Keselamatan makanan
Keselamatan makanan merujuk pada pengendalian, penyediaan dan penyimpanan makanan dengan cara yang selamat untuk mengelakkan pencemaran makanan dan mencegah penyakit bawaan makanan. Ini termasuk beberapa rutin yang perlu diikuti untuk mengelakkan berlakunya bahaya kesihatan yang teruk. Antara langkah-langkah keselamatan makanan ialah pelabelan makanan, kebersihan makanan, pengawalan bahan tambahan dalam makanan, penggunaan racun perosak, dasar tentang bioteknologi, garis panduan dalam pengurusan import eksport makanan, dan pensijilan makanan.
Pencemaran dan keracunan
[sunting | sunting sumber]Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2003 menyimpulkan bahawa kira-kira 30% daripada wabak keracunan makanan yang dilaporkan di Wilayah Eropah WHO berlaku di rumah persendirian. [1] Menurut WHO dan CDC, di Amerika Syarikat sahaja, setiap tahun, terdapat 76 juta kes penyakit bawaan makanan yang membawa kepada 325,000 kemasukan ke hospital, dan kira-kira 5,000 kematian.[2]
Pencemaran fizikal
[sunting | sunting sumber]Bahan cemar fizikal (atau bendasing) ialah objek seperti rambut, tangkai tumbuhan atau kepingan plastik dan logam.[3] Apabila objek asing memasuki makanan, ia menjadi pencemar fizikal.[3] Jika objek asing mengandungi bakteria, kedua-dua pencemaran fizikal dan biologi akan berlaku. Sumber pencemaran fizikal yang biasa termasuk rambut, kaca atau logam, perosak, barang kemas, kotoran, dan kuku.[4]
Pencemaran kimia
[sunting | sunting sumber]Pencemaran kimia berlaku apabila makanan tercemar dengan bahan kimia semula jadi atau buatan.[5] Sumber biasa pencemaran kimia termasuk racun perosak, racun herba, ubat veterinar, pencemaran daripada sumber alam sekitar (pencemaran air, udara atau tanah), pencemaran silang semasa pemprosesan makanan, migrasi daripada bahan pembungkus makanan,[6] kehadiran toksin semula jadi, atau penggunaan bahan tambahan makanan yang tidak diluluskan dan bahan lancung.[7]
Pencemaran biologi
[sunting | sunting sumber]Pencemaran biologi berlaku apabila makanan dicemari oleh bahan yang dihasilkan oleh makhluk hidup, seperti manusia, tikus, perosak atau mikroorganisma.[8] Ini termasuk pencemaran bakteria, pencemaran virus, atau pencemaran parasit yang dipindahkan melalui air liur, najis perosak, darah atau najis.[8] Pencemaran bakteria ialah punca paling biasa keracunan makanan di seluruh dunia.[8] Jika persekitaran mengandungi kanji atau protein yang tinggi, air, oksigen, mempunyai tahap pH neutral, dan mengekalkan suhu antara 5°C dan 60°C (zon bahaya) walaupun untuk tempoh masa yang singkat (~0–20 minit),[9] bakteria berkemungkinan hidup.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Several foodborne diseases are increasing in Europe". World Health Organization. 2003-12-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-04-16.
- ^ "Food safety and foodborne illness". World Health Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 February 2004. Dicapai pada 2010-12-10.
- ^ a b "Physical contaminants in food, identification and prevention". Campden BRI (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2018. Dicapai pada 2018-06-10.
- ^ "Physical contaminants in food, identification and prevention". Campden BRI (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2018. Dicapai pada 2018-06-10.
- ^ Santacruz, Sally (28 June 2016). "What is Food Contamination?". Australian Institute of Food Safety. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2018. Dicapai pada 2018-06-10.
- ^ Geueke, Birgit; Parkinson, Lindsey V.; Groh, Ksenia J.; Kassotis, Christopher D.; Maffini, Maricel V.; Martin, Olwenn V.; Zimmermann, Lisa; Scheringer, Martin; Muncke, Jane (2024-09-17). "Evidence for widespread human exposure to food contact chemicals". Journal of Exposure Science & Environmental Epidemiology (dalam bahasa Inggeris): 1–12. doi:10.1038/s41370-024-00718-2. ISSN 1559-064X.
- ^ "Modern Analysis of Chemical Contaminants in Food – Food Safety Magazine". www.foodsafetymagazine.com. Dicapai pada 2018-06-10.
- ^ a b c "What are the different types of food contamination?". Dicapai pada 2018-06-10.
- ^ "Danger Zone". fsis.usda.gov. Dicapai pada 2018-11-21.
- ^ "Food Safety and the Different Types of Food Contamination". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2018. Dicapai pada 2018-06-23.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Satin, Morton (2008). Food alert!: the ultimate sourcebook for food safety (ed. 2). New York, NY: Facts On File. ISBN 9780816069682.
- Clute, Mark (October 2008). Food Industry Quality Control Systems. [CRC Press]. ISBN 978-0-8493-8028-0.
- Jurnal
- Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety, ISSN: 1541-4337 (elektronik) 1541–4337 (kertas), Blackwell Publishing
- Food Control, ISSN: 0956-7135, Elsevier
- Food and Chemical Toxicology, ISSN: 0278-6915, Elsevier
- Food Policy, ISSN: 0306-9192, Elsevier
- Journal of Food Protection, ISSN 0362-028X, International Association for Food Protection
- Journal of Food Safety, ISSN: 1745-4565 (elektronik) ISSN: 0149-6085 (kertas), Blackwell Publishing
- Journal of Foodservice, ISSN: 1745-4506 (elektronik) ISSN: 1748-0140 (kertas), Blackwell Publishing
- Sensing and Instrumentation for Food Quality and Safety, ISSN: 1932-9954 (elektronik) ISSN: 1932-7587 (kertas), Springer
- Internet Journal of Food Safety, ISSN: 1930-0670, International Association for Food Safety/Quality
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- U.S. Food Safety and Inspection Service (FSIS)
- The Food Standards Agency UK
- Safer Food Better Business – practical food safety for small caterers and retailers oleh Agensi Piawaian Makanan UK
- Korea Food & Drug Administration (KFDA)
- http://www.foodlink.org.uk/ Diarkibkan 2010-12-16 di Wayback Machine
- Food Safety Information Center at the USDA National Agricultural Library
- Health-EU Portal Food Safety in the EU
- Food Safety MSc programme
- Food Safety Discussion Forum