Oghuz Turk
Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Sebelum kurun ke-11: Turkestan Bermula kurun ke-11: Anatolia · Transcaucasus · Khorasan Besar · Cyprus · Mesopotamia · Balkan · Afrika Utara Sejarah: Yedisan · Crimea | |
Bahasa | |
bahasa Oghuz | |
Agama | |
Dominan Islam (Sunni · Alevi · Bektashi · Twelver Shia) Minoriti: Tiada agama · Kristian · Judaisme | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Azerbaijan[1] · Turkmen[1] · orang Turki[1] |
Oguz atau Ghuzz Turk (Turkik Pertengahan: ٱغُز, romanized: Oγuz, Bahasa Turki Uthmaniyah: اوغوز ) merujuk pada orang Turkik barat yang bertutur bahasa Oghuz dari keluarga bahasa Turkik.[2] Pada kurun ke-8, mereka mengasaskan sebuah persekutuan puak yang bernama Negeri Yabgu Oghuz di Asia Tengah. Nama Oghuz adalah satu perkataan Turkik Biasa "puak". Sumber-sumber Byzantium menyebut Oghuz sebagai Uzes (Οὐ̑ζοι, Ouzoi).[3] Menjelang kurun ke-10, sumber-sumber Islam memanggil mereka sebagai Turkmen Muslim, dan bukannya penganut agama Tengrisme atau Buddhisme. Menjelang kurun ke-12, istilah ini digunakan di Byzantium dan Oghuz secara majoritinya adalah Muslim.[4] Istilah "Oghuz" secara beransur-ansur digantikan oleh orang Turk dengan istilah Turkmen dan Turcoman, (Bahasa Turki Uthmaniyah: تركمن atau Türkmân) bermula pada pertengahan kurun ke-10, satu proses yang mana dilengkapkan pada permulaan kurun ke-13.[5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Persekutuan Oghuz bergerak ke arah barat dari kawasan Jeti-su selepas satu konflik dengan Karluk yang bersekutu dengan Uyghur. Pada hari ini, kebanyakan penduduk di Turki, Azerbaijan dan Turkmenistan merupakan keturunan dari Oghuz Turk dan bahasa mereka tergolong dalam kumpulan Oghuz dari keluarga bahasa Turkik. Sarjanawan Kara-Khanid, Mahmud al-Kashgari telah menulis bahawa dalam semua bahasa Turkik, Oghuz merupakan yang paling mudah. Beliau juga memerhati bahawa Oghuz telah dipisahkan dalam satu jangka masa yang lama daripada Turk timur, di mana bahasa-bahasa Turk di timur dengan jelas berbeza dengan bahasa-bahasa Oghuz dan Kipchak jauh di sebelah barat.[6]
Pada kurun ke-9, Oghuz dari padang rumput Aral mengusir Bechen daripada kawasan Sungai Emba dan Ural ke arah barat. Pada kurun ke-10, mereka mendiami padang rumput di sungai Sari-su, Turgai dan Emba ke arah utara Tasik Balkhash (kini terletak di Kazakhstan).[7] Satu puak dalam negara ini, Seljuk telah memeluk Islam dan pada kurun ke-11 memasuki Parsi, di mana mereka mengasaskan Empayar Seljuk Besar. Serupa pada kurun ke-11, satu puak Oghuz yang beragama Tengrisme, merujuk diri mereka sebagai Uze atau Tork dalam cerita dalam Rurikid Rus' Kiev, telah menjatuhkan kekuasan Pecheneg di padang rumput di Kekhaganan Rus'. Serangan bertali arus satu puak Turkik lain, Kipchak, puak Oghuz ini berjaya menyelusup masuk sejauh hilir Danube, menyeberangi dan menyerang Balkan, di mana mereka[8] telah diserang oleh satu wabak, mengakibatkan mereka yang terselamat sama ada melarikan diri atau menyertai pasukan tentera Byzantium sebagai askar upahan (1065).[9]
Oghuz seolah-olah berkait dengan Pecheneg, di mana penampilan mereka dengan muka yang licin manakala sebilangan kecil mempunyai jambang 'goatee' kecil. Berdasarkan kepada buku Attila and the Nomad Hordes, "Like the Kimaks they set up many carved wooden funerary statues surrounded by simple stone balbal monoliths."[10] Para penulis buku ini juga menyatakan bahawa "Puak-puak Uze atau Tork yang tinggal di perbatasan Rusia secara beransur-ansur dijadikan orang Slav, di mana mereka memainkan peranan peranan utama sebagai kavalri dalam tentera Rusia pada tahun 1100an dan awal 1200, di mana mereka dikenali sebagai Topi Hitam... Para pahlawan Oghuz berkhidmat dalam hampir semua pasukan tentera Islam di Timur Tengah bermula pada tahun 1000an dan selepasnya, di Byzantium bermula pada tahun 800an, dan malah di Sepanyol dan Maghribi."[10] Pada kurun-kurun terkemudian, mereka menerima dan menggunakan tradisi dan tradisi mereka sendiri sehingga keruntuhan dunia Islam dan muncul sebagai pembina empayar dengan deria kenegaraan yang konstruktif.
Dari segi bahasa, Oghuz tergolong dalam kumpulan yang bertutur Turkik Biasa, dengan ciri-ciri bunyi menyerupai Turkik Biasa seperti /-š/ berlawanan Oghuric /-l/ dan Turkik Biasa /-z/ berlawanan Oghuric /-r/. Dalam kumpulan Turkik Biasa, bahasa-bahasa Oghuz berkongsi inovasi-inovasi ini: kehilangan guttural dalam Proto-Turkik bagi awalan anlaut, kehilangan /ɣ/ kecuali selepas /a/, /g/ menjadi sama ada /j/ atau dihilangkan, menyuarakan bunyi /t/ kepada /d/ dan /k/ ke /g/, dan */ð/ menjadi /j/.[11]
Selain dari Seljuk, dinasti-dinasti dari Khwarazmia, Qara Qoyunlu, Aq Qoyunlu, Uthmaniyyah dan Afsharid juga dipercayai adalah keturunan daripada puak-puak Oghuz-Turkmen dari Begdili, Yiva, Bayandur, Kayi dan Afshar.[12]
Dinasti Uthmaniyyah, yang mana secara beransur-ansur menguasai Anatolia selepas kejatuhan Seljuk, menjelang penghujung kurun ke-13, telah mengetuai satu pasukan tentera darat yang mana dikuasai oleh Oghuz.[13] Uthmaniyyah membuktikan bahawa mereka lebih berkuasa berbanding dengan negeri-negeri Oghuz Turki tempatan lain.[14] Ahmed Bican Yazıcıoğlu, pada awal kurun ke-15, menjejak genealogi Osman sehingga ke Oghuz Khagan, lagenda moyang orang Turkik purba,[15] melalui cucu lelaki paling tua daripada anak lelaki tertua beliau, oleh itu memberi para sultan Uthmaniyyah kedudukan tertinggi dalam kalangan para monarki Turki.[16]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Barthold (1962) ""The book of my grandfather Korkut" ("Kitab-i dedem Korkut") is an outstanding monument of the medieval Oghuz heroic epic. Three modern Turkic-speaking peoples - Turkmens, Azerbaijanis and Turks - are ethnically and linguistically related to the medieval Oghuzes. For all these peoples, the epic legends deposited in the "Book of Korkut" represent an artistic reflection of their historical past."
- ^ The modern Turkish, Turkmen and Azerbaijani languages are all Oghuz languages.
- ^ Omeljan Pritsak, "Uzes", in Alexander P. Kazhdan, ed., The Oxford Dictionary of Byzantium (Oxford University Press, 1991).
- ^ Elizabeth A. Zachariadou, "Turkomans", in Alexander P. Kazhdan, ed., The Oxford Dictionary of Byzantium (Oxford University Press, 1991).
- ^ Lewis, G. The Book of Dede Korkut. Penguin Books, 1974, p. 10.
- ^ D. T. Potts, (2014), Nomadism in Iran: From Antiquity to the Modern Era, p. 177
- ^ Grousset, R. The Empire of the Steppes. Rutgers University Press, 1991, p. 148.
- ^ Grousset, R. The Empire of the Steppes. Rutgers University Press, 1991, p. 186.
- ^ Hupchick, D. The Balkans. Palgrave, 2002, p. 62.
- ^ a b Nicolle, David; Angus Mcbride (1990). Attila and the Nomad Hordes. Osprey Publishing. m/s. 46–47. ISBN 0-85045-996-6.
The Oghuz had a very distinctive culture. Their hunting and banqueting rituals were as elaborate as those of the Gökturks from whom they.
- ^ Golden, Peter B. An Introduction to the History of Turkic Peoples (1992). p. 21-22
- ^ Abu al-Ghazi Bahadur; "The Genealogy of the Turkmens" (in Russian). Russian State Library. 1897.
- ^ Lewis, p. 9.
- ^ Selcuk Aksin Somel, (2003), Historical Dictionary of the Ottoman Empire, p. 217
- ^ "Monument "Oghuz Khan and Sons"". Arara Central Asia. Arara Central Asia. Dicapai pada 24 April 2021.
- ^ Colin Imber, (2002), The Ottoman Empire, 1300-1650, p. 95
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Damgaard, P. B.; dll. (9 May 2018). "137 ancient human genomes from across the Eurasian steppes". Nature. Nature Research. 557 (7705): 369–373. Bibcode:2018Natur.557..369D. doi:10.1038/s41586-018-0094-2. PMID 29743675. S2CID 13670282. Dicapai pada 11 April 2020.
- Golden, Peter B. (2011). Studies on the Peoples and Culture sof the Eurasian Steppes. Editura Academiei Române - Editura Istro. ISBN 978-973-27-2152-0.
- Lee, Joo-Yup; Kuang, Shuntu (18 October 2017). "A Comparative Analysis of Chinese Historical Sources and Y-DNA Studies with Regard to the Early and Medieval Turkic Peoples". Inner Asia. Brill. 19 (2): 197–239. doi:10.1163/22105018-12340089. ISSN 2210-5018. Dicapai pada 20 June 2020.
- Li, Tao; dll. (June 2020). "Millet agriculture dispersed from Northeast China to the Russian Far East: Integrating archaeology, genetics, and linguistics". Archaeological Research in Asia. Elsevier. 22 (100177): 100177. doi:10.1016/j.ara.2020.100177.
- Nelson, Sarah; dll. (14 February 2020). "Tracing population movements in ancient East Asia through the linguistics and archaeology of textile production". Evolutionary Human Sciences. Cambridge University Press. 2 (e5). doi:10.1017/ehs.2020.4.
- Robbeets, Martine (1 January 2017). "Austronesian influence and Transeurasian ancestry in Japanese". Language Dynamics and Change. Brill. 8 (2): 210–251. doi:10.1163/22105832-00702005. ISSN 2210-5832. Dicapai pada 20 June 2020.
- Robbeets, Martine (2020). "The Transeurasian homeland: where, what and when?". Dalam Robbeets, Martine; Savelyev, Alexander (penyunting). The Oxford Guide to the Transeurasian Languages. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-880462-8.
- Uchiyama, Junzo; dll. (21 May 2020). "Populations dynamics in Northern Eurasian forests: a long-term perspective from Northeast Asia". Evolutionary Human Sciences. Cambridge University Press. 2. doi:10.1017/ehs.2020.11. Text was copied from this source, which is available under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Grousset, R., The Empire of the Steppes, 1991, Rutgers University Press
- Nicole, D., Attila and the Huns, 1990, Osprey Publishing
- Lewis, G., The Book of Dede Korkut, "Introduction", 1974, Penguin Books
- Minahan, James B. One Europe, Many Nations: A Historical Dictionary of European National Groups. Greenwood Press, 2000. page 692
- Aydın, Mehmet. Bayat-Bayat boyu ve Oğuzların tarihi. Hatiboğlu Yayınevi, 1984. web page
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Oghuz Turk |
- Golden, Peter; Bosworth, C. Edmund (2002). "ḠOZZ". Encyclopædia Iranica, Vol. XI, Fasc. 2. m/s. 184–187.
- Templat:EI3
- The Book of Dede Korkut (pdf format) at the Uysal-Walker Archive of Turkish Oral Narrative
- Similarities between the epics of Dede Korkut and Alpamysh
- A page dedicated to Oguz Khan
- The Old Turkic Inscriptions.