Pergi ke kandungan

Pemangkasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemangkasan semula pokok yang telah tua bagi menghasilkan dahan-dahan baru.

Pemangkasan ialah aktiviti mengerat atau mencantas pucuk atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru. Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput dan tidak berfungsi. Selain itu, pemangkasan juga dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk tanaman. Contohnya, pemangkasan pokok buah-buahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru seperti pokok rambutan, dan pemangkasan pokok koko supaya pokok tersebut mengeluarkan dahan pada aras 1.5 m bagi memudahkan pengeluaran dan pemungutan hasil.

Cantasan adalah salah satu amalan pertanian yang penting dalam penanaman koko samada penanaman koko hibrid atau klon. Terdapat beberapa sebab mengapa petani atau penanam koko perlu membuat cantasan.   Antara  sebab-sebab penting mengapa  cantasan dilakukan adalah: -Memperbaiki pengudaraan  pokok. Mengurangkan risiko serangan serangga perosak dan  penyakit. Membentuk pokok yang sesuai bagi memudahkan penuaian  hasil.Mendapatkan struktur kanopi pokok yang seimbang dan  jumlah daun yang optima. Mengurangkan dahan/ranting yang tidak sesuai dan membasmi tunas air  bagi membolehkna pengedaran angin yang baik dan sedikit sinaran matahari di bahagian dahan-dahan utama.Meninggikan paras bawah rimbunan pokok kepada paras tinggi yang sesuai suopaya memudahkan kerja-kerja ladang dilaksanakan terutama memudahkan kawalan penyakit dan perosak.