Pergi ke kandungan

Pengoptimuman enjin gelintar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Satu halaman hasil gelintaran yang tipikal.
Pemasaran internet
Analitik laman
Kos per penglihatan
Pemasaran e-mel
Pengiklanan interaktif
Pengiklanan media sosial
Pengiklanan paparan
Perisian pemasaran e-mel
Pemasaran bersekutu
Kos per tindakan
Pengiklanan konteks
Pengongsian hasil
Pemasaran enjin carian
Analitik gelintaran
Pengiklanan bayar per klik
Pengoptimum enjin carian
Rangkuman berbayar
Pengiklanan bimbit

Pengoptimuman enjin gelintar (SEO) ialah proses untuk memperbaik jumlah dan kualiti lalu lintas dari enjin gelintar ke sesuatu laman sesawang melalui hasil gelintaran "semula jadi" ("organik" atau "algoritma"). Biasanya, lebih awal sesuatu laman sesawang yang dapat dikemukakan dalam laman hasil gelintaran atau lebih tinggi "tempat"-nya, lebih banyak gelintar yang akan mengunjungi laman itu. SEO juga menyasarkan berbagai-bagai jenis gelintaran, termasuk gelintaran imej, gelintaran setempat, dan gelintaran menegak khusus industri.

Matlamat syarikat enjin carian adalah untuk memberi maklumat terbaik berdasarkan carian pengguna. Oleh itu, enjin carian menggunakan algorithm yang “memberi markah” kepada website yang mereka jumpa. Website yang mempunyai “markah tinggi” bakal menduduki posisi tinggi di dalam keputusan carian. SEO adalah proses untuk menaikkan “markah” website & memberitahu enjin carian tentang website tersebut.[1]

Sebagai strategi pemasaran untuk meningkatkan kaitan sesuatu laman sesawang, SEO mempertimbangkan bagaimana algoritma gelintaran berfungsi dan apakah para pembaca sedang mencari. Usaha SEO melibatkan pengekodan, penyampaian dan struktur laman sesawang, serta juga penyelesaian masalah yang boleh menghalang atur cara pengindeksan enjin gelintar daripada melelabahkan sepenuhnya sesuatu tapak.

Usaha-usaha lain yang lebih ketara termasuklah menambahkan kandungan kepada sesuatu laman sesawang dan memastikan kandungan itu mudah diindeks oleh robot enjin gelintar, selain daripada membuatkan laman sesawang itu lebih menarik kepada para pengguna. Satu kelas teknik yang dikenali sebagai SEO Black Hat atau pengindeksan spam mempergunakan kaedah seperti ladang pautan dan penyumbatan kata kunci yang cenderung menjejaskan pengalaman pengguna enjin gelintar. Justera, enjin carian mencari-cari laman sesawang yang mempergunakan teknik ini dan menyingkirkannya daripada senarainya.

Parap "SEO" juga boleh merujuk kepada "pengoptimum enjin carian", sepatah istilah yang telah digunakan oleh industri perunding yang menjalankan projek pengoptimuman bagi pihak pelanggan, serta juga oleh para pekerja yang melakukan perkhidmatan SEO sendiri.[2]

Para pengoptimum enjin carian boleh membekalkan SEO sebagai suatu perkhidmatan tersendiri atau sebagai sebahagan kempen pemasaran yang lebih luas. Oleh sebab SEO yang lebih berkesan mungkin memerlukan perubahan kod sumber HTML bagi sesuatu tapak, maka taktik SEO boleh digabungkan ke dalam pembangunan dan reka bentuk laman sesawang. Istilah "ramah enjin carian" boleh dipergunakan untuk menghuraikan reka bentuk, menu, sistem pengurusan kandungan dan kart beli-belah yang boleh dioptimumkan dengan mudah.

Dalam konteks industri SEO di Malaysia, pengoptimuman enjin carian dalam Bahasa Melayu masih lagi rendah. Ini bermakna proses untuk menaikkan lagi kedudukan carian kata kunci dalam Bahasa Melayu di laman pertama adalah lebih mudah berbanding Bahasa Inggeris.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Enjin carian yang utama

[sunting | sunting sumber]

Enjin carian utama tempatan

[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan SEO

[sunting | sunting sumber]

SEO yang terkenal

[sunting | sunting sumber]

Wakil enjin carian

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

5. 5 Kepentingan Website SEO