Turet meriam
Turet meriam adalah menara bersenjata yang melindungi anak kapal atau mekanisme senjata tembakan peluru dan pada masa yang sama membolehkan senjata membidik dan menembak dalam pelbagai arah. Turet ini juga merupakan platform senjata berputar. Platform ini boleh dipasang pada sebuah bangunan berkubu atau struktur seperti Meriam darat anti tentera laut, atau di atas kenderaan tempur, kapal perang, atau pesawat tentera.
Turet boleh dipersenjatai dengan satu atau lebih mesingan, meriam automatik, senjata api berkaliber besar, atau pelancar peluru berpandu. Ia boleh dikendalikan atau dikawal jauh, dan sering berperisai.
Turet kecil pada turet yang lebih besar, dipanggil kupola. Istilah kupola juga digunakan untuk turet berputar yang membawa peranti penglihatan bukan senjata, seperti yang digunakan oleh komander kereta kebal. Finial ialah sub turet yang sangat kecil atau sub-sub-turet dipasang pada turet kupola.[a]
Perlindungan yang disediakan oleh turet berkenaan ialah untuk mengelak kerosakan pertempuran, atau terhadap keadaan cuaca dan persekitaran umum di mana senjata atau anak-anak kapal akan beroperasi. Istilah ini berasal dari kata nama menara kecil yang sudah ada perlindungan yang terletak di atas sebuah perkubuan atau tembok pertahanan, berbanding dengan binaan terus dari tanah, di mana ia merupakan sebuah menara.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ In architecture, a cupola is a small, most often dome-like, structure on top of a building, so although it is often used to describe a sub-turret such as commander's sub-turret on a tank turret, if a gun turret is mounted on a vessel or above a bunker and is dome shaped it too may be referred to as a cupola in some sources.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Turet meriam |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Turet meriam |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Turet meriam |
- Air Gunnery November 1943 Popular Science article on aircraft turrets
- Flight article on aircraft gun turrets amongst others
- Lone Sentry's Bendix B-17 chin turret manual and details