Zelda II: The Adventure of Link
Zelda II: The Adventure of Link | |
---|---|
Zelda II: The Adventure of Link | |
Pembangun | Nintendo R&D4 |
Penerbit | Nintendo |
Pengarah | Tadashi Sugiyama[1] Yasuhisa Yamamura[2] |
Pengeluar | Shigeru Miyamoto |
Pereka | Kazunobu Shimizu |
Penulis | Takashi Tezuka |
Komposer | Akito Nakatsuka |
Siri | The Legend of Zelda |
Platform | Famicom Disk System, NES, Nintendo GameCube, Game Boy Advance, Virtual Console (Wii, 3DS, Wii U) |
Pelepasan | 14 Januari 1987
|
Genre | RPG aksi |
Mod | Pemain tunggal |
Zelda II: The Adventure of Link (リンクの冒険 , Rinku no Bōken, "Pengembaraan Link") ialah permainan video berperanan aksi dengan unsur-unsur permainan pelantar. Ia merupakan keluaran kedua siri The Legend of Zelda dan dibangunkan dan diterbitkan oleh Nintendo untuk Family Computer Disk System pada 14 Januari 1987, kurang dari setahun sejak permainan video The Legend of Zelda asal dikeluarkan dan tujuh bulan sebelum Amerika Syarikat menerima keluaran Zelda yang pertama. Permainan ini kemudiannya dikeluarkan untuk Nintendo Entertainment System di Amerika Utara dan rantau PAL pada 1988, hampir dua tahun selepas keluaran asalnya di Jepun, selepas ia ditukarkan daripada format Sistem Cakera (Disk System) kepada bentuk kartrij NES.
The Adventure of Link ialah sekuel terus bagi permainan The Legend of Zelda asal, yang sekali lagi mengikuti Link, watak protagonis, dalam misinya untuk menyelamatkan Puteri Zelda yang telah dijampi tidur. Namun, berlainan daripada pendahulunya, The Adventure of Link menekankan unsur-unsur tatal sisi (side-scrolling) dan RPG. Setakat 2013, permainan ini kekal sebagai satu-satunya sekuel teknikal bagi permainan asal, kerana semua permainan lain dalam siri ini ialah prekuel menurut garis masa Zelda yang rasmi.
Pada zamannya, The Adventure of Link sangat berjaya dan laris. Ia memperkenalkan unsur-unsur seperti "meter magik" Link dan watak Link Hitam (Dark Link) yang akan menjadi satu unsur yang biasa dalam permainan-permainan Zelda pada masa akan datang, namun unsur-unsur permainan berperanan seperti mata pengalaman (experience points) dan unsur tatal sisi dan banyak nyawa seperti permainan pelantar tidak digunakan lagi dalam permainan-permainan rasmi. Permainan ini diikuti oleh The Legend of Zelda: A Link to the Past pada tahun 1991 untuk Super NES.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "なぜ『リンクの冒険』は当たり前にならなかったのか?". Nintendo. 2016-10-19. Dicapai pada 2019-10-02.
- ^ "「ゼルダの伝説 夢をみる島」開発スタッフ名鑑". Nintendo Official Guide Book – The Legend of Zelda: Link's Awakening. Shogakukan. Julai 1993. m/s. 120–124. ISBN 978-4-09-102448-0. Dicapai pada 2019-10-02.
- Laman menggunakan keluaran permainan video dengan parameter diisi
- Rencana yang menggunakan infobox Wikidata dengan gambar yang ditentukan secara tempatan
- Tunas permainan video
- Permainan video berperanan diperkenalkan pada 1987
- Permainan video berperanan aksi
- Permainan Famicom Disk System
- Permainan Game Boy Advance
- Permainan video The Legend of Zelda
- Permainan Nintendo GameCube
- Permainan Analisis dan Pembangunan Hiburan Nintendo
- Permainan Nintendo Entertainment System
- Permainan video berperanan tatal sisi
- Permainan video dengan grafik serong
- Permainan Virtual Console
- Permainan Virtual Console untuk Wii U
- Permainan video 1987