Pergi ke kandungan

Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Utara (Jawi: اوتارا) atau laut[1] (Jawi: ‏لاوت‎‎) adalah sebuah arah dalam kompas; ia berlawanan arah dengan selatan. Utara merupakan arah yang, dalam budaya Barat, dianggap sebagai arah utama. Ia digunakan untuk menjelaskan arah-arah lainnya. Kerana itulah dalam peta arah utara selalu ditunjukkan dengan sebuah tanda panah. Utara biasanya berada di sebelah atas paras mata yang sejajar dengan pandangan peta.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Kata "utara" meminjam dari bahasa Sanskrit उत्तर uttara yang memberi makna sampingan bererti "sebelah/bagian atas; lebih tinggi; superior."[2]

"Laut" pula merupakan istilah asal turunan akar Austronesia *lahud yakni arah mengalir turunnya sungai dari puncanya[3] yang turut sewarisan bersama bahasa-bahasa serumpun lain yang mempunyai perkataan bermaksud sama seperti ꦭꦺꦴꦂ lor dalam bahasa Jawa, لوُدlūd dalam bahasa Tausug serta ᨒᨕᨘ /lauʔ/ dalam bahasa Bugis.[3] Menurut pakar bahasa Austronesia Karl Alexander Adelaar, pergantian kepada kata serapan Sanskrit ini difikirkan kerana berubahnya titik tumpu kuasa pengaruh dalam alam Melayu dari pulau Sumatera ke semenanjung Melayu yang dikelilingi jasad air di bahagian selatan pada abad ke-14 sehingga pengungkapan ini menjadi tidak sesuai dengan pemerhatian alam sekitar semasa.[4] Walau bagaimanapun, kefahaman asal ini masih kekal dalam beberapa istilah mata angin terbitan berkaitan arah ini seperti "barat laut" dan "timur laut".[1][3]

Jenis-jenis utara

[sunting | sunting sumber]

Utara dapat memilik beberapa makna:

  1. Utara benar/asli, arah sepanjang permukaan bumi menuju suatu kutub dari putaran Bumi, iaitu kutub yang secara jelas berada di sebelah kiri seseorang ketika berdiri di Khatulistiwa sewaktu menghadap ke arah matahari terbit.
  2. Utara magnetik, arah sepanjang permukaan bumi di mana kekuatan medan magnet horizontal mempunyai nilai positif terkuatnya untuk suatu kegiatan yang mempunyai akhir.

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "laut". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. 3. utara...CS1 maint: date and year (link)
  2. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 178. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 189. ISBN 979-459-416-4.
  3. ^ a b c Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*lahud: downstream, toward the sea". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  4. ^ Ozanne-Rivierre, Françoise (1999). "5: Spatial orientation in some Austronesian languages". Dalam Fuchs, Catherine; Robert, Stéphane (penyunting). Language Diversity and Cognitive Representations. John Benjamins Publishing. ISBN 90 272 2355 6.