Pergi ke kandungan

Gatorade

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gatorade
JenisNutrient Enhanced Sports Drink Beverage
PengeluarQuaker Olats Company;
PepsiCo
Negara asalUSA
Diperkenalkan1965

Gatorade ialah satu jenama minuman sukan bukan berkarbonat berperisa buatan Quaker Oats Company, kini sebahagian PepsiCo. Minuman Gatorade sesuai diminum ketika melakukan kegiatan fizikal, kerana dirumuskan untuk menghidratkan semula dan mengisikan lagi bendalir, karbohidrat dan elektrolit dalam badan.

Kandungan

[sunting | sunting sumber]

Minuman Gatorate yang asli mengandungi air, sirap sukrosa dan glukosa-fruktosa, asid sitrik, minyak ikan, natrium klorida (garam), natrium sitrat, mnokalium fosfat, dan bahan-bahan perisa dan pewarna. Sesetengah perisa Gatorade menggunakan minyak sayur berbromin sebagai penstabil.[1] Gatorade Thirst Quencher memenuhi takrifan "produk rendah natrium" yang ditetapkan oleh FDA. Gatorade terdapat dalam pelbagai perisa, termasuk Lemon-Lime (limau) yang asli, Grape (anggur), Orange (oren), dan Fruit Punch (campuran buah-buahan).[2]

Ulasan produk

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Frequently Asked Questions". gatorade.com. Gatorade. January 5, 2005. Dicapai pada 2007-05-28.
  2. ^ "Gatorade Thirst Quencher".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]