Attila
Attila | |
---|---|
Pemerintah Empayar Hunnik | |
Pemerintahan | 434–453 |
Keputeraan | Tidak diketahui |
Mangkat | 453 |
Dimakamkan | Tidak diketahui |
Pendahulu | Bleda dan Rugila |
Pengganti | Ellac |
Pasangan | Kreka |
Ayahanda | Mundzuk |
Agama | Tidak diketahui |
Attila Si Hun (Ic. Atle, Atli; Ge. Etzel; c. 406–453) merupakan raja Hun terakhir dan paling berkuasa di Eropah. Dia memerintah empayar terbesar di Eropah ketika itu, bermula dari tahun 434 sehingga kematiannya. Empayarnya mengunjur dari Eropah Tengah ke Laut Hitam dan dari Sungai Danube ke Laut Baltik. Semasa pemerintahannya, dia merupakan musuh ketat bagi Empayar Rom Timur dan Barat: dia menceroboh Balkan sebanyak dua kali dan bertindak mengepung Constantinople ketika pencerobohan kali kedua. Dia memasuki Perancis sehingga Orleans sebelum diundurkan dalam Pertempuran Chalons; dan dia mengusir maharaja Rom Barat Valentinian III dari ibu negerinya di Ravenna pada tahun 452.
Walaupun empayarnya berkubur selepas kematiannya, dan dia tidak meninggalkan apa-apa warisan, dia kekal sebagai legenda dalam sejarah Eropah. Di kebanyakan negara Eropah Barat, dia diingati sebagai kemuncak kerakusan dan kekejaman. Sesetengah ahli sejarah menonjolkannya sebagai raja agung yang bangsawan, dan dia memainkan peranan penting sebagai salah satu dalam tiga saga Norse.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]- Rencana utama: Hun
Hun Eropah kebarangkaliannya merupakan perkembangan Xiongnu (匈奴; Xiōngnú), ke arah barat, sekumpulan kaum nomad proto-Mongolia atau proto-Turki dari timur laut China dan Asia Tengah. Mereka mencapai kelebihan ketenteraan menumpaskan musuh mereka (kebanyakannya bertamadun dan mempunyai kebudayaan tinggi) melalui kesediaan untuk bertempur, kemampuan untuk bergerak dengan kepantasan yang mengkagumkan, dan senjata seperti busar Hun.
Perkongsian raja
[sunting | sunting sumber]Menjelang 432, Hun bersatu di bawah Rua. Pada tahun 434, Rua meninggal dunia, meninggalkan anak saudaranya Attila dan Bleda, anak kepada saudara lelakinya Mundzuk, bagi mengawal persekutuan suku-kaum Hun. Pada ketika penabalan mereka, kaum Hun sedang berunding dengan wakil Theodosius II mengenai pemulangan beberapa kaum yang berpaling tadah yang mencari perlindungan di Empayar Byzantine.
Pada tahun berikutnya, Attila dan Bleda bertemu dengan wakil maharaja di Margus (masa kini Požarevac) dan kesemua mereka duduk di belakang kuda menurut adat kaum Hun, berunding perjanjian yang berjaya: orang Rom bersetuju untuk memulangkan kaum pelarian (yang merupakan bantuan diperlukan bagi menentang Vandal), tetapi juga mengandakan hantaran 350 paun Rom (sekitar. 114.5 kg) emas dahulu, membuka pasar mereka kepada pedagang Hun, dan membayar tebusan lapan siling solidus bagi setiap orang tahanan Rom yang ada di tangan puak Hun. Puak Hun, berpuas hati dengan perjanjian tersebut, beredar dari empayar dan bergerak ke tengah benua, kebarangkalinya untuk mengukuhkan dan memperkuat empayar mereka. Theodosius menggunakan peluang ini bagi mengukuhkan dinding Constantinople, membina dinding laut bandar Constantinople yang pertama, dan membina pertahanan sempadan sepanjang Danube.
Berpuas hati buat seketika, raja-raja Hun berundur ke pedalaman empayar mereka. Menurut Jordanes (menurut Priscus), tidak lama semasa keamanan selepas pengunduran Hun dari Byzantium (kebarangkaliannya sekitar 445), Bleda meninggal dunia, dan Attila menduduki takhta seorang diri. Terdapat perdebatan di kalangan pakar sejarah mengenai sama ada Attila membunuh saudaranya, atau sama ada Bleda meninggal disebabkan lantaran lain. Apa-apa pun, Attila sekarang merupakan ketua yang tidak dipertikaikan bagi puak Hun, dan dia kembali memberi perhatiannya ke arah bahagian timur empayarnya.
Pemerintah tunggal
[sunting | sunting sumber]Constantinople menghadapi bencana alam dan bencana perbuatan manusia utama dalam tahun-tahun berikut selepas pemergian Hun: rusuhan berdarah antara puak pelumba bagi Hippodrome; wabak pada tahun 445 dan 446 yang kedua berlaku selepas kebuluran; dan gempa bumi yang berturut-turut selama 4 bulan yang meruntuhkan kebanyakan dinding pertahanan dan membunuh beribu-ribu orang, menyebabkan wabak. Yang terakhir berlaku pada tahun 447, sejurus selepas Attila ketika mengukuhkan kuasanya, sekali lagi menunggang ke selatan ke empayar menerusi Moesia. Tentera Rom, bawah pimpinan Gothik magister militum Arnegisclus, berhadapan dengannya di sungai Vid dan dikalahkan—tetapi berjaya mengakibatkan kerugian teruk. Puak Hun bebas tanpa tentangan dan merompak seluruh Balkan sejauh Thermopylae; Constantinople sendiri diselamatkan dengan campur tangan prefect Flavius Constantinus, yang mengatur warganegaranya untuk membaiki dinding yang dirosakkan oleh gempa bumi (dan di sesetengah bahagian, untuk membina dinding pertahanan baru di hadapan dinding lama). Keterangan mengenai pencerobohan ini terselamat:
- "Negara liar (barbarian) Hun, yang berada di Thrace, menjadi begitu kukuh sehinggakan lebih seratus bandar ditawan dan Constantinople hampir terjerumus dalam kecelakaan dan ramai yang lari darinya. . . . Dan terdapat begitu banyak pembunuhan dan pertumpahan darah sehingga mereka yang terkorban tidak terkira. Begitulah, lantaran mereka menawan gereja dan biara dan membunuh rahib-rahib dan perawan dalam jumlah yang besar."
Attila meminta, sebagai syarat perdamaian, bahawa pihak Rom terus membayar hantaran dalam bentuk emas—dan meninggalkan jalur tanah sepanjang tiga ratus batu di barat Sigindunum (Belgrade) dan sehingga seratus batu selatan Danube. Perbincangan berterusan antara Rom dan Hun selama tiga tahun. Sejarahwan Priscus dihantar sebagai wakil ke perkhemahan Attila pada tahun 448, dan serpihan laporannya yang dikekalkan oleh Jordanes memberikan sekilas pandang mengenai Attila antara isteri-isterinya yang ramai, pelawak Saka, dan badut Moor, kelihatan tenang dan tidak berhias di tengah-tengah kemegahan golongan istana:
- "Hidangan mewah, dihidangkan dalam pinggan perak, disediakan untuk kami dan para jemputan gasar, tetapi Attila tidak makan selain daging atas bekas kayu (trencher). Dalam semua hal, dia terbukti sederhana; cawannya daripada kayu, sementara para hadiran diberikan gelas berkaki (goblets) emas dan perak. Pakaiannya, juga, ringkas, hanya memerlukan yang bersih. Pedang yang dibawanya di pinggannya, ikatan pada kasut Sakanya, tali kelangkang kudanya tidak dihias, seperti Saka lain, dengan emas permata atau barangan berharga...Lantai bilik dihampar dengan hamparan bulu untuk dipijak,"
Semasa tiga tahun itu, menurut legenda ditulis oleh Jordanes, Attila mendapat "Pedang Marikh (Sword of Mars)":
- ahli sejarah Priscus mengatakan ia dijumpai dalam keadaan berikut: "Apabila pengembala tertentu melihat salah seekor anak lembu (heifer) dalam kawanannya tempang dan tidak dapat mencari punca luka ini, dia dengan resah mengikut jejak darah dan akhirnya dia berjumpa dengan pedang yang terpijak ketika meragut rumput. Penggembala tersebut menggali dan membawanya terus kepada Attila. Attila amat gembira dengan hadiah ini, dan bercita-cita tinggi, memikirkan dia telah dipilih sebagai pemerintah dunia, dan dengan pedang Marikh kejayaannya dalam segala pertempuran sudah terjamin.
- — Jordanes[1]
Para ahli sejarah yang terkemudian mengenal pasti legenda ini sebagai pola penyembahan pedang yang biasa di kalangan kaum nomad di kawasan steppe Asia Tengah.
Attila di barat
[sunting | sunting sumber]Sehingga akhir 450, Attila telah mengumumkan niatnya untuk menyerang kerajaan Visigoth di Toulouse yang berkuasa dengan persekutuan dengan Maharaja Valentinian III. Dia sebelumnya berada dalam perhubungan baik dengan pemerintah mutlak Empayar baratnya (de facto) Flavius Aetius. Aetius telah menghabiskan buangan sementara di kalangan Hun pada tahun 433, dan tentera yang dibekalkan oleh Attila bagi menentang Goth dan Bagaudae telah mendapatkan baginya gelaran kehormat magister militum di barat. Hadiah dan usaha diplomatik oleh Geiseric, yang menentang dan takutkan Visigoth, barangkali juga mempengaruhi rancangan Attila.
Bagaimanapun saudara perempuan Valentinian, Honoria, dalam usaha mengelakkan pertunangan paksa dengan seorang senator, telah menghantar utusan —dan cincinnya bagi merayu bantuan daripada raja Hun; pada musim bunga 450. Walaupun Honoria mungkin tidak bermaksud lamaran untuk perkahwinan, Attila memilih untuk mentafsir perutusannya sebegitu; dia menerima, meminta separuh daripada Empayar barat sebagai mas kahwin. Apabila Valentinian mengetahui rancangan tersebut, hanya pengaruh ibunya Galla Placidia menyakinkannya untuk menyingkir, bukannya membunuh, Honoria; dia juga menulis surat kepada Attila membantah dengan tegas mengenai sahnya cadangan perkahwinan itu. Attila, tidak yakin, menghantar perwakilan ke Ravenna untuk mengumumkan Honoria tidak bersalah, dan lamaran tersebut adalah sah, dan dia akan datang untuk mendapatkan kepunyaannya.
Sementara itu, Theodosius meninggal dalam kejadian menunggang, penggantinya Marcian membatalkan hantaran Hunspada akhir 450; dan pencerobohan berulang, oleh Huns dan yang lain, meninggalkan Balkans tiada apa untuk dirompak. Raja Salian Frank telah meninggal, dan perebutan takhta antara diua anaknya menimbulkan jurang antara Attila dan Aetius: Attila menyokong anak sulong, sementara Aetius menyokong siadik. J.B. Bury percaya bahawa tujuan Attila, ketika dia bergerak ke arah barat, adalah untuk mengembangkan empayarnya—yang sudahpun merupakan yang paling kuat di benua—menyeberang Gaul ke persisiran Lautan Atlantik2. Pada masa Attila mengumpulkan penyokong-penyokongnya—Gepid, Ostrogoth, Rugian, Scirian, Herul, Thuringian, Alan, Burgundian, dll. al.—dan mula bergerak ke barat, dia telahpun mengistiharkan niatnya untuk mendirikan perikatan dengan kedua-dua Visigoth dan dan Rom.
Pada tahun 451, dia tiba di Belgica dengan tentera yang dilapurkan oleh Jordanes sebagai berjumlah setengah juta dan menunjukkan hasrat sebenarnya. Pada 7 April, dia menawan Metz, dan Aetius bergerak untuk menghalangnya, mengumpul tentera di kalangan puak Frank, Burgundy, dan Celt. Misi oleh Avitus, dan pergerakan berterusan Attila kearah barat, menyakinkan raja Visigoth, Theodoric I (Theodorid) untuk bersekutu dengan Rom. Gabungan kedua tentera sampai di Orleans sebelum Attila3, dengan itu menghalang dan mengundurkan kemaraan orang-orang Hun. Aetius mengejar dan bertembung dengan puak Hun ditempat yang biasanya dijangkakan berhampiran dengan Châlons-en-Champagne. Kedua tentera bertempur dalam Pertempuran Chalons, yang berakhir dengan kemenangan bagi perikatan Roman-Gothik, walaupun Theodoric terbunuh dalam pertempuran. Attila berundur dibelakang sempadan, dan persekutuan itu dengan cepatnya bubar.
Penjajahan Itali dan kematiannya
[sunting | sunting sumber]Attila kembali pada tahun 452 untuk menuntut kembali perkahwinan Honoria, menjajah dan memusnahkan Itali sepanjang jalan; tenteranya merompak banyak bandar dan meratakan Aquileia sepenuhnya, tidak meninggalkan apa-apa kesan yang tinggal. Valentinian berundur dari Ravenna ke Rome; Aetius kekal di lapangan tetapi tiada kekuatan untuk bertempur. Attila akhirnya berhenti di Po, di mana dia bertemu dengan duta termasuk (prefect) Trigetius, konsul Aviennus, dan Paus Leo I. Selepas perjumpaan tersebut mengundurkan tenteranya kembali, tanpa menuntut samaada perkahwinan Honoria maupun jajahan yang diingininya.
Beberapa penjelasan mengenai tindakannya telah diajukan. Wabak dan kebuluran yang serentak dengan penjajahannya mungkin melemahkan tenteranya, atau tentera yang dihantar Marcian menyeberangi sungai Danube mungkin memberikannya sebab untuk berundur, atau mungkin kedua-duanya. Priscus melapurkan bahawa bimbang dengan kepercayaan karut mengenai nasib yang menimpa Alaric—yang mati tidak lama selepas merompak Rom pada tahun 410—menyebabkan raja Hun was-was.
Walau apapun sebabnya, Attila meninggalkan Itali dan kembali ke istananya diseberang Danube. Di sana dia merancang untuk menyerang Constantinople sekali lagi dan menuntuk hantaran yang dibatalkan oleh Marcian. Bagaimanapun, dia mati pada awal 453; maklumat semasa (conventional account), dari Priscus, menyatakan bahawa pada malam semasa menyambut perkahwinan terbarunya (dengan Goth bernama Ildico), dia mendapat pendarahan hidung yang teruk dan sesak sehingga mati. Pahlawannya, apabila menyedari kematiannya, meratapinya dengan memotong rambut mereka dan mengelar diri mereka dengan pedang agar, menurut Jordanes, "pahlawan teragung tidak sepatutnya diratapi dengan ratapan wanita dan air mata, tetapi dengan darah lelaki." Attila dikebumikan dalam keranda tiga lapis —dari emas, perak, dan besi—dengan rampasan perang, dan ahli pengkebumiannya dibunuh untuk merahsiakan tempat penkebumiannya. Selepas kematiannya, dia kekal sebagai watak legenda: watak Etzel dalam Nibelungenlied dan Atli dalam kedua saga Volsunga dan Poetic Edda secara kasarnya berdasarkan kehidupannya.
Anak-anak Attila, Ellak (waris dilantik), Dengizik, dan Ernak bergaduh merebut warisannya dan, berpecah, dikalahkan dan disingkir bertebaran pada tahun berikutnya dalam Pertempuran Nedao. Empayar Attila tidak kekal selepasnya.
Gambaran, perwatakan dan nama
[sunting | sunting sumber]Sumber utama bagi maklumat mengenai Attila adalah Priscus, sejarahwan yang mengembara bersama Maximin sebagai duta dari Theodosius II pada tahun 448. Dia menggambarkan kampung yang dibina dan diduduki oleh orang Huns nomad sebagai bersaiz bandar besar dengan dinding kayu kukuh. Dia menggambarkan Attila sendiri sebagai:
- "rendah, dengan dada bidang dan berkepala besar; matanya kecil, janggutnya nipis dan beruban; dan berhidung kemik dan berkulit gelap menunjukkan asal-usulnya."
Penampilan fizikal Attila kemungkinan besar seperti jenis Asia Timur atau Mongolia, atau kemungkinannya campuran jenis ini dan orang Turki Asia tengah. Malah, dia kemungkinannya menunjukkan ciri-ciri Asia Timur yang tidak biasa dilihat oleh orang Eropah dengan itu mereka sering menggambarkannya dengan istilah teruk.
Attila dikenali dalam sejarah dan tradisi Barat sebagai Penghukum Tuhan - "Scourge of God", dan namanya menjadi lambang bagi kekejaman dan kekasaran - (barbarisme). Sesetengah daripada ini mungkin muncul daripada gabungan sifat-sifatnya, dalam imaginasi terkenal, dengan mereka yang dianggap dalam panglima perang padang rumput kemudiannya seperti Mongol Genghis Khan dan Tamerlane: kesemuanya dicampur sebagai kejam, bijak, dan peminat perperangan dan merompak. Perwatakan sebenarnya mungkin lebih rumit. Puak Hun zaman Attila telah bergaul dengan tamadun Rom agak lama, sebahagian besarnya melalui foederati Jerman disempadan—dengan itu ketika duta Theodosius pada tahun 448, Priscus mampu mengenalpasti bahasa Hunnik, bahasa Gothik, dan Latin sebagai tiga bahasa utama puak Hun. Priscus juga mengisahkan pertemuannya dengan tawanan Rom timur yang begitu diserap kedalam cara hidup puak Hun sehinggakan dia tidak lagi ingin kembali ke negara asalnya, dan gambaran sejarahwan Byzantine mengenai kehidupan ringkas dan rendah diri Attila jelas menunjukkan kekagumannya.
Konteks sejarah kehidupan Attila memainkan peranan besar dalam membentuk imejnya: dipenghujung tahun terakhir Empayar barat, pergeserannya dengan Aetius (sering kali dikenali sebagai "Rom terakhir") dan kelainan kebudayaannya kedua-dua membantu meletakkan dia sebagai orang gasar yang ganas dan musuh peradapan, sebagaimana sering digambarkan dalam pelbagai rilem dan kerja seni lain. Epik Jerman yang memaparkan Attila memberikan gambaran yang lebih seimbang: dia merupakan rakan yang bangsawan dan pemurah, seperti Etzel dalam Nibelungenlied, dan sebagai seorang yang bakhil yang kejam (cruel miser), seperti Atli dalam Volsunga Saga dan Poetic Edda. Sungguhpun begitu, sejarah negara tertentu, sentiasa menggambarkannya sebagai bagus; di Hungary dan Turki nama Attila (kadang kala sebagai Attila dalam bahasa Turki) dan isteri terakhirnya Ildikó kekal masyhur sehingga ke hari ini. Selaras juga, novel penulis Hungari, Geza Gardonyi, A Lathatatlan Ember (diterbitkan dalam bahasa Inggeris sebagai Slave of the Huns, dan sebahagian besarnya berasaskan kepada Priscus) menggambarkan gambaran bersimpati Attila sebagai pemimpin bijak yang disayangi.
Nama Attila mungkin bererti "Bapa Kecil - Little Father" dalam Gothic (atta "bapa" campur ringkasan suffix -la) sebagaimana diketahui ramai Goths berkhidmat dengan Attila. Ia mungkin juga bahasa Turki awal (bahasa Altaik) (kemungkinan mempunyai persamaan dengan Atatürk dan Alma-Ata, sekarang dikenali sebagai Almaty). Ia kemungkinannya berasal daripada atta ("bapa") dan il ("tanah"), bererti "Bapa-Tanah". Atil juga merupakan nama Altaik bagi sungai Volga masa kini yang barangkali ialah asal nama Attila.
Nota
[sunting | sunting sumber]- Anak mudanya mungkin merupakan Merovech, pengasas zuriat Merovingian, walaupun sumber—Gregory of Tours dan senarai kemudian daripada Pertempuran Chalons—tidak mutlak.
- J.B. Bury, The Invasion of Europe by the Barbarians, kuliah IX (e-text)
- Gambaran kemudian mengenai pertempuran meletakkan puak Hun sama ada telahpun berada dalam bandar atau sedang menyerang apabila tentera Rom-Visigoth sampai; Jordanes tidak menyebut mengenai perkara tersebut.
- Marcellinus Comes, Chronicon (e-text), dipetik dari Hector Munro Chadwick: The Heroic Age (London, Cambridge University Press, 1926), p. 39 n. 1.
- Volsunga Saga, Chapter 39 Diarkibkan 2006-08-21 di Wayback Machine
- Poetic Edda, Atlamol En Grönlenzku, The Greenland Ballad of Atli
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ , The Origin and Deeds of the Goths ch. V (e-text) Diarkibkan 2013-02-16 di Wayback Machine
Teks klasik termasuk:
- Priscus: Byzantine History, dalam bahasa Yunani dari Ludwig Dindorf : Historici Graeci Minores (Leipzig, B.G. Teubner, 1870) terjemahan oleh J.B. Bury, boleh didapati di laman: Priscus at the court of Attila Diarkibkan 2001-02-04 di Wayback Machine
- Jordanes: The Origin and Deeds of the Goths
Penulisan moden dicadangkan adalah:
- Blockley, R.C.: The Fragmentary Classicising Historians of the Later Roman Empayar, vol. II (ISBN 0-905205-15-4) (kumpulan serpihan daripada Priscus, Olympiodorus, dan lain-lain, dengan teks asal dan terjemahan)
- C.D. Gordon: The Age of Attila: Fifth-century Byzantium and the Barbarians (Ann Arbor, University of Michigan Press, 1960) ialah koleksi terjemahan, dengan ulasan dan anotasi, tulisan purba mengenai subjek itu (termasuk yang Priscus).
- J. Otto Maenchen-Helfen (ed. Max Knight): The World of the Huns: Studies in Their History and Culture (Berkeley, University of California Press, 1973)
- E. A. Thompson : A History of Attila and the Huns (London, Oxford University Press, 1948) ialah karya Inggeris yang berwibawa mengenai subjek tersebut. Ia dicetak semula pada tahun 1999 sebagai The Huns dalam siri Peoples of Europe (ISBN 0-631-21443-7). Thompson tidak memasukkan kontroversi mengenai asal usul Hunnic, dan pandangan revisionisnya tentang Attila membaca kemenangannya sebagai yang dicapai hanya sementara tiada tentangan bersepadu.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Potret Attila the Hun yang telah dibina semula oleh Marco Bakker: Reportret: Attila the Hun.
- Priscus dari Panium: serpihan daripada Kedutaan kepada Attila