Pergi ke kandungan

Penjelmaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ukiran[pautan mati kekal] kayu Jerman bertarikh 1722 menggambarkan perubahan seorang manusia menjadi serigala.

Penjelmaan difahamkan sebagai keupayaan mengubah bentuk fizikal diri (menjelma) kepada bentuk rupa lain yang menyerupai sesuatu makhluk hidupan atau objek lain[1][2] baik melalui usaha sendiri, sumpah sihir mahupun langkah tertentu seperti pemerolehan sesuatu barangan mahupun pembacaan mantera. Ia lazim wujud dalam penceritaan fantasi atau budaya rakyat.

Keupayaan ini adakala diterapkan sebagai pelanjut penting jalan sesebuah cerita (plot device), namun ia juga dapat digunkan menerangkan perwatakan sesuatu watak - misalnya sesuatu watak itu dikiaskan terkekang hasil konflik dalam diri, ataupun seseorang watak itu berpeluang ada kebebasan bergerak melolos diri.[3][4] Penjelmaan yang dipaksa terhadap seseorang watak barangkali sebagai suatu hukuman kepadanya kerana menyinggung perasaan pelaku yang mempunyai kuasa menyumpah jelma itu.

  1. ^ 'jelma'. Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 26 Mac 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ "Arti kata 'jelma'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  3. ^ Marina Warner, From the Beast to the Blonde: On Fairy Tales And Their Tellers, p. 353 ISBN 0-374-15901-7
  4. ^ Colbert (2001), m/s. 28–29.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Hall, Jamie (2003). Half Human, Half Animal: Tales of Werewolves and Related Creatures. AuthorHouse. ISBN 1-4107-5809-5.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Real Shapeshifters - laman web mengkhusus kepada kajian fenomena ini