Pergi ke kandungan

Penyusuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perembesan susu daripada payudara manusia.
Penyusuan anak kucing.
Seekor babi menyusu anak-anak babinya.

Penyusuan (Jawi: ڤڽوسوان ) atau laktasi (Jawi: لكتاسي) ialah perembesan susu daripada kelenjar mamari dan tempoh masa seseorang ibu mengeluarkan susu untuk menyusui anaknya. Proses ini dialami secara semula jadi oleh semua mamalia betina selepas kehamilan, sungguhpun proses tersebut telah wujud sebelum kewujudan mamalia.[1] Dalam spesies manusia, proses pemberian susu juga disebut sebagai penyusuan susu ibu. Bayi yang baru lahir juga kerap menghasilkan sedikit susu daripada tisu payudara mereka sendiri, yang dikenali sebagai susu neonatal.

Dalam kebanyakan spesies, pengeluaran susu merupakan tanda bahawa individu tersebut pernah hamil pada suatu ketika dalam kehidupannya, kecuali manusia dan kambing.[2][3] Hampir setiap spesies mamalia mempunyai puting bagi mengeluarkan susu; kecuali monotreme iaitu mamalia bertelur dan tidak beruri, yang mengeluarkan susu melalui duktus di dalam abdomen mereka. Hanya satu spesies mamalia sahaja yang jantina jantan dapat menghasilkan susu sebagai fungsi normal selain betina iaitu kelawar buah Dayak dari Asia Tenggara.

Galaktopoiesis ialah pengekalan penghasilan susu. Peringkat ini memerlukan prolaktin (PRL). Oksitosin pula sangat penting untuk refleks let-down susu sebagai tindak balas kepada penghisapan puting. Galaktorea ialah penghasilan susu yang tidak berkaitan dengan penyusuan susu ibu. Keadaan ini boleh berlaku pada jantan dan betina dalam kebanyakan spesies mamalia akibat ketidakseimbangan hormon seperti hiperprolaktinaemia atau rangsangan fisiologi yang abnormal.

Fungsi utama penyusuan adalah untuk membekalkan nutrisi dan perlindungan imun kepada bayi selepas kelahiran. Oleh sebab penyusuan, pasangan ibu dan anak kecil dapat bertahan walaupun makanan sedang dalam kekurangan atau terlalu sukar untuk diperoleh oleh anak kecil tersebut. Maka, langkah ini meluaskan lagi keadaan persekitaran untuk sesebuah species itu dapat hidup. Kepentingan kemandirian anak melebihi segala penggemblengan tenaga dan sumber terhadap penghasilan susu.[4] Dalam hampir semua mamalia, penyusuan menyebabkan tempoh ketidaksuburan (dalam manusia, disebut sebagai amenorea penyusuan), yang berfungsi untuk memberikan jarak kelahiran yang optimum untuk kelangsungan hidup seseorang anak kecil.[5]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Capuco, A. V.; Akers, R. M. (2009). "The origin and evolution of lactation". Journal of Biology (dalam bahasa Inggeris). 8 (4): 37. doi:10.1186/jbiol139. PMC 2688910. PMID 19439024.
  2. ^ "Lactating Without Pregnancy". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2021. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  3. ^ "GOATS WITH PRECOCIOUS UDDER SYNDROME". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2021. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  4. ^ Power, Michael L., author Schulkin, Jay, author (2016-10-18). Milk : the biology of lactation. ISBN 9781421420424. OCLC 965782796.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ McNeilly, A. S. (1997). "Lactation and fertility". Journal of Mammary Gland Biology and Neoplasia. 2 (3): 291–298. doi:10.1023/A:1026340606252. PMID 10882312.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Templat:Fisiologi pembiakan