Bahamas
Koordinat: 25°4′N 77°20′W / 25.067°N 77.333°W
Komanwel Bahamas کومنويل باهامس Commonwealth of The Bahamas (bahasa Inggeris) | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Forward Upward Onward Together Mara Ke Hadapan Bersama-sama (terjemahan) | |||||
Lagu kebangsaan: March On, Bahamaland (Berarak Terus, Tanah Bahama) Lagu diraja: God Save the King (Tuhan Selamatkan Raja) | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Nassau | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris | ||||
Kerajaan | Komanwel | ||||
• Monarki | Charles III | ||||
Sir Cornelius A. Smith | |||||
Philip Davis | |||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Senat | |||||
Dewan Perhimpunan | |||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada United Kingdom | 10 Julai 1973 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 13,878 km2 (5,358 bt2) (ke-155) | ||||
28% | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2022 | 400,516 (ke-177) | ||||
• Bancian Penduduk 2018 | 385,637 | ||||
25.21/km2 (65.3/sq mi) (ke-181) | |||||
KDNK (PPP) | 2022 | ||||
• Jumlah | $16.130 bilion[1] (ke-148) | ||||
$40,274[1] (ke-40) | |||||
KDNK (nominal) | 2022 | ||||
• Jumlah | $12.803 bilion[1] (ke-130) | ||||
$32,077[1] (ke-26) | |||||
Mata wang | Dolar Bahamas (BSD) Dolar Amerika Syarikat (USD) | ||||
Zon waktu | UTC−5 (EST) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC−4 (EDT) | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | 1-242 | ||||
Kod ISO 3166 | BS | ||||
DPT internet | .bs |
Bahamas, secara rasminya Komanwel Bahamas (bahasa Inggeris: Commonwealth of the Bahamas ) merupakan sebuah negara yang terletak dalam Kepulauan Lucayan di rantau Hindia Barat di Lautan Atlantik. Ia terdiri daripada 97% keluasan tanah Kepulauan Lucayan dan dihuni oleh 88% penduduk kepulauan tersebut. Ibu Negara Bahamas ialah Nassau yang terletak di Pulau New Providence.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum kedatangan penjajah, Orang Taino berpindah masuk ke pulau-pulau selatan yang tiada penduduk dari Amerika Selatan melalui Hispaniola dan Cuba pada 1000 Tahun Masihi dan dikenali sebagai Orang Lucayan.[2] Semasa ketibaan Christopher Colombus di San Savador pada tahun 1492, sekitar 30,000 Orang Lucayan menduduki Kepulauan Bahamas.[3] Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494 yang membahagikan wilayah-wilayah baharu di kalangan Kerajaan Kastilla dan Kerajaan Portugal, meletakkan Kepulauan Bahamas dalam lingkungan Sepanyol. Pihak Sepanyol kemudiannya menghantar orang Lucayan ke Hispaniola untuk dijadikan hamba, dan sebahagian besar Kepulauan Bahamas menjadi sunyi dari tahun 1513 hingga tahun 1648 disebabkan hampir kesemua orang asli Bahamas dipindahkan secara paksaan melalui penghambaan atau mati disebabkan penyakit yang dibawa oleh orang Eropah ke pulau tersebut. Bahamas menjadi Jajahan Mahkota British pada tahun 1718 dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1973.
Kerajaan dan politik
[sunting | sunting sumber]Bahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]31 daerah di Bahamas ditadbir oleh kerajaan tempatan masing-masing, manakala New Providence yang mengandungi lebih daripada 70 peratus daripada seluruh penduduk di Bahamas ditadbir secara terus oleh kerajaan pusat.[4]
- Acklins
- Kepulauan Berry
- Bimini
- Black Point, Exuma
- Pulau Cat
- Abaco Tengah
- Andros Tengah
- Eleuthera Tengah
- Freeport, Grand Bahama
- Pulau Crooked
- Grand Bahama Timur
- Exuma
- Grand Cay, Abaco
- Pulau Harbour, Eleuthera
- Hope Town, Abaco
- Inagua
- Pulau Long
- Mangrove Cay, Andros
- Mayaguana
- Pulau Moore, Abaco
- Abaco Utara
- Andros Utara
- Eleuthera Utara
- Pulau Ragged
- Rum Cay
- San Salvador
- Abaco Selatan
- Andros Selatan
- Eleuthera Selatan
- Spanish Wells, Eleuthera
- Grand Bahama Barat
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "World Economic Outlook Database, April 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2019. Dicapai pada 25 April 2019.
- ^ "Encyclopedia Britannica – The Bahamas". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2021. Dicapai pada 22 July 2019.
- ^ Keegan, William F. (1992). The people who discovered Columbus: the prehistory of the Bahamas. Jay I. Kislak Reference Collection (Library of Congress). Gainesville: University Press of Florida. m/s. 25, 54–8, 86, 170–3. ISBN 0-8130-1137-X. OCLC 25317702.
- ^ "Bahama Island Information". www.bahamaislands.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2021. Dicapai pada 4 February 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Bahamas Diarkibkan 2008-04-08 di Wayback Machine
- Kembali ke Daftar negara
- Gua Dasar Laut Di Bahamas Diarkibkan 2011-08-05 di Wayback Machine