Pergi ke kandungan

Tongmenghui

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tongmenghui

Tongmenghui, yang juga dikenali sebagai Liga China Bersatu, Liga Bersatu, Perikatan Revolusioner China, Perikatan China dan Perhimpunan Perikatan Bersatu, ialah sebuah perhimpunan rahsia dan gerakan pemberontakan bawah tanah yang diasaskan oleh Sun Yat-sen, Song Jiaoren, dan lain-lain di Tokyo, Jepun, pada 20 Ogos 1905.[1][2] Perhimpunan tersebut dibentuk dari penggabungan beberapa kumpulan revolusioner China pada akhir Dinasti Qing.

Era revolusi

[sunting | sunting sumber]
Tongmenghui.

Tongmenghui diasaskan melalui penyatuan Xingzhonghui (Perhimpunan Kebangkitan China) yang dipimpin Sun Yat-sen, Guangfuhui (Perhimpunan Pemulihan) dan beberapa kumpulan revolusioner China lain. Beberapa anggota Tongmenghui ialah Huang Xing, Li Zongren, Zhang Binglin, Chen Tianhua, Wang Jingwei, Hu Hanmin, Tao Chengzhang, Cai Yuanpei, Li Shizeng, Zhang Renjie, dan Qiu Jin.

Pada 1906, sebuah cabang dari Tongmenghui dibentuk di Singapura, setelah kunjungan Sun disana; cabang tersebut disebut cabang Nanyang dan bertugas sebagai pejabat organisasi untuk Asia Tenggara. Anggota dari cabang tersebut termasuk Wong Hong-kui (黃康衢; Huang Kangqu),[3] Tan Chor Lam (陳楚楠; Chen Chu'nan; 1884-1971) [4] dan Teo Eng Hock (張永福; Zhang Yongfu; asalnya pengilang kasut).[5] Tan Chor Lam, Teo Eng Hock dan Chan Po-yin (陳步賢; Chen Buxian; 1883-1965) menubuhkan Chong Shing Chinese Daily Newspaper (中興日報, 中興 bermaksud kebangkitan semula China),[6] dengan keluaran pembukaan pada 20 Ogos 1907 dan pengagihan harian 1,000 salinan. Akhbar tersebut berakhir pada 1910, berikuta Revolusi Xinhai pada 1911. Bekerja dengan orang Kanton lain, Tan, Teo dan Chan membuka Kedai Buku Kai Ming (開明書報社, 開明 bermaksud kebijaksanaan terbuka) yang berkaitan dengan revolusi.[7] di Singapura. Untuk revolusi tersebut, Chan Po-yin menyalurkan lebih dari 30,000 yuan untuk membantu keperluan keperluan (dari Singapura ke China) dan menyokong orang-orang yang berhijrah dari Singapura ke China untuk revolusioner.[8][9]

Di Hainan, beberapa Muslim China menjadi anggota Tongmenghui.[10]

  1. ^ "The Manchu Qing Dynasty (1644-1911), Internal Threats". Countries Quest. Dicapai pada 26 September 2011.
  2. ^ 計秋楓; 朱慶葆 (2001). 中國近代史. Volume 1. Chinese University Press. m/s. 468. ISBN 9789622019874. |volume= has extra text (bantuan)
  3. ^ 尤列事略补述一. ifeng.com (dalam bahasa Cina). Phoenix New Media.
  4. ^ 陈楚楠 [Chen Chu'nan]. Baidu Baike (dalam bahasa Cina). 3 Disember 2011.
  5. ^ 张永福 [Zhang Yongfu]. Baidu Baike (dalam bahasa Cina). Baidu. 6 Mei 2012.
  6. ^ 中兴日报 [ZTE Daily]. Baidu Baike (dalam bahasa Cina). Baidu. 8 Disember 2011.
  7. ^ 张冬冬 (21 October 2011). (辛亥百年)探寻同德书报社百年坚守的"秘诀" [Xinhai Century: exploring the Tongmenhui publisher's hundred-year secret]. China News (dalam bahasa Tuionghoa). Singapore. China News Service.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ Chan Chung, Rebecca; Chung, Deborah; Ng Wong, Cecilia (2012). Piloted to Serve.
  9. ^ "Piloted to Serve". Facebook.
  10. ^ Allès, Elisabeth (September–October 2003). "Notes on some joking relationships between Hui and Han villages in Henan". China Perspectives (49).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]