Oligosen
Oligosen | |
---|---|
Kronologi | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Nama yang diratifikasi | 1978 |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Epok |
Unit stratigrafi | Siri |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | DKT foraminifera berplankton Hantkenina dan Cribrohantkenina |
Sempadan bawah GSSP | Keratan kuari Massignano, Massignano, Ancona, Itali 43°31′58″N 13°36′04″E / 43.5328°N 13.6011°E |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 1992[1] |
Takrif sempadan atas |
|
Sempadan atas GSSP | Keratan Lemme-Carrosio, Carrosio, Itali 44°39′32″N 8°50′11″E / 44.6589°N 8.8364°E |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 1996 |
Oligosen merupakan nama untuk suatu epok geologi pada Tempoh Paleogen dan berlanjutan bermula kira-kira 33.9 juta hingga 23 juta tahun sebelum masa kini (±0.1 hingga 33.9±0.05 jtd). Nama Oligosen dicipta pada tahun 1854 oleh ahli paleontologi Jerman Heinrich Ernst Beyrich 23.03[2][3] daripada kajiannya tentang dasar lautan di Belgium dan Jerman.[4] Nama itu berasal dari bahasa Yunani Purba ὀλίγος (olígos, "sedikit") dan καινός (kainós, "baru"),[5] dan merujuk kepada jarangnya keberadaan bentuk moden moluska. Epok Oligosen didahului oleh Epok Eosen dan diikuti oleh Epok Miosen. Epok Oligosen ialah epok ketiga dan terakhir pada Tempoh Paleogen.
Epok Oligosen sering dianggap sebagai masa peralihan yang penting, yakni penghubung di antara dunia tropika kuno pada epok Eosen serta ekosistem yang lebih moden pada epok Miosen.[6] Perubahan besar semasa epok Oligosen termasuk perluasan padang rumput secara global, serta perosotan hutan tropika berdaun lebar ke jalur khatulistiwa.
Permulaan epok Oligosen ditandai dengan peristiwa kepupusan yang ketara yang dipanggil Grande Coupure; ia memaparkan penggantian fauna benua Eropah dengan fauna benua Asia, kecuali bagi keluarga tikus dan marsupial endemik. Sebaliknya, sempadan Oligosen-Miosen tidak ditetapkan pada peristiwa di seluruh dunia yang mudah dikenal pasti tetapi pada sempadan wilayah antara akhir epok Oligosen yang lebih panas dan epok Miosen yang agak sejuk.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Silva, Isabella; Jenkins, D. (September 1993). "Decision on the Eocene-Oligocene boundary stratotype" (PDF). Episodes. 16 (3): 379–382. doi:10.18814/epiiugs/1993/v16i3/002. Dicapai pada 13 December 2020.
- ^ Beyrich (November 1854). "Über die Stellung der hessische Tertiärbildungen" [On the position of the Hessian Tertiary formations]. Verhandlungen Köngliche Preussischen Akademie Wissenschaft Berlin [Proceedings of the Royal Prussian Academy of Sciences at Berlin]: 640–666.
- ^ Wilmarth, Mary Grace (1925). Bulletin 769: The Geologic Time Classification of the United States Geological Survey Compared With Other Classifications, accompanied by the original definitions of era, period and epoch terms. Washington, D.C., U.S.: U.S. Government Printing Office. m/s. 53.
- ^ Prothero 2005.
- ^ "Oligocene". Online Etymology Dictionary.
- ^ Haines, Tim; Walking with Beasts: A Prehistoric Safari, (New York: Dorling Kindersley Publishing, Inc., 1999)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Oligosen |