Parti Saadah
Parti Saadah | |
---|---|
Pemimpin | Temel Karamollaoğlu |
Ditubuhkan | 20 Julai 2001 |
Didahului oleh | Parti Kebaikan (FP) |
Ibu pejabat | Ziyabey Cad. 2. Sk. No: 15, Ankara, Turkey |
Sayap belia | Pemuda Saadah (Saadet Gençlik) |
Ideologi | Islamisme Millî Görüş |
Kedudukan politik | Haluan kanan |
Penggabungan kebangsaan | |
Warna | Merah, Putih |
Parlimen | 20 / 600
|
Dewan Tempatan | 295 / 20,498
|
Simbol pilihan raya | |
Laman sesawang | |
http://www.saadet.org.tr | |
Politik Turki Parti politik Pilihan raya |
Parti Saadah[1](Turki: Saadet Partisi, lit. 'Parti Kebahagiaan' ) ialah sebuah parti politik Islamis di Turki yang mengikut Wawasan Nasional yang ditubuhkan pada 2001 oleh Najmuddin Erbakan dan Recai Kutan. Menurut perlembagaan parti ini, singkatan rasminya ialah "SAADET". Simbolnya ialah bulan sabit dan lima bintang. Parti ini mempunyai kumpulan parlimen dalam Dewan Agung Kebangsaan Turki dengan 20 orang perwakilan.[2] Pengerusinya terkini ialah Temel Karamollaoğlu.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Parti Saadah diasaskan pada 20 Julai 2001 setelah pengharaman Parti Kebaikan (Turki: Fazilet Partisi , atau FP) oleh Mahkamah Perlembagaan Turki. Ia ditubuhkan oleh kumpulan yang setia dengan guru politik Islam Turki, Necmettin Erbakan dan pendekatan politiknya.
Pemimpin yang diamanahkan memimpin parti ini ialah bekas pengasas FP, iaitu Recai Kutan dengan barisan kepimpinan yang terdiri daripada Dr. Ahmet Sunnetciolu, Cevat Ayhan, Dr. Yuk Muh, Ibrahim Ertan Yulek, Lutfu Esengun, Prof. Dr. Mehmet Bekarolu, Dr. Mete Gundoan, Av. Sevket Kazan, Temel Karamollaolu, Husamettin Korkutata, Mustafa Gecer, Seref Malkoc, Suat Pamukcu dan Teoman Rza Guneri.
Disebabkan halangan politik yang dikenakan, Erbakan tidak menyertai parti ini ketika ditubuhkan. Erbakan hanya menyertai Parti Saadah pada 11 Mei 2003 setelah dibenarkan kembali aktif apabila tempoh pengharaman berpolitik selama lima tahun yang dihadapi oleh beliau tamat.[3]
Presiden
[sunting | sunting sumber]# | Gambar | Nama (Lahir-Meninggal dunia) |
Mula khidmat | Tamat khidmat |
---|---|---|---|---|
1 | Recai Kutan (1930–) |
20 Julai 2001 | 11 Mei 2003 | |
2 | Necmettin Erbakan (1926–2011) |
11 Mei 2003 | 30 Januari 2004 | |
(1) | Recai Kutan (1930–) |
8 April 2006 (Memangku dari 30 Januari 2004) |
26 Oktober 2008 | |
3 | Numan Kurtulmuş (1959–) |
26 Oktober 2008 | 17 Oktober 2010 | |
(2) | Necmettin Erbakan (1926–2011) |
17 Oktober 2010 | 27 Februari 2011 | |
4 | Mustafa Kamalak (1948–) |
5 Mac 2011 | 30 Oktober 2016 | |
5 | Temel Karamollaoğlu (1941–) |
30 Oktober 2016 | Penyandang |
Wakil rakyat
[sunting | sunting sumber]Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]# | Nama | Daerah undi |
---|---|---|
Penggal ke-28 (2023-kini) | ||
1 | Mesut Dogan | Ankara (III) |
2 | Şerafettin Kılıç | Antalya |
3 | Mehmet Atmaca | Bursa (I) |
4 | Necmettin Caliskan | Hatay |
5 | Birol Aydin | Istanbul (I) |
6 | Mustafa Kaya | Istanbul (II) |
7 | Bulent Kaya | Istanbul (III) |
8 | Mahmut Arikan | Kayseri |
9 | Hasan Bitmez | Kocaeli |
10 | Mehmet Karaman | Samsun |
11 | Selçuk Özdağ[4] | Mugla |
12 | Mustafa Nedim Yamalı[4] | Ankara (I) |
13 | Serap Yazıcı Özbudun[4] | Antalya |
14 | Cemalettin Kani Torun[4] | Bursa (II) |
15 | Sema Silkin Ün[4] | Denizli |
16 | Selim Temurci[4] | Istanbul (I) |
17 | İsa Mesih Şahin[4] | Istanbul (II) |
18 | Doğan Demir[4] | Istanbul (III) |
19 | Mustafa Bilici[4] | Izmir (II) |
20 | Hasan Ekici[4] | Konya |
Penggal ke-27 (2018-2023) | ||
1 | Nazır Cihangir İslam | İstanbul (III) |
2 | Abdulkadir Karaduman | Konya |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "saadah". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 19 Mei 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ "CHP listelerinden meclise giren Millet İttifakı milletvekilleri kim?". euronews (dalam bahasa Turki). 2023-05-15. Dicapai pada 2023-10-23.
- ^ Sulaiman, Mashitah; Othman, Mohammad Redzuan (2015). "Kenaikan dan kejatuhan parti-parti berlandaskan Islam di Turki, 1970-2002". Jurnal Kinabalu. Kota Kinabalu: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah. 21. Dicapai pada 24 Oktober 2023.
- ^ a b c d e f g h i j Bertanding mewakili Parti Masa Depan, namun menyertai Parti Saadah selepas kedua-dua parti membentuk kerjasama.