Pergi ke kandungan

Muzik era klasikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejarah muzik klasikal
Muzik era pertengahan (476 – 1400)
Muzik era pembaharuan (1400 – 1600)
Muzik era barok (1600 – 1760)
Muzik era klasikal (1730 – 1820)
Muzik era romantis (1815 – 1910)
Muzik klasikal abad ke-20 (1900 – 2000)
Muzik klasikal kontemporari (1975 – kini)


Muzik era klasikal merujuk kepada muzik tradisi Eropah yang mengambil tempat pada sekitar tahun 1730/1750 hingga ke tahun 1810. Tahun awal dan akhir era ini bertindih dengan era-era sebelum dan selepasnya.

Walaupun istilah muzik klasikal digunakan sebagai genre yang menyeluruh untuk semua jenis muzik dalam tradisi ini, namun muzik klasikal dan muzik era klasikal memberi dua maksud yang berlainan. Muzik klasikal adalah rujukan umum untuk sejarah muzik yang berakar umbikan muzik tradisi Eropah manakala muzik era klasikal adalah muzik pada tahun-tahun sekitar 1730/1750 hingga ke 1810.

Muzik era klasikal terletak di antara jangkamasa muzik era barok dan muzik era romantis. Antara penggubah muzik terkenal era ini termasuklah Joseph Haydn, Wolfgang Amadeus Mozart, Ludwig van Beethoven, Luigi Boccherini, Muzio Clementi, Johann Ladislaus Dussek, Carl Philipp Emanuel Bach dan Christoph Willibald Gluck.

Beethoven kadangkala juga dianggap sebagai penggubah di era muzik Romantis atau penggubah peralihan kearah era Romantis, begitu juga Franz Schubert, Johann Nepomuk Hummel, Luigi Cherubini dan Carl Maria von Weber. Era atau tempoh ini kadangkala dirujuk juga sebagai era Klasikal Viennese atau Klasisisme (Bahasa Jerman: Wiener Klassik), kerana Mozart, Haydn, Beethoven, dan Schubert menggubah muzik untuk beberapa ketika di Vienna. Senarai penggubah muzik klasikal yang menggubah di Vienna pada akhir kurun ke-18 digelar First Viennese School.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan Wikipedia bahasa Inggeris

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Buku rujukan

[sunting | sunting sumber]
  • Rosen, Charles. The Classical Style: Haydn, Mozart, Beethoven. W.W. Norton & Company. ISBN 0-393-31712-9.