Pergi ke kandungan

Bateri utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Illustrasi gambar rajah turet tiga meriam 16"/50 kaliber Mark 7. Tiga daripadanya membentuk bateri utama kapal tempur kelas-Iowa.

Bateri utama atau persenjataan utama ialah meriam besar atau sekelompok meriam yang dipasang pada sesebuah kapal perang. Oleh itu, bateri utama menurut sejarah adalah meriam atau kelompok meriam, seperti tembakan sisi meriam pada kapal perang layar. Kemudian, ia dikumpulkan dalam bentuk turet dengan meriam laut berkaliber besar yang sama. Dengan evolusi teknologi istilah ini merangkumi peluru berpandu sebagai senjata serangan utama kapal, digunakan samada di kapal permukaan mahupun kapal selam.

Bateri utama menampilkan bahagian yang biasa, amunisi, dan kawalan tembakan di seluruh senjata yang dimiliki.

Kapal tempur Jerman Bismarck, membawa bateri utama lapan laras meriam 15 inci (380mm), berserta dengan bateri sekunder dua belas meriam 5.9 inci (150mm) bagi pertahanan terhadap kapal pembinasa dan bot torpedo, dan bateri anti-pesawat dengan pelbagai meriam yang berkaliber dari meriam 4.1 inci (105mm) hingga 20mm.[1]

Gambar rajah animasi menonjolkan bateri utama (merah) dan bateri sekunder (biru) bagi kapal tempur USS Washington.

Banyak kapal semasa Perang Dunia II menggunakan meriam dwi guna untuk menggabungkan bateri sekunder dan meriam lebih berat dari bateri anti-pesawat untuk meningkatkan fleksibiliti dan ekonomi. Kapal tempur AS USS Washington mempunyai bateri utama sembilan meriam 16-inci (410 mm) yang disusun dalam tiga turet, dua didepan dan satu dibelakang. Bateri sekunder adalah meriam dwi guna 5-inci, digunakan terhadap kapal dan pesawat lain. Bateri anti-pesawat yang khusus terdiri daripada meriam Bofors 40 mm dan meriam Oerlikon 20 mm.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Taylor, J.C. (1966). German Warshps of World War II. Garden City, New York: Doubleday & Company. m/s. 13.
  2. ^ Silverstone, Paul H. (1968). U.S. Warships of World War II. Garden City, New York: Doubleday & Company. m/s. 28.