Boutros Boutros-Ghali
Boutros Boutros-Ghali | |
---|---|
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-6 | |
Dalam jawatan 1 Januari 1992 – 31 Disember 1996 | |
Didahului oleh | Javier Pérez de Cuéllar |
Digantikan oleh | Kofi Annan |
Setiausaha La Francophonie Pertama | |
Dalam jawatan 16 November 1997 – 31 Disember 2002 | |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Abdou Diouf |
Menteri Luar Negeri Mesir Pemangku | |
Dalam jawatan 17 September 1978 – 17 Februari 1979 | |
Perdana Menteri | Mamdouh Salem Mustafa Khalil |
Didahului oleh | Muhammad Ibrahim Kamel |
Digantikan oleh | Mustafa Khalil |
Dalam jawatan 17 November 1977 – 15 Disember 1977 | |
Perdana Menteri | Mamdouh Salem |
Didahului oleh | Ismail Fahmi |
Digantikan oleh | Muhammad Ibrahim Kamel |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kaherah, Mesir | 14 November 1922
Mati | 16 Februari 2016 Kaherah, Mesir | (umur 93)
Parti politik | Sosialis Arab (Sebelum1978) Demokrasi Kebangsaan (1978–2011) Independent (2011–2016) |
Pasangan | Leia Maria Boutros-Ghali |
Tempat belajar | Universiti Kaherah Universiti Paris Institut Kajian Politik Paris |
Tandatangan | |
Boutros Boutros-Ghali (Bahasa Qibti: Ⲡⲉⲧⲣⲟⲥ Ⲡⲉⲧⲣⲟⲥ-Ⲅⲁⲗⲓ, Arab: بطرس بطرس غالي Buṭrus Buṭrus Ghālī; 14 November 1922 – 16 Februari 2016) merupakan seorang ahli politik dan diplomat warga Mesir. Beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-9 ketika pertubuhan tersebut menghadapi beberapa krisis dunia yang berlaku pada ketika itu termasuk pemecahan gabungan Yugoslavia serta Genosid Rwanda. Beliau kemudiannya memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung La Francophonie pertama dari 16 November 1997 sehingga 31 Disember 2002.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Boutros Boutros-Ghali dilahirkan di Kaherah pada 14 November 1922. Datuknya Boutros Ghali merupakan Perdana Menteri Mesir ke-9 dari 1908 sehinggalah pembunuhan beliau pada tahun 1910.[1][2]
Boutros lulus pengajiannya dari Universiti Kaherah pada tahun 1946.[3] Beliau turut menerima gelaran Ph.D. dalam undang-undang antarabangsa dari Universiti Paris serta diploma dalam hubungan antarabangsa dari Sciences Po pada tahun 1949. Pada tahun 1979, beliau diangkat sebagai Guru Besar Undang-undang Antarabangsa dan Hubungan Antarabangsa di Universiti Kaherah sehingga tahun 1999. Beliau menjadi Presiden Pusat Pengajian Politik dan Strategik pada tahun 1975 dan Presiden Perkumpulan Pengajian Politik Afrika pada tahun 1980. Beliau adalah seorang Sarjana Pengajian Fulbright di Universiti Columbia dari 1954 hingga 1955, Pengarah Pusat Penyelidikan Akademi Undang-undang Antarabangsa Den Haag 1963-1964, dan Visiting Professor di Fakulti Undang-undang di Universiti Paris 1967-1968. Beliau juga Rektor Kehormatan Institut Pengajian Pascasarjana Keamanan, sebuah cabang Universiti Kyunghee di Seoul.
Kerjaya politik di Mesir
[sunting | sunting sumber]Kerjaya politiknya mula berkembang selama tempoh pemerintahan presiden Anwar El Sadat. Beliau adalah seorang ahli Jawatankuasa Pusat Arab Kesatuan Sosialis 1974-1977. Ia menjabat sebagai Menteri Negara Luar Negeri Mesir dari tahun 1977 hingga awal 1991. Beliau kemudian menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri selama beberapa bulan sebelum berpindah ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau memainkan peranan sebagai Menteri Luar Negeri dalam perjanjian damai antara Presiden Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin.[4]
Boutros turut dilaporkan meluluskan penjualan rahsia senjata rahsia bernilai $ 26.000.000 kepada kerajaan Rwanda pada tahun 1990 ketika memegang jawatan Menteri Luar Negeri Mesir, di mana simpanan senjata yang dibeli dipergunakan oleh rejim Hutu sebagai sebahagian daripada rancangan genosid yang berlaku di negara tersebut. Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB ketika pembunuhan beramai-ramai itu berlaku 4 tahun kemudian.[5]
Kerjaya dalam PBB
[sunting | sunting sumber]Pelantikannya dalam jawatan tertinggi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masih penuh kontroversi. Pada tahun 1992, ia menyerahkan Agenda for Peace, saran untuk bagaimana PBB boleh menjawab konflik kekerasan. Namun, ia dikritik atas kegagalan PBB untuk bertindak selama Genosid Rwanda 1994 yang rasmi meninggalkan lebih dari 1 juta orang mati, dan ia nampaknya tidak mampu mengumpulkan sokongan di PBB untuk campur tangan dalam Perang SaudaraAngola terus. Salah satu tugas yang paling sukar selama masa jawatannya sedang berhadapan dengan krisis perang Yugoslavia selepas perpecahan yang berlaku dalam negara tersebut. Reputasinya menjadi terjerat dalam kontroversi yang lebih besar atas keberkesanan peranan PBB dan Amerika Syarikat di PBB.
Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad menyerukan Boutros-Ghali untuk mengundurkan diri karena gagal mengambil tindakan tegas untuk membantu menyelesaikan konflik di Bosnia-Herzegovina.[6]
Pencalonan untuk penggal kedua
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1996, sepuluh ahli Majlis Keselamatan PBB yang dipimpin oleh Mesir, Guinea-Bissau dan Botswana, menaja resolusi mendokong Boutros-Ghali untuk kekal dalam penggal keduanya sehingga tahun 2001, namun rasolusi itu diveto Amerika Syarikat. United Kingdom, Poland, Korea Selatan, dan Itali turut tidak mendokong resolusi itu, walaupun keempat-empat negara ada memberikan suara menyokong Boutros-Ghali selepas AS dengan tegasnya menyatakan keinginannya untuk memveto resolusi tersebut. Walaupun bukan yang pertama memveto (China memveto istilah ketiga Kurt Waldheim pada tahun 1981), Boutros-Ghali adalah satu-satunya Setiausaha Agung PBB yang tidak dipilih untuk penggal kedua dalam pejabat itu, di mana jawatan tersebut diambil alih oleh Kofi Annan.
Jawatan lain
[sunting | sunting sumber]Dari 1997 sehingga tahun 2002, Boutros-Ghali merupakan Setiausaha Agung La Francophonie iaitu sebuah pertubuhan yang dianggotai negara-negara berbahasa Perancis. Dari tahun 2003 hingga 2006, beliau menjawat sebagai Ketua lembaga Pusat Selatan,[7] sebuah organisasi penyelidikan antara kerajaan negara-negara membangun. Saat ini beliau adalah Presiden Majlis Kuratorium Pentadbiran di Akademi Undang-undang Antarabangsa Den Haag. Pada tahun 2003 Boutros-Ghali dilantik sebagai Pengarah Dewan Nasional HAM Mesir, kedudukan yang masih berlaku. Sejak April 2007, Boutros-Ghali telah menyokong Kempen untuk Pembentukan Majlis Berparlimen PBB dan merupakan salah satu penandatangan awal banding Kempen. Dalam mesej untuk Kempen, dia menekankan perlunya membina penglibatan demokratik warga negara di peringkat global.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Boutros meninggal pada usia 93 tahun di sebuah hospital di Kaherah setelah dimasukkan kerana keretakan pelvis atau kaki pada 16 Februari 2016.[8][9][10][11] Pengebumian beliau diuruskan mengikut istiadat tentera diketuai Ketua Gereja Qibti Iskandariah, Tawadros II, sebelum disemadikan di perkuburan Gereja Santo-Santo Peter dan Paul di Abbassia, Kaherah.[12]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Reid, Donald M. (1982). "Political Assassination in Egypt, 1910–1954". The International Journal of African Historical Studies. 15 (4): 625–651. doi:10.2307/217848. JSTOR 217848.
- ^ Goldschmidt 1993, pp.183,188
- ^ Goshko, John M. (16 Februari 2016). "Boutros Boutros-Ghali, U.N. secretary general who clashed with U.S., dies at 93". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai pada 2016-02-16.
- ^ "Boutros Boutros-Ghali: The world is his oyster". Weekly Ahram. 18 Januari 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2012. Dicapai pada 8 Jun 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Melvern, Linda (2000). A People Betrayed: The Role of the West in Rwanda's Genocide. London: Zed. ISBN 1-85649-830-1.Washington Monthly Review
- ^ "PM: UN chief should quit". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 1994-04-23.
- ^ "South Centre website". Southcentre.org. 8 Jun 2012. Dicapai pada 8 June 2012.
- ^ "Boutros Boutros-Ghali, former UN head, dies at 93". BBC News. Dicapai pada 16 Februari 20166. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Boutros Boutros-Ghali: Make diplomacy, not war". www.aljazeera.com. Dicapai pada 18 Februari 2016.
- ^ "Former U.N. Secretary-General Boutros Boutros-Ghali dies". CNN. Dicapai pada 18 Februari 2016.
- ^ "Boutros Boutros-Ghali, Former U.N. Secretary General, Dies at 93" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ "Boutros-Ghali to be buried at family's Italian-style church - Egypt Independent". Egypt Independent (dalam bahasa Inggeris). 17 Februari 2016. Dicapai pada 17 Mac 2018.