Pergi ke kandungan

Aquaman (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aquaman
PengarahJames Wan
Lakon layar
Cerita oleh
BerdasarkanAquaman oleh
Paul Norris
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiDon Burgess
Disunting olehKirk Morri
Muzik olehRupert Gregson-Williams
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWarner Bros. Entertainment
Tarikh tayangan
Masa tayangan
143 minit[3]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$160–200 juta[4][5]
Pecah panggung$1.148 billion[6]

Aquaman adalah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat tahun 2018 arahan James Wan dan diedarkan oleh Warner Bros. Entertainment. Ia berdasarkan watak senama daripada terbitan DC Comics serta merupakan filem keenam dalam francais sinema DC Extended Universe (DCEU). Filem ini disutradarai oleh David Leslie, Johnson-McGoldrick dan Will Beall berdasarkan kisah yang ditulis oleh Geoff Johns, Wan dan Beall; ia dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama serta diiringi Amber Heard, Willem Dafoe, Patrick Wilson, Dolph Lundgren, Yahya Abdul-Mateen II dan Nicole Kidman. Ini adalah filem ketiga yang menampilkan Aquaman selepas Batman v Superman: Dawn of Justice (2016) dan Justice League (2017). Dalam filem itu, Aquaman mengetahui bahawa dia adalah pewaris sah kepada kerajaan Atlantis di bawah air dan harus maju ke hadapan untuk memimpin rakyatnya berbanding dengan adiknya, Orm, yang berhasrat untuk menyatukan tujuh kerajaan bawah laut dan membentuk Ocean Master bagi melawan penduduk dunia di atas air.

Perancangan filem Aquaman bermula pada tahun 2004 tetapi ia berlanjutan sehingga bulan Ogos 2014, Beall dan Kurt Johnstad telah diupah untuk menulis dua skrip dan dipilih selepas diumumkan secara rasmi pada Oktober 2014. James Wan menandatangani kontrak sebagai pengarah pada April 2015 dan pada Julai 2016 diumumkan bahawa filem itu akan bergerak ke hadapan dengan lakon layar oleh Beall, walaupun Wan, Johnstad, Johns dan Johnson-McGoldrick semua melakukan penulis skrip bersama. Pelakon utama disahkan menjelang 2016 dan awal tahun 2017. Fotografi utama bermula di Australia pada 2 Mei 2017. Kebanyakan filem ditembak di Village Roadshow Studios di Gold Coast, Queensland (dengan adegan penembak meriam ditembak di kampung pesisir New South Wales dari Hastings Point), dengan beberapa sesi pengambaran juga diadakan di beberapa lokasi seperti di Kanada, Itali dan Maghribi. Penggambaran disahkan berakhir pada 21 Oktober 2017.

Filem ini ditayangkan pertama kali di London pada 26 November 2018, dan dikeluarkan secara sah di Amerika Syarikat dalam format Real D 3D, Dolby Cinema, IMAX dan IMAX 3D pada 21 Disember 2018. Filem ini menyumbang lebih dari $1.1 bilion hasil kutipan di seluruh dunia, dan menjadikan ia filem yang mendapat keuntungan tertinggi - filem DCEU serta filem paling laris berdasarkan komik DC Comics, melampaui The Dark Knight Rises; ia juga merupakan filem kelima paling laris pada tahun 2018 dan ke-20 tertinggi sepanjang masa. Ia mendapat pujian dari para pengkritik seoerti kesan bunyi yang mencabar dan arahan yang mantap di bawah Wan tetapi menerima kritikan dari aspek dialog, masa keseluruhan tayangan dan plot penceritaan yang agak rumit untuk difahami dengan lebih mudah. Sekuel Aquama akan ditetapkan untuk dikeluarkan secara rasmi pada 16 Disember 2022, dan filem spin-off, The Trench, juga masih di dalam perbincangan dan pembangunan.

Mengisahkan Thomas Curry menjumpai seorang wanita yang terdampar ditepi pantai berhampiran rumah api yang dijaganya. Dia membantu dan akhirnya mengetahui bahawa wanita tersebut merupakan seorang puteri dari sebuah kerajaan di dalam laut iaitu Kerajaan Atlantis. Mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki dan dinamakan sebagai Arthur Curry. Tetapi, jejak Atlanna sering diekori oleh para askar kerajaan Atlantis untuk membunuhnya ekoran penderhakaannya selepas melarikan diri dari perkahwinan diraja tersebut. Atlanna mengambil kepurusan untuk melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa Thomas dan Arthur.

Sejak dari kecil, Arthur sudah pun mengenali Vulko, seorang wazir kerajaan Atlantis yang sering naik ke darat dan banyak mengajar tentang sifat adiwira yang dimilikinya serta selok belok kehidupan di dalam laut. Vulko menceritakan bahawa ibunya telah dikorbankan ke puak Trench ekoran penderhakaan yang pernah dilakukan dahulu. Dua puluh tahun kemudian, Arthur sudah menginjak ke alam dewasa. Dia banyak menjadi pelindung masyarakat sama ada di darat dan di lautan terutamanya ketika menyelamatkan manusia untuk menewaskan Steppenwolf (rujuk plot Justice League (filem)) tetapi ia menjadi tanda tanya oleh segelintir masyarkat Atlantis ekoran kehadirannya tidak diundang serta tidak diiktiraf kerana berdarah separuh manusia-Atlantis (half breed). Arthur sedar bahawa dia bukan sebahagian dari penduduk Atlantis dan tidak mahukan dirinya untuk menjadi raja di sana.

Pesaing untuk merebut jawatan tersebut ialah adik tirinya, Orm Marius. Orm Marius masih gagal untuk ditabalkan menjadi raja menggantikan ayahandanya, Raja Atlan yang telah mangkat. Syarat untuk menjadi Raja Atlantis, seseorang itu perlulah mendapat sekurang-kurangnya kesetiaan dari 4 buah kerajaan di dalam laut baharulah Raja Atlantis itu ditabalkan sebagai Ocean Master yang baharu. Orm berhasrat untuk bermusuhan dengan penduduk di darat ekoran pencemaran alam sekitar yang dilakukan memberi kesan negatif kepada penduduk di dalam laut.

Sementara itu, Aquaman hadir menyelamatkan satu serangan lanun terhadap rampasan kapal selam nuklear milik tentera laut Russia. Serangan tersebut diketuai oleh Jesse Kane dan anaknya, David Kane. Mereka telah diupah oleh Orm, agar kapal selam tersebut dihantar kepada Orm dan Aquaman dapat juga dibunuh semasa dia menyelamatkan para tebusan. Akibatnya, Jesse terbunuh, tetapi dia sempat menyerahkan sebilah pisau istimewa milik ayahnya yang dinamakan sebagai Manta kepada anaknya, David sebelum membunuh diri akibat terperangkap di dalamnya. Kini, misi David yang akan membalas dendam terhadap Aquaman ekoran kematian ayahnya. Kapal selam yang separa rosak tersebut tiba di Atlantis dan tetap tidak memuaskan hati Orm. Ekoran kegagalan misi kali ini. Orm menyerah baki upah matawang emas kepada David di sebuah tempat di kawasan lautan utara dan menamatkan perjanjian kerjasama ini.

Orm sekali lagi melancarkan serangan ke darat dengan memusnahkan tepian pantai seluruh dunia dalam satu masa. Hal ini menyebabkabkan Arthur menemui Mera dan mula berkenalan. Mera telah menyelamatkan Thomas selepas lemas dalam serangan ombak besar tersebut. Mera memujuk Arthur untuk kembali ke Atlantis dan menjadi raja di sana. Arthur tetap menolak pelawaan tersebut ekoran dia sedar akan dirinya yang bukan berdarah raja yang asli sebaliknya dia adalah berdarah kacukan sahaja dan Orm sahajalah yang lebih sesuai untuk memimpin Atlantis. Mera tidak yakin terhadap kredibiliti Orm kerana dapat dilihat kerakusan yang dibuatnya terhadap penduduk di darat sekiranya ditabalkan menjadi raja yang sah, dia juga menjelaskan bahawa Vulko ada menceritakan dimana trisula suci telah diketahui lokasinya. Trisula suci kali terakhir dimiliki oleh Raja Atlan yang pertama sebelum menghilang tanpa dapat dikesan. Trisula suci hanya boleh dimiliki oleh seseorang raja yang sah sahaja berdasarkan pada petunjuk-petunjuk yang diberikan. Mereka ke gurun Sahara untuk menemui sebuah kerajaan lautan yang telah pupus / kering tandus iaitu ''Desserter'' bagi membuka petunjuk untuk membawa mereka ke misi seterusnya di Sicily, Itali. Sementara itu, Orm sekali lagi menemui David di sebuah tempat di lautan Hindi dan menyerahkan sut baju perang dan set senjata api dari teknologi Atlantis bagi memburu Aquaman. Selepas David mengubahsuai sut tersebut, kali ini dia dikenali sebagai Black Manta. Jejak Mera pula dapat dikesan ekoran gelang tangannya masih ada bersamanya. Ini membuatkan Black Manta dan askarnya berjaya menyerang hendap Arthur dan Mera. Walaupun Arthur cedera teruk, tetapi dia sempat merosakan program pada sut Black Manta dan melemparkan beliau hanyut di dalam laut.

Selepas menemui petunjuk seterusnya untuk ke lautan yang hilang, disuatu tempat di dalam teras bumi atau lebih dikenali sebagai ''The Thrench''. Mereka diserang oleh makhluk buas disana sebelum tiba di istana Thrench. Disana, Mera telah diselamatkan oleh Atlanna yang menyamar sebagai makhluk buas tersebut selama 20 tahun. Pada masa itu, dia sanggup mengorbankan nyawanya kepada The Thrench atas kesalahan penderhakaannya kepada Atlantis tetapi dapat melarikan diri dan kekal disitu sehinggalah ke hari ini. Atlanna gagal menewaskan Karathen dan sedar bahawa dia bukan pewaris raja yang sah.

Pada mulanya, Arthur seperti tidak yakin akan dirinya dapat menewaskan Karathen. Namun selepas dipujuk oleh Atlanna dan Mera, Arthur menyahut cabaran tersebut. Mereka hanya berdebat untuk mendengar kesungguhan deklarasi Arthur bahawa dia adalah pewaris raja yang sah. Kemudian, Arthur ditabalkan sebagai Orm Master yang baharu selepas mendapat kesetiaan dari Desserter, Xebel, Karathen dan Brine. Dalam masa yang sama, Orm, Raja Nereus dan bala tenteranya tiba di Thrench untuk membuat upacara penabalan tersebut tetapi Arthur terlebih dahulu diangkat sebagai Orm Master. Orm begitu berang dan melancarkan perang terhadap Arthur. Bala tentera Atlantis dan Xebel mula menyokong Arthur, hanya Orm sahaja yang masih berdegil untuk tidak mengiktiraf Arthur sebagai Raja Atlantis / Orm Master. Mereka berdua bertarung dan akhirnya Orm tewas jua ditangan Arthur. Arthur tidak sampai hati untuk membunuh adiknya menggunakan trisula suci sebelum Atlanna tiba dan menjelaskan perkara yang sebenarnya, bahawa Arthur telah menyelamatkannya untuk keluar dari The Thrench. Vulko mengarahkan agar Orm dipenjarakan dan sedia untuk diampunkan oleh Arthur pada bila-bila masa. Atlanna pula kembali ke pangkuan suaminya yang telah ditinggalkan selama 20 tahun lamanya. Mera membuat pengumuman kepada seluruh penduduk di laut, bahawa Arthur adalah pemilik trisula suci dan sah ditabalkan sebagai Raja Atlantis dan Orm Master yang baharu.

Dalam adegan kredit pertengahan, David diselamatkan oleh Dr. Stephan Shin, seorang saintis dan ahli teori konspirasi yang terlalu obses terhadap kewujudan Atlantis bersetuju untuk mengetuai misi membantu David bagi membalas dendam terhadap Arthur.

Peranan utama

[sunting | sunting sumber]

Peranan sampingan

[sunting | sunting sumber]

Masa depan

[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2018, telah dilaporkan bahawa pengerusi Kumpulan Warner Bros. Pictures Toby Emmerich meminta studio itu mula membangunkan sekuel.[7] Perbincangan mengenai filem susulan telah bermula semasa pasca produksi, apabila pengarah James Wan menyatakan kepada TotalFilm bahawa filem pertama sengaja meninggalkan ruang untuk cerita lanjut.[8] Jason Momoa memberitahu Syfy Wire bahawa dia mempunyai permulaan untuk sekuel ditulis, dan selepas dia melontarkannya kepada studio melalui Emmerich dan Safran, mereka menerima dan bersemangat.[8] Pada Januari 2019, sekuel itu secara rasminya disahkan sedang dalam pembangunan, dengan studio meminati Wan untuk kembali .[9] Bulan berikutnya, David Leslie Johnson-McGoldrick, penulis bersama daripada filem pertama, ditandatangani sebagai penulis skrip.[10] Warner Bros. mengesahkan melalui The Hollywood Reporter pada Februari 2019 bahawa studio itu telah menetapkan tarikh keluaran pada 16 Disember 2022, dengan pra-pengeluaran ditetapkan untuk bermula pada 2020.[11][12] Pada Oktober 2019, Yahya Abdul-Mateen II memberitahu Uproxx bahawa dia akan memainkan semula peranannya sebagai Black Manta untuk sekuel.[13] Pada November 2020, Amber Heard mengesahkan kepada Mingguan Hiburan bahawa dia akan mengulangi wataknya sebagai Mera dalam sekuel, dengan penggambaran akan bermula pada 2021.[14] Pada Mac 2021 , DiscussingFilm melaporkan bahawa filem itu sedang mencari untuk memulakan penggambaran Jun ini di UK di bawah tajuk produksi "Necrus" dan Richard Sale akan menyertai projek itu sebagai pereka pakaian.[15] Tajuk kerja berakar umbi dalam tradisi Aquaman dan mungkin merujuk kepada bandar bawah air Necrus membuat kemunculan. Pada April 2021, Pilou Asbæk menyertai perbincangan untuk menyertai pelakon.[16] Pada Jun 2021, tajuk filem itu telah didedahkan sebagai Aquaman and the Lost Kingdom.[17] Pereka Makhluk Ken Barthelmey sedang mengusahakan reka bentuk.[perlu rujukan] Pada 28 Jun 2021, Wan menyiarkan foto di Instagram, mengumumkan bahawa pengeluaran pada sekuel itu telah bermula.[18]

Siri mini animasi

[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2020, siri mini animasi tiga bahagian berdasarkan Aquaman telah diumumkan,[19] dengan James Wan ditetapkan untuk berkhidmat sebagai penerbit eksekutif, dan ditayangkan pada HBO Max.[19][20][21] Walaupun bukan kanonik kepada DCEU yang lebih luas,[22] Aquaman: King of Atlantis akan ditetapkan selepas peristiwa filem 2018 DCEU Aquaman Wan, secara eksplisit merujuk peristiwanya sepanjang ,[23] dan menampilkan suara Cooper Andrews, Gillian Jacobs, Thomas Lennon dan Dana Snyder masing-masing menggantikan Momoa, Heard , Wilson dan Dafoe dalam peranan mereka.[24][25] Pada 17 Februari 2021, Persatuan Pengkritik Televisyen mengadakan pertemuan akhbar dengan HBO Max, di mana imej promosi telah dikeluarkan.[26] Pada 1 September 2021, siri ini telah diumumkan akan disiarkan di Cartoon Network sebagai sebahagian daripada blok ACME Night.[27] Pada 10 September 2021, ia diumumkan akan menjadi dikeluarkan pada 14 Oktober 2021.[28]

Spin-off yang dibatalkan

[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2019, Warner Bros. mengumumkan bahawa spin-off "berwarna seram" yang dipanggil The Trench sedang dalam pembangunan, dengan Wan menghasilkan dan Noah Gardner dan Aidan Fitzgerald menulis skrip. Plot akan memfokuskan pada raksasa amfibia yang Arthur dan Mera hadapi dalam Aquaman,[29] manakala Black Manta akan bertindak sebagai protagonis filem itu, dengan Yahya Abdul-Mateen II mengulangi peranannya.[30] Pada April 2021, Warner Bros. memutuskan untuk membatalkan projek itu, walaupun menyatakan bahawa ia mungkin akan dihidupkan semula pada masa hadapan.[31]

  1. ^ a b c "Film Releases". Variety Insight. Diarkibkan daripada yang asal pada September 3, 2018. Dicapai pada September 3, 2018.
  2. ^ Kit, Borys. "Geoff Johns Exits DC Entertainment for Writing and Producing Deal (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada July 28, 2018. Dicapai pada July 13, 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Aquaman (2018)". British Board of Film Classification. Dicapai pada November 27, 2018.
  4. ^ Clark, Travis (December 19, 2018). "'Aquaman' has already made more money than its production budget, and is looking at a big opening in the US". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada December 7, 2018. Dicapai pada January 18, 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Mendelson, Scott (December 25, 2018). "'Aquaman' Tops $500 Million: DC Films Ranked From Worst To Best". Forbes. Dicapai pada March 17, 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check |archive-url= value (bantuan)
  6. ^ "Aquaman (2018)". Box Office Mojo. Dicapai pada April 1, 2019.
  7. ^ Siegel, Tatiana (Disember 6, 2018). "Amber Heard on Her Secret Passion, Elon Musk dan Peranan Baru yang Heboh". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 6 Disember 2018.
  8. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Syfy(2018-10-19)
  9. ^ Geoff Boucher (Januari 25, 2019). "'Aquaman ' Sekuel: James Wan Mencari Skrip Layak Laut Sebagai Filem Pertama Mencipta Sejarah DC". Deadline Hollywood.
  10. ^ D'Alessandro, Anthony (11 Februari 2019). "'Aquaman 2' Ditulis Oleh David Leslie Johnson-McGoldrick". Deadline Hollywood. Dicapai pada Mac 4, 2019.
  11. ^ Couch, Aaron (27 Februari 2019). "'Aquaman 2' Sets Disember Tarikh Tayangan 2022". The Hollywood Reporter.
  12. ^ Kroll, Justin (31 Julai , 2019). "'Aquaman' Pengarah James Wan Kembali ke Seram Untuk Filem Seterusnya". Dicapai pada 31 Julai 2019. Unknown parameter |majalah= ignored (bantuan); Cite magazine requires |magazine= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ Ricci, Kimberly (15 Oktober 2019). "Yahya Abdul-Mateen II Bercakap Dengan Kami Mengenai 'Watchmen,' HBO 'Aquaman 2,' Dan 'Candyman' Jordan Peele". Uproxx. Dicapai pada 15 Oktober 2019.
  14. ^ "Amber Heard berkata dia akan kembali untuk Aquaman 2: 'Saya teruja untuk bermula'". Unknown parameter |majalah= ignored (bantuan); Cite magazine requires |magazine= (bantuan)
  15. ^ Fisher, Jacob (Mac 12, 2021). "'Aquaman 2' Eyes Jun 2021 Penggambaran Mula Di UK (EKSKLUSIF)". DiscussingFilm. Dicapai pada 16 Mac 2021.
  16. ^ Kroll, Justin (16 April 2021). "'Aquaman 2': Alum 'Game Of Thrones' Pilou Asbaek Sertai Jason Momoa Dalam Sekuel". Tarikh Akhir.
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Aquaman2.title_TheWrap
  18. ^ Ferme, Antonio (Jun 28, 2021). "'Aquaman 2', 'John Wick 4' dan Lebih Banyak Penggambar Blokbuster Utama Mula Penggambaran, Memberi Isyarat Kebangkitan Pengeluaran". Pelbagai. Dicapai pada 28 Jun 2021.
  19. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
  20. ^ Tara Bennett; Benjamin Bullard (2020-01-15). "Aquaman Animasi akan datang ke HBO Max - serta butiran Green Lantern & banyak lagi". Syfy Wire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-18. Dicapai pada 2020-05-12.
  21. ^ "James Wan menghasilkan animasi 'Aquaman' untuk HBO Max". UPI. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-20. Dicapai pada 2020-05-12.
  22. ^ Shaunette, Morgan (11 Oktober 2021). "Aquaman: Raja Atlantis Debut Empat Minit Pertama Dalam Talian". Unknown parameter |laman web= ignored (bantuan)
  23. ^ Keller, Joel (18 Oktober 2021). "Strim Atau Langkau: 'Aquaman: King Of Atlantis' Di HBO Max, Kesinambungan Animasi Aneh Dari Kisah DCEU Aquaman". Decider.
  24. ^ Kakitangan Berita Bullet (27 Oktober 2021). ""Aquaman: King Of Atlantis" Ulasan: Sekuel animasi gila kepada saga DCEU Aquaman". Berita Bullet.
  25. ^ Hersko, Tyler. "Matthew Janszen untuk Menjaringkan 'Aquaman: King of Atlantis' untuk HBO Max — Eksklusif". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2020. Dicapai pada 4 Januari 2021. Unknown parameter |tarikh= ignored (bantuan)
  26. ^ HBO Max Dedah Pertama Imej untuk Aquaman Akan Datang: Siri Animasi Raja Atlantis - IGN, diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-18, dicapai pada 2021-02-19 Unknown parameter |tarikh= ignored (bantuan)
  27. ^ "WarnerMedia Kids & Family Melancarkan Blok 'ACME Night' 19 Sept". September 2021.
  28. ^ "Tonton: Aquaman DC Membuat Percikan dalam Promo 'King of Atlantis' Pertama". Unknown parameter |tarikh= ignored (bantuan)
  29. ^ Kit, Borys (8 Februari 2019). "Spinoff 'Aquaman' 'The Trench' in the Works (Eksklusif)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 8 Februari 2019.
  30. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama TrenchManta
  31. ^ "DC Movie Spinoffs 'The Trench' dan 'New Gods' Dibatalkan oleh Warner Bros". Collider. 2021-04-01. Dicapai pada 2021-04-02.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]