Bahasa-bahasa Iran
Bahasa-bahasa Iran | |
---|---|
Etnik: | Bangsa Iran |
Taburan geografi: | Asia Barat Daya, Kaukasus, Eropah Timur, Asia Tengah dan bahagian barat Asia Selatan |
Klasifikasi bahasa: | Indo-Eropah
|
Bahasa-proto: | Proto-Iran |
Pembahagian: | |
ISO 639-5: | ira |
Linguasphere: | 58= (phylozone) |
Glottolog: | iran1269[1] |
Negara dan kawasan bahasa-bahasa Iran dituturkan |
Bahasa-bahasa Iran ialah cabang daripada bahasa-bahasa Indo-Iran yang merupakan sebahagian bahasa-bahasa Indo-Eropah. Para penutur bahasa-bahasa Iran sering disebut sebagai Bangsa Iran. Bahasa ini dibahagi dalam tiga tahap sejarah - bahasa Iran Kuno (hingga 400 SM), bahasa Iran pertengahan (400 SM - 900 M) dan Iran Baru (sejak 900 M). Bahasa Iran Kuno meliputi bahasa Parsi Kuno dan Bahasa Avesta. Bahasa pertengahan pula meliputi bahasa Parsi Pertengahan, Parthia dan Baktria.
Pada 2008, diperkirakan ada sekitar 150-200 juta orang penutur bahasa ibunda Iran.[2] Ethnologue mengesahkan ada 86 bahasa yang termasuk dalam kelompok ini,[3][4] dengan bahasa-bahasa dengan jumlah penutur terbanyak termasuk Bahasa Parsi, Pashtun, Kurdi dan Balochi.[5]
Tahap sejarah
[sunting | sunting sumber]Iran Kuno
[sunting | sunting sumber]Kepelbagaian bahasa-bahasa Iran Pertengahan menunjukkan bahawa kepelbagaian bahasa telah ada dalam kalangan penutur terdahulu. Daripada bahasa dan dialek tersebut, hanya tiga bukti langsung secara tertulis yang dapat ditemukan, iaitu:
- Bahasa Avesta, bahasa kitab Avesta dan bahasa liturgis Zoroastrianisme.
- Bahasa Media, bahasa yang dituturkan oleh bangsa Mede.
- Bahasa Parsi Kuno, bahasa asli orang Iran barat daya.[6]
Iran Pertengahan
[sunting | sunting sumber]"Bahasa Iran Pertengahan" dalam sejarah bahasa Iran dinilai bermula pada abad keempat SM hingga abad kesembilan Masihi. Secara linguistik, bahasa-bahasa Iran Pertengahan dikelompokkan kepada dua kumpulan: bahasa-bahasa Iran Barat dan bahasa-bahasa Iran Timur.
Kelompok Barat termasuk bahasa Parthia dan bahasa Parsi Pertengahan sementara bahasa Baktria, Sogdiana, Khwarezmia, Saka dan bahasa Ossetia Lama (Skithia-Sarmatia) tergolong dalam kelompok Timur. Kedua-dua bahasa dalam rumpun Barat memiliki perkaitan linguistik yang rapat. Pada aspek lain, kelompok Timur ialah sebuah kelompok geografi yang memiliki persamaan dengan bahasa Avesta. Bahasa-bahasa Timur banyak ditulis dengan aksara keturunan abjad Aram yang berkembang daripada aksara Aram dalam Wangsa Achaemenid. Bahasa Baktria merupakan pengecualian; bahasa ini ditulis menggunakan abjad Yunani.
Bahasa Persia Pertengahan (Pahlavi) merupakan bahasa rasmi Empayar Sasan di Iran. Bahasa Parsi Pertengahan digunakan dari abad ketig Masihi hingga awal abad ke-10. Bahasa Parsi Pertengahan, Parthia, dan Sogdiana juga digunakan sebagai bahasa tulisan dalam Maniisme.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Iranian". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
- ^ Windfuhr, Gernot. The Iranian languages. Routledge Taylor and Francis Group.
- ^ "Ethnologue report for Iranian". Ethnologue.com.
- ^ Gordon, Raymond G., Jr. (ed.) (2005). "Report for Iranian languages". Ethnologue: Languages of the World (ed. Fifteenth). Dallas: SIL International.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ Cardona, George. "Indo-Iranian languages". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 28 August 2018.
- ^ Roland G. Kent: "Old Persion: Grammar Texts Lexicon". Part I, Chapter I: The Linguistic Setting of Old Persian. American Oriental Society, 1953.
- ^ Mary Boyce. 1975. A Reader in Manichaean Middle Persian and Parthian, p. 14.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Society for Iranian Linguistics