Necmettin Erbakan
Profesor Dr. Necmettin Erbakan | |
---|---|
Perdana Menteri Turki ke-23 | |
Dalam jawatan 28 Jun 1996 – 30 Jun 1997 | |
Presiden | Süleyman Demirel |
Timbalan | Tansu Çiller |
Didahului oleh | Mesut Yılmaz |
Digantikan oleh | Mesut Yılmaz |
Timbalan Perdana Menteri Turki | |
Dalam jawatan 21 Julai 1977 – 5 Januari 1978 bersama Alparslan Türkeş | |
Perdana Menteri | Süleyman Demirel |
Didahului oleh | Orhan Eyüboğlu |
Digantikan oleh | Orhan Eyüboğlu |
Dalam jawatan 31 Mac 1975 – 21 Jun 1977 bersama Turhan Feyzioğlu dan Alparslan Türkeş | |
Perdana Menteri | Süleyman Demirel |
Didahului oleh | Zeyyat Baykara |
Digantikan oleh | Orhan Eyüboğlu |
Dalam jawatan 26 Januari 1974 – 17 November 1974 | |
Perdana Menteri | Bülent Ecevit |
Didahului oleh | Sadi Koçaş |
Digantikan oleh | Zeyyat Baykara |
Ketua Parti Saadah | |
Dalam jawatan 17 Oktober 2010 – 27 Februari 2011 | |
Didahului oleh | Numan Kurtulmuş |
Digantikan oleh | Mustafa Kamalak |
Dalam jawatan 11 Mei 2003 – 30 Januari 2004 | |
Didahului oleh | Recai Kutan |
Digantikan oleh | Recai Kutan |
Ketua Parti Sejahtera | |
Dalam jawatan 11 Oktober 1987 – 19 Januari 1998 | |
Didahului oleh | Ahmet Tekdal |
Digantikan oleh | Parti dibubarkan |
Ketua Parti Penyelamat Negara | |
Dalam jawatan 20 Oktober 1973 – 12 September 1980 | |
Didahului oleh | Süleyman Arif Emre |
Digantikan oleh | Parti dibubar |
Ketua Parti Pemerintahan Negara | |
Dalam jawatan 26 Januari 1970 – 20 Mei 1971 | |
Didahului oleh | Parti ditubuhkan |
Digantikan oleh | Parti dibubarkan (Süleyman Arif Emre sebagai Parti Penyelamat Negara) |
Ahli Parlimen Turki | |
Dalam jawatan 20 Oktober 1991 – 18 April 1999 | |
Kawasan pilihan raya | Konya (1991, 1995) |
Dalam jawatan 12 Oktober 1969 – 12 September 1980 | |
Kawasan pilihan raya | Konya (1969, 1973, 1977) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sinop, Turki | 29 Oktober 1926
Mati | 27 Februari 2011 Çankaya, Ankara, Turki | (umur 84)
Parti politik | Parti Pemerintahan Negara (1970–71) Parti Penyelamat Negara (1972–1981) Parti Sejahtera (1987–1998) Parti Kebaikan (1998–2001) Parti Saadah (2003–2011) |
Pasangan | Nermin Erbakan (m. 1967–2005, kematiannya) |
Anak | Zeynep, Elif, Fatih |
Tempat belajar | Universiti Teknikal Istanbul Universiti Teknologi Rhein Westfalen Aachen |
Tandatangan | |
Necmettin "Najmuddin" Erbakan (Jawi dan Arab: نجم الدين أربكان, lahir: Oktober 1926, meninggal dunia: 27 Februari 2011) merupakan ahli politik Turki, jurutera dan akademia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut dari 1996 hingga 1997. Beliau telah ditekan pihak tentera untuk turun sebagai Perdana Menteri dan kemudian dilarang dari terlibat dalam politik oleh Mahkamah Perlembagaan Turki kerana melanggar idea dasar sekularisme yang mengasas perlembagaan republik itu;[1][2] Larangan itu kemudiannya ditegakkan oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.[3]
Gerakan ideologi politik yang diasaskan oleh Erbakan, Wawasan Negara (Milli Görüş) menyeru untuk mengukuhkan nilai Islam di Turki dan menafikan tuduhan terhadap Erbakan yang dilihat sebagai pengaruh negatif daripada dunia Barat dalam menyokong jalinan erat hubungan dengan negara Islam. Pandangan politik Erbakan membawa kepada percanggahan dengan prinsip teras sekularisme di Turki. Dengan ideologi Wawasan Negara ini, Erbakan mengasas dan memimpin beberapa parti politik besar di Turki dari 1960-an hingga 2010-an, iaitu Parti Pemerintahan Negara (Milli Nizam Partisi), Parti Penyelamat Negara (Milli Selamet Partisi), Parti Sejahtera (Refah Partisi), Parti Kebaikan (Fazilet Partisi) dan Parti Saadah (Saadet Partisi).
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Necmettin lahir di Sinop, pesisiran Laut Hitam utara Turki[4]. Beliau merupakan anak kepada Mehmet Sabri, seorang hakim pada hujung zaman Uthmaniyah[5] kelahiran Kilikya dan Kamer Sabri, anak jati Sinop;[6] Kamer merupakan isteri kedua Mehmet Sabri.[6]
Selepas bersekolah di Sekolah Tinggi Istanbul, beliau menamatkan pengajian di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknik Istanbul pada 1948[5]. Seterusnya beliau menerima ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang kejuruteraan enjin/mekanikal di Universiti Teknologi Rhenish-Westphalian di Aachen, Jerman Barat[7]. Selepas pulang ke Turki, Erbakan menjadi pensyarah di Universiti Teknik Istanbul dan dilantik sebagai Profesor pada 1965 dari universiti yang sama[5][8] .
Selepas beberapa lama dalam kerjaya, beliau bertukar arah ke dalam dunia politik dan telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Konya pada 1969. Beliau juga merupakan anggota Jemaah Iskandar Pasha, sebuah komuniti sufi di Turki dari tarekat Naqsyabandi.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Kerjaya awal politik
[sunting | sunting sumber]Erbakan menjadi anggota dewan legislatif pada tahun 1969 secara bebas.[5]
Pada tahun 1970, Erbakan menjadi Naib Perdana Menteri Turki dan membentuk sebuah parti Islam iaitu Parti Pemerintahan Negara, namun parti tersebut dibubarkan oleh pemerintah tentera Turki tidak lama kemudian pada tahun 1971.
Erbakan kembali mendirikan sebuah parti Islam pada tahun 1972 dengan nama Parti Penyelamat Negara. Pemerintah tentera kembali membubarkan parti Islam tersebut pada tahun 1980. Ekoran daripada itu, Erbakan dimasukkan ke penjara dan dilarang untuk terlibat dalam politik negara Turki hingga tahun 1987.[5]
Setelah diizinkan kembali untuk berpolitik, Erbakan mendirikan Parti Kesejahteraan. Erbakan menjadi pemimpin tertinggi dalam struktur organisasi parti ini. Parti ini dirancangkan pendiriannya untuk menentang tindakan korupsi yang dilakukan oleh parti-parti besar di Turki pada ketika itu[5] selain mendukung gerakan Islam di Turki, ia mempunyai struktur organisasi yang sangat teratur sehingga skala lokal.
Erbakan turut serta dalam mempengaruhi hasil Pilihan raya umum Turki 1995. Erbakan menyampaikan beberapa usulan politik bagi pemerintah Turki. Erbakan mengusulkan agar Turki keluar dari keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, agar membatalkan perjanjian persahabatan dengan Israel, serta meminta pemerintah Turki untuk menjalin kerjasama dengan negara-negara di kawasan Timur Tengah. Usulan ini membuatkan para pemimpin negara-negara Eropah yang bekerjasama dengan Turki resah. Malah, usulan yang disampaikan oleh Erbakan dapat mempengaruhi dasar-dasar negara Eropah di Timur Tengah.[5]
Usulan Erbakan didukung oleh sebahagian besar pengundi sehingga Parti Kesejahteraan berjaya peroleh 158 kerusi daripada 550 kerusi legislatif ini yang terbanyak dibandingkan dengan parti-parti lainnya. Hasil ini menjadikan Parti Kesejahteraan menjadi parti Islam pertama yang secara umum memenangi pilihan raya di Turki.[5]
Sebagai Perdana Menteri Turki
[sunting | sunting sumber]Erbakan cuba membuat pemerintahan koalisi pada awal tahun 1996. Usaha ini mengalami kegagalan. Kekuasaan tetap dikendalikan oleh koalisi kanan-tengah yang merupakan gabungan dari Parti Jalan Sejati (Doğru Yol Partisi) dan Parti Ibu Pertiwi. Koalisi ini pun dibubarkan pada bulan Juni 1996 akibat pertikaian intrenal. Erbakan kembali mencuba membentuk koalisi. Akhirnya, koalisi dapat terbentuk antara Parti Kesejahteraan Islam dan Parti Jalan Sejati.[5] Badan legislatif Turki mennyetujui kesepakatan bahawa Erbakan selaku Ketua Parti Kesejahteraan Islam, dan Tansu Çiller akan saling berbagi posisi sebagai Perdana Menteri dan Wakil Perdana Menteri Turki. Posisi-posisi penting lainnya di tingkat kementrian juga dibagi antara Parti Kesejahteraan Islam dan Parti Jalan Sejati.[5]
Pemerintah militer meminta Erbakan untuk mengundurkan diri dari jawatan Perdana Menteri pada tahun 1997. Pemerintah militer menganggap bahawa Parti Kesejahteraan Islam berusaha meng-Islamkan negara Turki. Erbakan akhirnya mengundurkan diri pada tanggal 18 Jum 1997. Parti Kesejahteraan Islam akhirnya juga dilarang aktif dalam perpolitikan sejak awal tahun 1998. Erbakan kembali dilarang ikut serta dalam perpolitikan selama lima tahun.[5]
Selepas menjadi Perdana Menteri
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2000, Erbakan dipenjara atas tuduhan melakukan ujaran kebencian kepada pemerintah sekuler Turki dalam suatu pidato pada tahun 1994; Necmettin Ia juga dituduh menggelapkan dana Parti Kesejahteraan setelah pembubaran dilakukan. Pada tahun 2002, Erbakan dihukum tahan dalam rumahnya selama dua tahun sehinggalah beliau dilepaskan larangan berpolitik pada tahun berikutnya. Erbakan kemudian bergabung dengan Parti Saadah. Parti ini merupakan salah satu parti yang mendukung Islam di Turki.[5]
Recep Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul adalah dua rakan utamanya di Parti Kesejahteraan.[8] Ideologi dari Parti Kesejahteraan kini diwariskan ke Parti Keadilan dan Pembangunan. Parti ini merupakan parti yang kini berkuasa di Turki.[8]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Erbakan meninggal dunia di sebuah hospital di Ankara pada tanggal 27 Februari 2011 pada usia 85 tahun semasa menjalani rawatan penyakit jantung.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ [1] BBC.
- ^ [2] BBC.
- ^ Moe, Christian (September 2003). "Refah Partisi (The Welfare Party) and Others v. Turkey". International Journal of Not-for-Profit Law. International Center for Not-for-Profit Law. 6 (1). ISSN 1556-5157. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-25. Dicapai pada 28 August 2008.
- ^ "85 yıllık yaşamından kesitler" (dalam bahasa Turki). Ntvmsnbc.com. 27 February 2011. Dicapai pada 28 February 2011.
- ^ a b c d e f g h i j k l "Necmettin Erbakan | Biography & Facts". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-25.
- ^ a b Prof. Dr. Necmettin Erbakan'in soyu ve dogumu Diarkibkan 2011-07-18 di Wayback Machine
- ^ admin. "Mengenang Tokoh Islam Turki, Prof. Necmettin Erbakan". Permata FM News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-26.
- ^ a b c d "Bekas PM Turki Necmettin Erbakan wafat". BBC News Indonesia. Dicapai pada 2020-02-26.
- Sumber CS1 bahasa Turki (tr)
- Kelahiran 1926
- Kematian 2011
- Perdana Menteri Turki
- Pemimpin yang digulingkan melalui rampasan kuasa
- Ahli politik Parti Sejahtera (Turki)
- Ahli politik Parti Penyelamat Negara
- Ahli politik Parti Pemerintahan Negara
- Ahli politik Parti Saadah
- Ahli politik Parti Kebaikan (Turki)
- Presiden Parti Saadah