Lola Montez
Lola Montez, Gräfin von Landsfeld | |
---|---|
Kelahiran | Eliza Rosanna Gilbert 17 February 1821 |
Meninggal dunia | 17 Januari 1861 (age 39) |
Warganegara | Irish |
Nama lain | Donna Lola Montez, Maria Dolores Eliza Rosanna Gilbert, Countess of Landsfeld |
Pekerjaan | Dancer, actress, lecturer, author |
Pasangan | Lieutenant Thomas James George Trafford Heald Patrick Hull |
Rakan kongsi domestik | Raja Ludwig I of Bavaria |
Marie Dolores Eliza Rosanna Gilbert, Gräfin Landsfeld[1] (17 Februari 1821 – 17 Januari 1861) atau nama pentasnya Lola Montez [lola moʊnˈtɛz; lo-la moun-tz] merupakan seoang penari dan penghibur profesional yang merupakan perempuan simpanan Raja Ludwig I, penguasa Bavaria.
Beliau meinggalkan Eropah berikutan revolusi yang meletus di serata negeri-negeri Jerman yang dikhuatiri menggugat statusnya, lalu memulakan hidup yang baru di Amerika Syarikat sebagai seorang penghibur dan pensyarah.
Biography
[sunting | sunting sumber]Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Eliza Rosanna Gilbert lahir pada 17 Februari 1821 di kampung Grange utara Kaunti Sligo, Ireland.[2] Beliau lahir dalam sebuah keluarga Inggeris Ireland; ibunya Eliza(beth) Oliver anak seorang pembesar bergelaran High Sheriff Cork dan anggota Parlimen Ireland manakala ayahnya Edward Gilbert, seorang pegawai tentera British bergelaran Ensign. Keluarga Gilbert mendiami seketika di Boyle, County Roscommon sehingga awal tahun 1823 di mana mereka bertolak ke Liverpool, sebelum ke India on 14 Mac tahun sama.[3] Ayah Eliza meninggal akibat kolera tidak lama selepas berada di India.[4] Ibunya berkahwin dengan seorang pegawai, Lieutenant Patrick Craigie pada hari berikutnya. Sikap Eliza yang terlalu manja sangat merisaukan bapa tirinya,[5] namun kedua-dua ibu dan bapa tirit tersebut setuju membawanya kembali ke Montrose, Scotland di mana Eliza dapat bersekolah sambil duduk bersama datuk tirinya. Di sana Eliza mula dikenali atas perwatakannya yang sangat nakal.[5]
Pada 1837 ketika Eliza berusia 16 tahun, beliau berhubungan sulit sehingga kahwin lari dengan Lieutenant Thomas James;[6][7] namun mereka berpisah tidak lama kemudian di Kolkata. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang penari profesional - beliau pada mulanya selamat.[6] lama-kelamaan terjejas setelah khabar mengenai masalah rumah tangga ini semakin diketahui ramai di London, maka beliau menjelajah ke Eropah untuk mencari peluang baru di sana, di mana beliau mendapat banyak tawaran daripada orang kaya lagi-lagi di Paris dan Warsaw.[6][8]
Hidup dalam kalangan bangsawan
[sunting | sunting sumber]Eliza pertama kali muncul dalam peroperaan Paris dalam persembahan Le lazzarone (1844) karya Fromental Halévy's Eliza, namun persembahan dirasakan tidak memuaskan. Di sanalah beliau berkenalan malah menjalin hubungan sulit dengan Franz Liszt; Liszt memperkenalkannya kepada George Sand dan para kenalannya yangh terkenal. Beliau bermukim di Paris, di sanalah beliau berkenalan dengan penulis terkenal Alexandre Dumas yang turut menghubungkan Lola dengan Alexandre Dujarier, "pemilik akhbar terbanyak edar di Perancis" serta pengulas persembahan drama bagi akhbar berikut. Hubungan beliau dengan Dujarier sehingga kematiannya banyak memberi nafas baru kepada kerjayanya.
Pada 1846, beliau tiba di Munich, Bavaria di mana beliau menjadi kegemaran Raja Ludwig I yang turut menjadi perempuan simpanan baginda.[9] Lola mula menggunakan kemasyhurannya untuk mempengaruhi Ludwig lalu menjadi tidak disenangi rakyat jelata Bavaria. Ludwig tetap akhirnya menjadikan beliau seorang pembesar berpangkat Gräfin (setaraf "Countess") setahun kemudian pada hari keputeraannya tanggal 25 Ogos 1847 disertakan pengurniaan harta tahunan.[10][11] Beliau menebal pendiriannya sebagai pendokong liberalisme yang sangat ditentang golongan konservatif dan Jesuit dalam kerajaan Bavaria.[10][11]
Kerjaya sebagai penghibur di Dunia Baru
[sunting | sunting sumber]Senja hidup
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Burr, C. Chauncey, Autobiography and lectures of Lola Montez, James Blackwood, London (1860) at Google Books
- ^ "Lola Montez 1821-1861". Sligo Town. Dicapai pada 1 May 2018.
- ^ Seymour, Bruce (1996). Lola Montez, a Life. Yale University Press. ISBN 9780300063479.
- ^ "Lola Montez". Spartacus Educational. Dicapai pada 1 May 2018.
- ^ a b Conliffe, Ciaran (16 March 2015). "Lola Montez, the Spider Woman - Part 1 - Headstuff". Headstuff. Dicapai pada 1 May 2018.
- ^ a b c Collins, Pádraig (16 July 2014). "An Irishman's Diary on the glamorous and dangerous Lola Montez". The Irish Times. Dicapai pada 1 May 2018.
- ^ Cannon, Michael. Montez, Lola (1821–1861). Australian Dictionary of Biography. National Centre of Biography, Australian National University. Dicapai pada 1 May 2018.
- ^ "1861 – Death of Eliza Gilbert (Lola Montez)". Stair na hÉireann/History of Ireland. 17 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-31. Dicapai pada 1 May 2018.
- ^ Greene, Robert (2000). The 48 Laws of Power. Penguin Books. m/s. 77. ISBN 978-0-14-028019-7.
- ^ a b Rines, George Edwin, penyunting (1920). Encyclopedia Americana. .
- ^ a b Reynolds, Francis J., penyunting (1921). Collier's New Encyclopedia. New York: P. F. Collier & Son Company. .