Pergi ke kandungan

GSG 9

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
GSG-9
Lambang rasmi GSG-9
Aktif17 April 1973 - kini
Negara Jerman
CawanganPasukan Polis Persekutuan Jerman
JenisPasukan Operasi Khas
PerananPencegah keganasan domestik dan penguatkuasaan undang-undang
Saiz400 lebih keanggotaan
PangkalanSankt Augustin-Hangelar, Bonn
Komander
Kolonel RejimenOlaf Lindner

GSG-9 der Bundespolizei (singkatan daripada Grenzschutzgruppe 9 atau Kawalan Sempadan 9) merupakan sebuah unit melawan keganasan taktikal yang bernaung di bawah pasukan polis Persekutuan Jerman. Unit elit ini dianggap sebagai salah satu unit khusus penguatkuasa awam yang terbaik di dunia dimana kebanyakan unit-unit melawan keganasan dibentuk mengikut modul GSG-9 ini sepertimana SAS Britain, ini termasuklah unit SAT-81 Gultor dari Kopassus Indonesia yang turut mendapat latihan awal dari GSG-9 ini.

Operator GSG-9 semasa menjalani latihan tempur jarak dekat di markas mereka di Hangelar.

Penubuhan unit ini adalah disebabkan insiden penawanan 11 atlit Israel oleh militan Black September yang berakhir dengan kematian semua tebusan terbabit. Pada 5 September, 1972, sekumpulan pengganas Palestin Black September menyusup masuk di Perkampungan Musim Panas Olimpik di Munich, Jerman Barat, untuk menculik 11 atlet Israel, membunuh dua atlet dalam serangan awal di bilik atlet. Peristiwa kemuncak apabila polis Jerman yang tidak terlatih untuk operasi dan tidak mengetahui bilangan pengganas yang terlibat, cuba untuk menyelamatkan atlet terlibat. Mereka gagal dalam operasi yang menyebabkan kematian seorang anggota polis, lima daripada lapan orang penjenayah dan semua tebusan (kemudiannya dikenali sebagai pembunuhan beramai-ramai Munich). Akibat daripada tragedi itu, penguatkuasa Jerman terpaksa menanggung malu yang teruk, kerana mempunyai hubungan diplomatik Israel. Satu doktrin khusus dibentuk bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang lagi.

Berbangkit daripada kejadian itu, kerajaan Jerman Barat menubuhkan sel anti-pengganas yang dikenali sebagai GSG 9 di bawah pimpinan Oberstleutnant Ulrich Wegener agar insiden yang sama pada masa akan datang dapat ditangani dengan profesional. Banyak ahli-ahli politik pembangkang Jerman membangkang penubuhannya, kerana dikhuatiri penubuhan GSG 9 ini adalah seperti menghidupkan semula pasukan Schutzstaffel (SS) dari pihak Nazi. Keputusan telah diambil untuk membentuk unit ini dari pasukan polis sebagai contoh di negara-negara lain dengan alasan bahawa undang-undang Persekutuan Jerman dengan jelas melarang penggunaan tentera terhadap penduduk awam. Pasukan khas yang terdiri daripada anggota polis Jerman ini. Unit ini ditubuhkan secara rasmi pada 17 April 1973 sebagai sebahagian daripada Pasukan Polis Persekutuan Jerman, yang dikenali sebagai Bundesgrenzschutz (Polis Pengawal Sempadan Persekutuan Jerman, dinamakan semula sebagai Bundespolizei atau Polis Persekutuan Jerman pada tahun 2005). Nama GSG 9 adalah singkatan kepada Grenzschutzgruppe 9 (Unit Polis Sempadan 9) dan telah dipilih hanya kerana BGS yang mempunyai lapan unit pengawal sempadan tetap pada masa itu. Selepas penamaan semula pada tahun 2005, singkatan "GSG 9" adalah dikekalkan kerana kemasyhuran unit ini.

GSG 9 berperanan dalam menangani kes-kes tebusan, penculikan, keganasan dan ugutan. Unit ini juga boleh digunakan untuk mengesan lokasi, meneutralkan sasaran, menjejaki penjenayah dan kadang-kadang menjalankan operasi penembak tepat. Selain itu, unit ini amat aktif dalam membangunkan dan menguji kaedah dan taktik bagi misi ini. Akhirnya, unit ini boleh memberikan nasihat kepada Länder yang lain-lain, Kementerian dan sekutu antarabangsa. unit ini membantu Bundespolizei dan lain-lain agensi-agensi Persekutuan dan tempatan sekiranya perlu. Semasa misi Mogadishu 1977, komander perang Tzvi polis sempadan Israel menggambarkan bahawa GSG 9 sebagai "unit terbaik anti-pengganas di dunia."

Dari tahun 1972 sehingga tahun 2003 dilaporkan menyelesaikan 1,500 operasi. Semasa pertanding SWAT World Challenge pada tahun 2005, GSG 9 memenangi kesemua lapan acara, menewaskan 17 pasukan lain. GSG 9 mempertahankan kejohanan ini dan pada tahun berikutnya, dan ke-5 pada tahun 2007.

Organisasi

[sunting | sunting sumber]

Pembentukan unit ini adalah sebahagian daripada Bundespolizei Jerman (Polis Persekutuan, dahulunya Bundesgrenzschutz), dan oleh itu mempunyai kuasa setara polis biasa, contohnya, kuasa penangkapan. Polis Persekutuan Jerman (dan dengan itu GSG 9) adalah di bawah kawalan Kementerian Persekutuan dalam negeri. Bundespolizei ini juga menyediakan unit udara GSG 9. Sebaliknya, pasukan polis tetap akan ditugaskan ke bahagian negeri atau Länder, kerana mereka adalah pasukan Spezialeinsatzkommando (SEK), manakala tentera bertanggungjawab Kommando Spezialkräfte (KSK) (pasukan khas tentera darat) dan Kampfschwimmer ini.

GSG 9 beribupejabat di Sankt Augustin-Hangelar berhampiran Bonn dan kini di bawah perintah Olaf Lindner. Pegawai medan terdahulu ialah Ulrich Wegener, Jürgen Bischoff dan Friedrich Eichele. GSG9 terdiri daripada tiga sub-unit utama, serta beberapa unit sokongan:

Operasi yang biasa
Sub-unit pertama GSG 9 digunakan untuk operasi melawan keganasan biasa. Ini mungkin melibatkan kes-kes tebusan, mematikan bom, penculikan, keganasan atau ugutan. Unit ini juga boleh digunakan untuk mengesan lokasi, meneutralkan sasaran, menembak hendap dan menjejaki tahanan yang lari.
Operasi Maritim
Sub-unit kedua GSG 9 digunakan untuk operasi di laut, misalnya rampasan kapal dan pelantar minyak.
Operasi udara
Sub-unit ketiga GSG 9 digunakan untuk operasi di udara, termasuk payung terjun dan pendaratan helikopter.
Unit teknikal
Unit ini membantu unit-unit lain dalam menyusup masuk ke kawasan-kawasan sasaran dan bertanggungjawab dalam perolehan, pengujian dan pengeluaran peralatan senjata. Ahli-ahli unit teknikal juga pakar dalam mematikan bahan letupan dan mereka terlatih dalam operasi tindakan langsung.
Perkhidmatan Pusat
Bahagian Perkhidmatan ini membekalkan persenjataan GSG 9 dan terlibat dalam menguji, membaiki dan membeli senjata, peluru dan bahan letupan.
Unit dokumentasi
Unit ini mengendalikan komunikasi, termasuk ujian, pembaikan dan pembelian peralatan komunikasi dan pengawasan.
Kakitangan operasi
Mengendalikan pentadbiran GSG 9.
Bahagian latihan
Unit ini merekrut ahli-ahli sedia ada, dan memilih, melatih dan melatih ahli-ahli baru.

Para pegawai dan anggota Bundespolizei dan lain-lain Perkhidmatan Polis Jerman yang berkhidmat selama dua tahun boleh memohon untuk proses pemilihan GSG 9. Selain laporan perubatan, terdapat banyak ujian fizikal, contohnya berjalan kaki 5000 meter dalam lima minit, 100 meter pecut dan melompat pada jarak sekurang-kurangnya 4.75 meter, tujuh Broad, bench press dan berhalangan. Ujian fizikal diikuti oleh beberapa pemeriksaan psikologi yang menguji kecergasan mental para pelatih. Pelatih juga perlu lulus ujian kemahiran menembak dan wawancara yang akhir. Tempoh latihan adalah selama 22 minggu termasuk tiga belas minggu menjalani latihan asas dan sembilan minggu latihan khusus. Identiti anggota GSG 9 adalah diklasifikasikan sebagai rahsia. Latihan lanjut sering melibatkan kerjasama dengan unit-unit anti-keganasan bersekutu yang lain. Hanya satu daripada lima kursus yang lulus. Mereka juga menjalani latihan silang dengan unit Yamam Israel, Special Duties Unit Hong Kong, Grupo Especial de Operaciones Sepanyol , Unit Tindak Khas PGK Malaysia dan SWAT Amerika Syarikat dan telah mengambil bahagian dengan kerap dalam pertandingan SWAT World Challenge.

GSG-9 dan Unit Tindakhas

[sunting | sunting sumber]
Unit Tindakhas PGK Polis Diraja Malaysia bukan sahaja mendapat didikan awal dari SAS dan pasukan khusus Amerika Syarikat, malahan turut mendapat latihan dan tunjuk ajar daripada GSG-9.[1]

Pada Tahun 1981 ..UTK telah menghantar seramai 4 Pegawai mereka berlatih di Pusat Latihan GSG9 selama 32 hari..Unit Tindakhas atau UTK yang bernaung dibawah Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia telah mempermodenkan kepakaran mereka melalui latihan kepakaran melawan keganasan anjuran GSG 9 yang didatangkan khas ke Malaysia. UTK menjalani latihan khas yang dikendalikan khas oleh GSG 9 disekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru sebelum dihantar ke Sankt Augustin-Hangelar, Bonn, Jerman untuk mengikuti kursus lanjutan seterusnya. Selesai sahaja kursus khas dan pulang ke Malaysia, formasi dan keanggotaan UTK telah dirombak semula dan segala kelengkapan, persenjataan, taktik dan latihan telah dipermodenkan, berkat dari latihan dengan GSG-9 ini.

  1. ^ "Pemimpin Hadiri Sidang Asean Dikawal Ketat UTK Bukit Aman". MSTAR Online. 2015-11-16. Dicapai pada 2015-11-17.

Laman web

[sunting | sunting sumber]