Pergi ke kandungan

Parti Bersatu Sasa Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Bersatu Sasa Malaysia
PresidenDanial bin Marnokaran Abdullah
Pengasas-
Ditubuhkan23 Mar 2011
Didahului olehParti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA)
Digantikan oleh-
Ibu pejabatKuala Lumpur
AkhbarMybersama.com
Sayap beliaAzizan Halim
Keanggotaan (2024)564,790 orang
IdeologiNeo-Nationalisme- Progresif- Multiculturalism
Penggabungan kebangsaan-
Penggabungan antarabangsa-
WarnaMerah, Putih
Simbol pilihan raya
-
Laman sesawang
https://www.partibersama.org

-



Parti Bersatu Sasa Malaysia dahulunya dikenali Sebagai Parti Setia

Parti Bersatu Sasa Malaysia (singkatan: BERSAMA) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang kini dipimpin oleh Presidennya, Danial bin Marnokaran Abdullah. Ia ditubuhkan pada tahun 2011 dan merupakan sebuah Parti multiracial atau pelbagai kaum bertaraf kebangsaan dan pernah bertanding dibeberapa pilihanraya umum semenjak pertubuhanya.

Namun begitu sehingga kini, Parti Bersama belum pernah memenangi sebarang kerusi melalui pilihanraya ataupun mempunyai apajua lantikan di dalam kerajaan. [1] [2] [3]

Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) atau Malaysia United People's Party (MUPP) ialah sebuah parti politik di Malaysia, dahulunya dikenali sebagai Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA). Pada mulanya parti SETIA ditubuhkan pada tahun 1994 oleh Shuhaiddin Langkap di negeri Sabah. Walaupun parti ini mempunyai platform etnosentrik Bumiputera, keahliannya adalah terbuka kepada semua kaum dan kepimpinannya mempunyai perwakilan berbilang kaum dan pernah bertanding sebagai pembangkang di dalam pilihan raya negeri Sabah. Parti SETIA telah menukar kepada nama baru BERSAMA pada 23 Mar 2011 apabila mengembangkan sayapnya ke semenanjung.

Pada tahun 2023, pimpinan parti telah mengambil keputusan untuk membuat perubahan penting termasuk penstrukturan semula pimpinan parti, termasuk pemilihan semula pimpinan tertinggi melalui pelantikan dan pemilihan, kerana kebanyakan pimpinan asal bukan sahaja telah kehilangan kepercayaan kepada presiden ketika itu, Nazry Roy tetapi juga telah keluar daripada Parti dan tidak lagi melibatkan diri dengan Parti Bersama secara sepenuhnya. [4] [5] [6] [7]

Penstrukturan Semula Parti

[sunting | sunting sumber]

BERSAMA telah melalui fasa penstrukturan semula semenjak bulan Ogos 2023 apabila ramai dari semenanjung Kuala Lumpur di bawah pimpinan Setiausaha Agung ketika itu, Danial, telah menyertai parti tersebut. Kemudian, Pimpinan Bersama telah memperbaharui dasar-dasar dalaman partinya demi kemajuan dan penstrukturan semula parti dari bawah akar umbi. [8] [9] [10] [11]

Perubahan Pimpinan Tertinggi BERSAMA

[sunting | sunting sumber]

Presiden terdahuu, Nazry Roy, telah membuat perubahan yang drastic melalui pelantikan ahli pimpinan tertertinggi yang juga merupakan sebahagian daripada ahli majlis tertinggi parti tersebut demi menjayakan agenda reformasi dalaman parti pada ketika itu sebelum perletakan jawatanya secara rasmi sebagai Presiden parti Bersama sejurus selepas Persidangan Perwakilan Agung Parti yang ke-13 pada Bulan Disember 2023. [12] [13] [14] [15]

Persidangan Khas Parti BERSAMA

[sunting | sunting sumber]

Melalui satu Persidangan khas sekitar Disember 2023, Danial kemudianya telah dipilih sebagai Presiden baru parti BERSAMA demi memimpin parti kearah transformasi dan kemajuan parti sekaligus mengubah corak pimpinan Parti Bersatu Sasa Malaysia (MUPP) secara asas. [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]

pilihan raya umum

[sunting | sunting sumber]

pilihan raya negeri

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ https://malaysia.news.yahoo.com/former-sabah-party-relaunches-nationwide-152627971.html
  2. ^ https://malaysia.news.yahoo.com/where-did-fledgling-party-bersama-040327206.html
  3. ^ https://www.msn.com/en-my/news/national/former-sabah-party-relaunches-nationwide-as-bersama-vows-to-challenge-status-quo/ar-BB1nXsAL
  4. ^ https://utvmediamalaysia.com/parti-bersatu-sasa-malaysia-baharui-struktur-kepimpinan-dan-dasar-dasar-parti/
  5. ^ https://aatvnews.com/?p=10701
  6. ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/06/10/former-sabah-party-relaunches-nationwide-as-bersama-vows-to-challenge-status-quo/139102
  7. ^ https://weirdkaya.com/a-new-msian-political-party-named-bersama-has-just-been-launched/
  8. ^ https://makkalosai.com.my/2024/06/11/parti-politik-baharu-bersama-dilancarkan/
  9. ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/06/11/where-did-fledgling-party-bersama-come-from-and-whos-behind-it/139156
  10. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/06/11/permudah-kaedah-permohonan-bantuan-subsidi-diesel-kerajaan-diberitahu/?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR0vv9Fmh-SIBlgbup58jHrw2O1NJu5dlAgokXY60E_z9p5aevBhLKWPcP8_aem_AY2brg64F3TgHcu2ydh7Grc5rDiAdT8dengmaPy2yC-l2RA0AqMVURy6c1GcWr9peNhO8N9CwZOKtM2FGpreSWC8
  11. ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/06/11/where-did-fledgling-party-bersama-come-from-and-whos-behind-it/139156
  12. ^ https://utvmediamalaysia.com/parti-bersatu-sasa-malaysia-baharui-struktur-kepimpinan-dan-dasar-dasar-parti/
  13. ^ https://utvmediamalaysia.com/analisis-kesan-ekonomi-berikutan-perubahan-polisi-terkini-kerajaan-madani-danial/
  14. ^ https://aatvnews.com/?p=11104
  15. ^ https://klhype.com/pemulihan-plkn-tingkat-pembangunan-belia-dan-perpaduan-negara-danial-bin-marnokaran-abdullah/
  16. ^ https://utvmediamalaysia.com/perubahan-presiden-parti-dan-barisan-pimpinan-baru-bawa-harapan-baharu-dibawah-pimpinan-danial/
  17. ^ https://www.ehailing.fm/blog/parti-bersatu-sasa-malaysia-bersama-lakukan-pembaharuan-dalaman/
  18. ^ https://aatvnews.com/?p=10689
  19. ^ https://medium.com/@msabuj.bd/perubahan-barisan-kepimpinan-parti-bersama-bawa-harapan-baharu-dibawah-pimpinan-danial-bdf3a27de15b
  20. ^ https://open.substack.com/pub/mdsabujhossain/p/perubahan-barisan-kepimpinan-parti?r=3sl8gw&utm_campaign=post&utm_medium=web&showWelcomeOnShare=true
  21. ^ https://telegra.ph/Parti-Bersatu-Sasa-Malaysia-baharui-struktur-kepimpinan-dan-dasar-dasar-parti-05-01
  22. ^ https://www.crunchbase.com/organization/parti-bersatu-sasa-malaysia
  23. ^ https://www.issuewire.com/parti-bersatu-sasa-malaysia-baharui-struktur-kepimpinan-dan-dasar-dasar-parti-1797829388005314
  24. ^ https://aatvnews.com/?p=11095
  25. ^ https://utvmediamalaysia.com/mof-gesa-segera-daftar-bantuan-tunai-diesel-kekeliruan-antara-padu-dan-budi/