Daerah Muar
Muar | |
---|---|
Daerah Muar داءيره موار 麻坡县 மூவார் | |
![]() Daerah Muar di Johor | |
Cogan kata: 'Cekap, Amanah, Dinamik, Makmur' (چكڤ، أمانه، ديناميق، معمور) | |
Koordinat: 2°02′44″N 102°33′24″E / 2.045513501385915°N 102.55658182399458°EKoordinat: 2°02′44″N 102°33′24″E / 2.045513501385915°N 102.55658182399458°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Diasaskan pada | 1884 |
Status bandar[1] | 2001 |
Pusat | Bandar Maharani |
Pentadbiran | |
• Pegawai Daerah | Dato' Mustaffa Kamal Shamsudin |
• Yang di-Pertua | Jamil Hasni Abdullah[2] |
• Ahli Parlimen Muar | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,346.12 km2 (905.84 batu persegi) |
Aras | 36.88 m (121 ft) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 247,957 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak mengamalkan |
Laman sesawang | http://www.mpmuar.gov.my/ |
Daerah Muar merupakan salah satu daripada 10 daerah di negeri Johor Darul Ta'zim, Malaysia. Daerah ini terletak di sebelah barat laut Johor, bersempadan dengan Daerah Tangkak di utara, Daerah Segamat di timur, dan Daerah Batu Pahat di selatan. Antara bandar penting dalam daerah ini termasuklah Bandar Maharani, iaitu bandar diraja bagi negeri ini dan Pagoh.
Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000).
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada perkataan muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu muna dan ‘ar yang masing-masing bermaksud tiga dan sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.[perlu rujukan]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]
Daerah Muar ditadbir oleh Majlis Perbandaran Muar yang berpusat di Bandar Maharani dan dibahagikan kepada 12 mukim, empat bandar dan sebuah pekan.
Mukim
[sunting | sunting sumber]- Ayer Hitam
- Bandar
- Bukit Kepong
- Jalan Bakri
- Jorak
- Lenga
- Parit Bakar
- Parit Jawa
- Sri Menanti
- Sungai Balang
- Sungai Raya
- Sungai Terap
Bandar dan pekan
[sunting | sunting sumber]Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1970 | 278,903 | — |
1980 | 291,129 | +4.4% |
1991 | 301,804 | +3.7% |
2000 | 330,355 | +9.5% |
2010 | 239,027 | −27.6% |
2020 | 314,776 | +31.7% |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Muar ialah seramai 314,776 orang dengan kepadatan penduduk 226 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 62 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih 10 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[3]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 122:100. Terdapat 79,980 tempat kediaman dengan sebanyak 69,603 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 223 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 71 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 19 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 174,423 |
Cina | 100,430 | |
India | 5,452 | |
Lain-lain | 651 | |
Bukan warganegara | N/A | 33,820 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Majoriti penduduk di daerah Muar beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[3]
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 196,033 |
Buddha | 101,002 |
Hindu | 10,155 |
Kristian | 5,137 |
Lain-lain | 1,546 |
Tidak beragama | 903 |
Tidak diketahui | 0 |
Pelancongan
[sunting | sunting sumber]Salah satu tarikan pelancong yang terkenal di Muar ialah Taman Negara Gunung Ledang. Taman ini terletak 170 km dari Johor Bahru dan mempunyai keluasan 107 km2. Terdapat dua pintu masuk ke taman ini iaitu melalui Sagil, Johor dan Asahan, Melaka. Puncak Gunung Ledang setinggi 1,276 m dari aras laut adalah puncak yang tertinggi di negeri Johor. Gunung Ledang juga adalah gunung yang ke-64 tertinggi di Malaysia dan berkemungkinan yang paling banyak didaki di negara ini. Air terjun Sagil yang terdapat di taman ini adalah tempat perkelahan yang terkenal.Terdapat juga rumah rehat disediakan bagi kemudahan para penganjung ke Gunung Ledang. Aktiviti berkhemah menjadi satu kemestian bagi mereka yang menggemari keindahan alam semula jadi.
Makanan
[sunting | sunting sumber]
Muar turut dikenali kerana makanannya. Makanan tempatan yang paling dikenali ialah Otak-otak, dodol Maharani, mee bandung Muar, dan asam pedas Parit Jawa.
Mi siput, iaitu sejenis mi yang berbentuk sanggul yang dikeringkan dan dihidang selepas digoreng juga terkenal di Muar. Pasar Muar ialah antara lokasi yang terbaik bagi mendapatkan bekalan mi siput kering.
Tempat-tempat menarik
[sunting | sunting sumber]

Terdapat deretan bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia II di sekitar daerah Muar. Bangunan tersebut menempatkan kedai-kedai di sepanjang Jalan Abdullah yang juga dikenali sebagai pusat dagangan Muar. Bangunan warisan yang ulung antara lain adalah Bangunan Sultan Abu Bakar (disiapkan pada 1929) yang menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran Daerah Muar dan Bangunan Kastam (disiapkan pada 1909).
Tarikan lain di Muar ialah Taman Tanjung Emas, taman rekreasi bagi bandar ini, yang terletak di muara Sungai Muar. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki yang menyajikan pemandangan menarik Sungai Muar. Taman ini yang dikunjungi ramai sewaktu hujung minggu juga menempatkan padang golf 9-lubang. Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam yang bertolak dari taman ini.

Mercu tanda terbaru bandar ini ialah Masjid Sultan Ismail (Masjid Jamek Kedua), kini terletak di Daerah Tangkak; terletak di tebing utara Sungai Muar. Ia adalah masjid terbesar di Muar dan rekabentuknya adalah replika kepada Masjid Jamek Sultan Ibrahim (Masjid Jamek Pertama) yang terletak di Jalan Petri di tebing selatan.
Penduduk terkenal
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah senarai penduduk terkenal yang berasal dari Muar.
- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri, bekas Menteri Besar Johor, dan keluarga
- Isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
- Abang kandung, Tan Sri Abdul Aziz Yassin, bekas Ahli Parlimen Muar (1995-1999)
- Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin, Yang di-Pertua Dewan Negara pertama, dan keluarga
- Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr. Awang Hassan
- Menteri Besar Johor
- Menteri Besar Johor ke-15, Dato' Mohamed Khaled Nordin
- Menteri Besar Johor ke-14, Tan Sri Abdul Ghani Othman berasal dari Sungai Mati, Tangkak tetapi bersekolah di Sekolah Tinggi Muar
- Menteri Besar Johor ke-11, Tan Sri Othman Saat
- Menteri Besar Johor ke-10 dan bekas Mufti Johor, Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus
- Bekas Pengerusi Tetap UMNO, Tun Sulaiman Ninam Shah
- Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Tun Arshad Ayub
- Bekas Menteri Undang-Undang dan bekas Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Yusof
- Menteri wanita pertama di Malaysia, Tun Fatimah Hashim lahir di Muar
- Bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng
- Penggiat media dan hiburan Malaysia
- Yasmin Ahmad, pengarah filem
- Ramlah Ram, penyanyi
- Nashrudin Elias, penyanyi
- Zainal Abidin, penyanyi
- Jaafar Onn, pelawak
- Zainal Alam Abdul Kadir, berasal dari Sungai Mati, Daerah Tangkak
- Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael XPDC),
- Abdul Zamin bin Abdul Kadir (Joe Wings)
- Nana Mahazan, pengacara
- Joe Wakaka Crew dr showdown juga adalah anak jati Muar.
- Pengarah filem Salleh Ghani,
- Mat Sentul,
- Dr Mahadi J Murat
- Pemain badminton Malaysia, Yap Kim Hock (Tangkak)
- Presiden Singapura, Sellapan Ramanathan pernah tinggal di Muar.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sejarah penubuhan bandar Muar. Pautan:http://www.mpmuar.gov.my/sejarah-penubuhan-muar
- ^ Profil YDP, Laman sesawang rasmi Majlis Perbandaran Muar
- ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Daerah Muar |
- Pejabat Daerah Muar Diarkibkan 2010-07-01 di Wayback Machine