Graptemys geographica
Graptemys geographica | |
---|---|
Gatineau, Quebec | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Suborder: | Cryptodira |
Superkeluarga: | Testudinoidea |
Keluarga: | Emydidae |
Genus: | Graptemys |
Spesies: | G. geographica
|
Nama binomial | |
Graptemys geographica | |
Peta taburan habitat | |
Sinonim | |
|
Graptemys geographica juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Utara[4] ialah kura-kura dari keluarga Emydidae. Ia berasal dari Amerika Utara.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Kura-kura Peta Utara mendapat namanya berdasarkan corak pada kulit dan karapas (cangkerang) yang bercorak seakan-akan garisan kontur pada peta.[5] Garisan pada karapasya mempunyai warna kuning, tan, atau jingga dengan dikelilingi garisan gelap. Keseluruhan karapas berwarna zaitun atau kelabu-coklat. Corak pada kura-kura dewasa biasanya pudar namun akan jelas kelihatan apabila basah. Bentuk kawapasnya adalah hidrodinamik, lebar dan sedikit rendah. Dihujungnya pula bergerigi. Plastron (cangkerang dada) berwarna kuning dengan tanda gelap pada bahagian tengahnya yang mengikut sutur pada skut plastral dan beransur-ansur hilang apabila dewasa. Kepala, leher dan kakinya berwarna zaitun-gelap, coklat, atau hitam dengan garisan kuning atau hijau. Terdapat titik bujur atau segitiga di belakang mata. Sama seperti Kura-kura Peta lain, spesies ini mempunyai ciri-ciri Dimorfisme seksual yang ketara[6], di mana kura-kura jantan lebih kecil berbanding betina, iaitu 10–16 cm (3.9–6.3 in) panjang dengan berat antara 150–400 g (5.3–14.1 oz). Manakala betina pula, 18–27 cm (7.1–10.6 in) panjang dengan berat sekitar 0.67–2.5 kg (1.5–5.5 lb). Kura-kura betina mempunyai kepala lebih besar berbanding jantan serta cara pemakanan yang berbeza.[6] Karapas kura-kura jantan lebih sempit. Kepalanya juga lebih kecil dan memiliki ekor lebih tebal dan panjang. Kloakanya berada di hujung ekor. Kura-kura muda mempunyai lunas lebih tinggi. Anak kura-kura yang baru menetas mempunyai karapas yang lebih bulat, bersaiz sekitar 2.5 cm (0.98 in) panjang.
Habitat
[sunting | sunting sumber]Haiwan ini mendiami kawasan tasik, sungai dan kolam. Mereka memilih kawasan berair yang dipenuhi timbunan batang pokok dan dedaunan untuk berjemur. Mereka juga mudah dijumpai di kawasan sungai berbanding tasik atau kolam, terutamanya di wilayah utara[7] serta kawasan selatan dan barat taburan habitatnya.[6]
Ekologi dan kelakuan
[sunting | sunting sumber]Kura-kura ini menjadi dorman bermula bulan November sehingga April bergantung kepada cuaca tempatan. Mereka menghabiskan masa di dalam air apabila tiba musim sejuk tanpa naik ke permukaan untuk bernafas, terutamanya apabila permukaan air dilitupi ais. Kura-kura dewasa akan berhibernasi di celah-celah batu dan kayu di dasar sungai.[5] Haiwan ini mencipta ruang hibernasi dipenuhi oleh oksigen untuk kekal hidup sepanjang musim sejuk di dalam air.[6] Haiwan ini juga kerap berjemur secara berkumpulan. Mereka bersifat diurnal dan sering berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman pemangsa; mereka terus menyusup ke dalam air untuk bersembunyi apabila merasakan wujud bahaya.
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Kura-kura ini mula mengawan apabila tiba musim bunga dan luruh. Proses mengawan berlaku di dalam air. Manakala musim bertelur bermula dari bulan Mei ke Julai. Biasanya kawasan terik dan berpasir dipilih untuk dijadikan sarang telur. Kura-kura betina akan memilih tempat-tempat yang berdekatan air untuk bertelur. Sarang digali meggunakan kaki belakang. Sebanyak 6 hingga 20 biji telur dihasilkan. Telurnya bujur, kira-kira 3.2 cm (1.3 in) panjang, dan mempunyai cangkerang yang fleksibel. Lubang dikambus semula selepas bertelur. Tempoh penetasan bermula selepas 50 ke 70 hari ia dihasilkan, dan kebanyakan anak kura-kura menetas sekitar bulan Ogos hingga September. Jika tempoh penetasan lewat, anak kura-kura akan bersedia untuk menghadapi musim sejuk. Kura-kura betina biasanya boleh menghasilkan dua sangkak penetasan dalam satu musim. Jantina kura-kura yang menetas ditentukan oleh suhu persekitaran. Pada suhu 25 °C, kebanyakan telur menghasilkan kura-kura jantan, manakala kura-kura betina biasanya lahir ketika suhu sekitar 30-35 °C.
Diet
[sunting | sunting sumber]Kura-kura ini lebih cenderung bersifat maging. Kura-kura betina dewasa mempunyai kepala dan alveolar yang lebar bagi memudahkan ia memecahkan makanan yang masuk ke dalam mulutnya seperti moluska, serangga dan udang kecil.[6] Kura-kura jantan mempunyai saiz badan dan kepala yang lebih kecil, mengonsumsi mangsa yang lebih kecil[6] Proses makan pula dilakukan dalam air. Antara makanan yang menjadi sumber utama kura-kura betina ialah tempat yang dipenuhi oleh spesies moluska seperti kupang zebra dan kima asia, (Corbicula fluminea).[8]
Status pemuliharaan dan perlindungan
[sunting | sunting sumber]Kura-kura Peta ialah spesies yang sangat bertahan.[9] Malangnya, aktiviti manusia seperti membangunkan kawasan rekreasi sedikit sebanyak menggugat kelangsungan hidup haiwan ini.[10] Walaupun populasinya semakin merosot di kebanyakan kawasan yang dibangunkan, namun mereka masih lagi kekal dan banyak ditemui di sesetengah kawasan semulajadi yang lain.[6] Malah, spesies ini juga disenaraikan sebagai "kurang membimbangkan" oleh IUCN.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ ITIS (Integrated Taxonomic Information System). www.itis.gov.
- ^ Fritz, Uwe; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Disember 2010. Dicapai pada 29 Mei 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Stejneger, L., and T. Barbour (1917). A Check List of North American Amphibians and Reptiles. Harvard University Press. Cambridge, Massachusetts. 125 pp. (Graptemys geographica, p. 117.)
- ^ Scientific and Standard English Names of Amphibians and Reptiles of North America, North of Mexico ... Diarkibkan 2011-07-16 di Wayback Machine, SSARHERPS.org
- ^ a b : Status Report of the Northern Map Turtle Committee on the Status of Endangered Wildlife in Canada
- ^ a b c d e f g Ernst, C.H., and J.E. Lovich. (2009). Turtles of the United States and Canada. 2nd Edition. Washington: Smithsonian Institution Press. (Graptemys geographica, pp. 293-302.)
- ^ Gordon, D.M. and R.D. MacCulloch (1980). "An investigation of the ecology of the map turtle, Graptemys geographica (Le Sueur) in the northern part of its range". Canadian Journal of Zoology. 58: 2210–2219. doi:10.1139/z80-303.
- ^ Lindeman, P.V. (2006). Zebra and quagga mussels (Dreissena spp.) and other prey of a Lake Erie population of common map turtles (Emydidae: Graptemys geographica). Copeia 2006(2):268-273.
- ^ Pritchard, P.C.H. 1997. "Conservation strategies - an overview: Implications for management". pp. 467-471 In: Proceedings: Conservation, Restoration, and Management of Tortoises and Turtles - An International Conference. New York Turtle and Tortoise Society.
- ^ St. Lawrence Centre (1996). State of the Environment Report on the St. Lawrence River. Volume 1: The St. Lawrence Ecosystem. Environment Canada - Quebec Region, Environmental Conservation, and Editions MultiMondes, Montreal. "St. Lawrence UPDATE" series.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Conant, R., and J.T. Collins. (1998). Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America. Third Edition. Expanded. New York: Houghton Mifflin. 640 pp. ISBN 0-395-90452-8 (paperback). (Graptemys geographica, pp. 167–168 + Plates 3, 6.)
- Harding, J. (1997). Amphibians and Reptiles of the Great Lakes Region. Michigan: The University of Michigan Press. 400 pp. ISBN 0-472-06628-5.
- MacCulloch, R.D. (2002). The ROM Field Guide to Amphibians and Reptiles of Ontario. ROM/McClelland & Stewart. 168 pp. A ROM Science Publication.
- Le Sueur, C.A. (1817). An Account of an American species of Tortoise, not noticed in the systems. Journ. Acad. Nat. Sci. Philadelphia 1(1):86-88 + Plate V. (Testudo geographica)
- Smith, H.M., and E.D. Brodie, Jr. (1982). Reptiles of North America: A Guide to Field Identification. Golden Press. New York. 240 pp. ISBN 0-307-13666-3 (paperback). (Graptemys geographica, pp. 50–51.)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Graptemys geographica |
- Northern Map Turtle, Illinois Natural History Survey
- Common Map Turtle, Reptiles and Amphibians of Iowa
- Common Map Turtle, Savannah River Ecological Laboratory