Pistacio
Pistacia vera | |
---|---|
Pistacia vera (Kerman cultivar) fruits ripening | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Pistacia
|
Spesies: | vera
|
Nama binomial | |
Pistacia vera |
Pistacio (Pistacia vera), pistasio atau kacang cerdik[2] adalah pokok kecil yang berasal dari Asia Tengah dan Timur Tengah[3] sekeluarga dengan gajus dalam keluarga Anacardiaceae. Pohon ini menghasilkan benih yang banyak digunakan sebagai makanan.
Pistacia vera sering dikelirukan dengan spesies lain dalam genus Pistacia yang juga diketahui sebagai pistacio. Spesies lain yang dapat dibezakan oleh taburan geografi mereka (dalam hidupan liar) dan benih mereka yang banyak yang lebih kecil dan mempunyai cengkerang lembut.
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Kacang ini dinamakan daripada perkataan bahasa Itali "pistacchio" yang berakar daripada bahasa Parsi Pertengahan pistak (bahasa Parsi moden: پسته pista) melalui perkataan Yunani: πιστάκιον, rumi: pistákion seterusnya ke Latin: pistacium .[4]
Botani
[sunting | sunting sumber]Ia hidup subur di kawasan bergurun malah dalam keadaan tanah yang mengandungi garam antara 3,000-4,000 bahagian perjuta;[5] ia mampu hidup selama 300 tahun dalam persekitaran ideal.[6]
Pokok pistacio boleh membesar setinggi 10 m (33 ka). Dedaun ia jenis pinnate meluruh sepanjang 10–20 sentimeter.
Buah ia sejenis drup terdiri daripada suatu kulit berwarna kuning air dan isi berwarna hijau keunguan. Buah-buah pokok ini dipilih biak oleh manusia agar mudah merekah terbuka apabila sudah mencapai tahap kematangan.[7]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Isi buah ia yang keras boleh dimakan begitu sahaja dengan sedikit garam. Ia juga merupakan bahan perisa utama dalam aiskrim dan isi pencuci mulut seperti baklava, manisan coklat,[8] dan halva.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Participants of the FFI/IUCN SSC Central Asian regional tree Red Listing workshop, Bishkek, Kyrgyzstan (11-13 July 2006) (2007). Pistacia vera. The IUCN Red List of Threatened Species 2007: e.T63497A12670823. DOI:10.2305/IUCN.UK.2007.RLTS.T63497A12670823.en
- ^ Glosari perkhidmatan, penginapan, dan penyajian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1994. m/s. 148. ISBN 983-62-4149-3.
- ^ AL-Saghir, M.G., and D.M. Porter. 2012. Taxonomic revision of the genus Pistacia L. (Anacardiaceae). American Journal of Plant Sciences, 3: 12-32.
- ^ "Pistachio". Dictionary.com.
- ^ Herrera, Esteban (1997). "Growing pistachios in New Mexico" (PDF). Cooperative Extension Service. New Mexico State University (Circular 532).
- ^ "EL CULTIVO DEL PISTACHO". www.infoagro.com (dalam bahasa Sepanyol). 18 Mac 2019.
- ^ Padulosi, S.; A. Hadj-Hassan, penyunting (14–17 December 1998), "Towards a comprehensive documentation and use of Pistacia genetic diversity in Central and West Asia, North Africa and Europe", Report of the IPGRI Workshop, Irbid, Jordan
- ^ Ardakani (2006). The vital role of pistachio processing industries in development of Iran non-oil exports. Acta Horticulturae. 726. m/s. 579–581.
- ^ Shaker Ardakai, A.; Mir Damadiha, F.; Salehi, F.; Shahedi, M.; Kabir, G. H.; Javan Shah, A.; dll. (2007). "Pistachio Halva Production". Document Number: 29328. Iran Pistachio Research Institute.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. .