Bing
Bing | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | www |
Eponim | Richard Bing (en) |
Jenis | Enjin carian web |
Tersedia dalam | 40 bahasa |
Ditubuhkan | 3 Jun 2009 |
Pendahulu | MSN Search (en) dan Live Search (en) |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Microsoft |
Pencipta | Microsoft (mul) |
Pengasas | Microsoft |
Pengarah | Mikhail Parakhin (en) |
Kandungan dan sokongan | |
Keluaran | Enjin gelintar web |
Komersial | Ya |
Pendaftaran | Pilihan (akaun Microsoft) |
Ditulis dalam | ASP.NET |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | 26 (Mei 2014)[1] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Amerika Syarikat |
Pautan luar berkaitan | |
Blog rasmi | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Bing (dahulu dikenali sebagai Live Search, Windows Live Search dan MSN Search) merupakan sebuah enjin carian (diiklankan sebagai enjin keputusan)[2] daripada syarikat Microsoft. Ia dilancarkan pada 1 Jun 2009.
Bing mula didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Steve Ballmer pada 28 Mei 2009 dekat persidangan All Things Digital di San Diego, California, Amerika Syarikat sebelum ia dilancarkan. Antara perubahan ketara termasuklah penyenaraian hasil carian ketika pertanyaan dimasukkan dan senarai carian berkaitan (dikenali sebagai "anak tetingkap jelajah")[3] berdasarkan kepada teknologi semantik daripada Powerset, dimana pihak Microsoft telah membelinya pada 2008.[4]
Pada 29 Julai 2009, Microsoft dan Yahoo! mengumumkan satu perjanjian di mana Carian Yahoo! akan dijana oleh Bing.[5] Kesemua pengguna sejagat dan rakan kongsi Carian Yahoo! dijangka telah membuat peralihan pada awal 2012.[6]
Pada Oktober 2011, Microsoft menyatakan bahawa mereka sedang bekerja pada infrastruktur pencarian belakang yang baharu dengan matlamat untuk menyediakan hasil carian yang lebih cepat dan lebih relevan untuk para pengguna. Dikenali sebagai "Tiger", teknologi khidmat indeks telah digabungkan ke dalam Bing secara global pada Ogos 2011.[7] Pada Mei 2012, Microsoft mengumumkan satu lagi reka bentuk semula enjin carian yang merangkumi "Bar sisi", satu ciri sosial yang mencari rangkaian sosial para pengguna untuk maklumat yang berkaitan dengan permintaan carian.[8] Pasa September 2013, rupa baharu Bing telah dilancarkan dengan menggunakan bahasa reka bentuk "Metro".
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Bing.com Site Info". Alexa Internet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-07. Dicapai pada 1 April 2014.
- ^ "Welcome to Discover Bing" (dalam bahasa Inggeris). Discover Bing. Dicapai pada 16 Januari 2010.
- ^ "Microsoft Bing rides open source to semantic search". The Register. Dicapai pada 1 Januari 2010.
- ^ "Microsoft to Acquire Powerset" (dalam bahasa Inggeris). Bing. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-28. Dicapai pada 1 Januari 2010.
- ^ "Microsoft and Yahoo seal web deal" (dalam bahasa Inggeris). BBC. 29 Julai 2009. Dicapai pada 10 Mei 2012.
- ^ "When will the change happen? How long will the transition take?" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo!. 1 Disember 2011. Dicapai pada 10 Mei 2012.
- ^ "Bing Unleashing Tiger to Speed Search Results" (dalam bahasa Inggeris). Search Engine Watch. 30 September 2011. Dicapai pada 3 Oktober 2011.
- ^ Goldman, David (10 Mei 2012). "Bing fires at Google with new social search" (dalam bahasa Inggeris). CNN Money. Dicapai pada 10 Mei 2012.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman rasmi: Atas meja, mudah alih
- Bing di Facebook
- Laman komuniti Bing