang-kadang mengembara ke selatan ke savana. Ia tinggal dalam kelompok keluarga kecil dengan induk dan anaknya. Pada siang ia berehat di dalam korok tergali yang boleh melanjut sehingga 15 meter panjang dan sedalam 2 meter ke dalam tanah, pada senja ia keluar dan mencari makanan, yang termasuk tumbuhan dan beri serta rodensia, reptilia, dan serangga.[5] Ia mempunyai kebolehan untuk mengekalkan daripada makanannya, dan boleh meneruskannya sepenuhnya tanpa meminum.[4]

Terdapat lima subspesies teraku rubah ini:[1]

  • Vulpes pallida pallida
  • Vulpes pallida cyrenaica
  • Vulpes pallida edwardsi
  • Vulpes pallida harterti
  • Vulpes pallida oertzeni

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 532–628. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Templat:IUCN2012.2
  3. ^ http://www.canids.org/species/Vulpes_pallida.htm
  4. ^ a b c "Arkive - Pale fox". 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-10. Dicapai pada 2014-07-08.
  5. ^ https://archive.is/20120719013339/www.bbc.co.uk/nature/wildfacts/factfiles/141.shtml
  • Walker's Mammals of the World, Edisi Kelima, jilid 1, Johns Hopkins University Press