Valtteri Bottas
Lahir | [1] Nastola, Finland | 28 Ogos 1989
---|---|
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Kewarganegaraan | Finland |
Nombor kereta | 77 |
Entri | 183 |
Kemenangan | 10 |
Podium | 67 |
Mata kerjaya | 1,762 |
Petak pertama | 20 |
Pusingan terpantas | 19 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 2013 |
Kemenangan pertama | Grand Prix Rusia 2017 |
Kemenangan terakhir | Grand Prix Turki 2021 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Abu Dhabi 2023 |
Valtteri Bottas | |
Siri terdahulu | |
2012 2009-10 2009 2008 2007–08 2007 |
Pemandu ujian Formula Satu Formula 3 Euro Series British Formula Three Formula Renault Eurocup Formula Renault NEC FRUK Winter Series |
Gelaran kejohanan | |
2011 2008 2008 |
GP3 Series Formula Renault Eurocup Formula Renault NEC |
Valtteri Viktor Bottas[3] (Sebutan bahasa Finland: [ˈʋɑltːeɾi ˈbotːɑs]; lahir 28 Ogos 1989) adalah pemandu kereta lumba Finland yang kini bersaing dalam Formula Satu untuk Alfa Romeo, sebelum ini memandu untuk Mercedes dari 2017 ke 2021 dan Williams dari 2013 ke 2016. Bottas telah mencatat 10 kemenangan perlumbaan dan 67 podium. Dia menyumbang kepada lima kemenangan kejuaraan pengeluar untuk Mercedes, dan telah menjadi naib juara kejuaraan pemandu dua kali, pada 2019 dan 2020.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Bottas mendapat tempat ke-8 dalam kejuaraan Karting World Cup untuk P.D.B. Racing Team, dengan menggunakan casis Gillard dan enjin Parilla.
Bottas memenangi kedua-dua kejuaraan Formula Renault Eurocup dan Formula Renault Northern European Cup pada tahun 2008. Dengan ini, beliau mengulangi pencapaian Filipe Albuquerque, yang memenangi kejuaraan NEC dan Eurocup pada musim yang sama, pada tahun 2006.
Bottas juga memenangi kejuaraan Formula Renault UK Winter Series 2007, dengan memenangi tiga daripada empat perlumbaan dalam kejuaraan tersebut.
Beliau berganjak ke kejuaraan Formula Three Euroseries bagi musim 2009 dengan pasukan ART Grand Prix. Walaupun beliau tidak memenangi sebarang perlumbaan, Bottas mendapat dua petak pertama dalam siri tersebut. Pada bulan Jun 2009, Bottas memenangi kejuaraan Masters of Formula 3, dan mendapat tiga petak pertama dan menetapkan pusingan terpantas dalam perlumbaan itu. Dengan memenangi acara itu sekali lagi pada tahun 2010, beliau menjadi pemandu pertama untuk memenangi gelaran F3 Masters sebanyak dua kali.[4]
Pada tahun 2010, Bottas telah ditugaskan sebagai pemandu ujian untuk pasukan Williams dalam Formula Satu.[5] Beliau kekal sebagai pemandu ujian untuk pasukan tersebut bagi musim 2011 & 2012 (di mana beliau akan mengambil bahagian dalam 15 sesi latihan bebas), pada masa yang masa bertanding di GP3 Series dengan pasukan ART.[6] Selepas permulaan yang sukar untuk musim ini, beliau mendapat kemenangan dalam setiap satu daripada empat perlumbaan terakhir hujung minggu dan memenangi kejuaraan tersebut dengan memenangi perlumbaan kedua terakhir di hadapan rakan sepasukannya, James Calado.
Bottas kembali berlumba pada tahun 2013, selepas beliau telah disahkan sebagai rakan sepasukan Pastor Maldonado di pasukan Formula Satu Williams bagi musim 2013 pada 28 November 2012.[7] Pada 8 Jun 2013, Bottas mendapat keputusan kelayakan terbaiknya, dengan mendapat tempat ke-3 di Grand Prix Kanada (Circuit Gilles Villeneuve, Montréal), di belakang Sebastian Vettel (pertama), dan Lewis Hamilton (ke-2).[8] Namun, beliau gagal mendapat sebarang mata dalam perlumbaan tersebut.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada 11 September 2016, Bottas berkahwin dengan teman wanitanya yang sudah lama, Emilia Pikkarainen, rakan Finland dan perenang Olimpik yang dia telah berpancaran sejak 2010. Pasangan itu telah berkahwin di Gereja St. John di Helsinki.[9] Pada 28 November 2019, Bottas mengumumkan perpisahan dan perceraian mereka, memetik "cabaran yang dibawa oleh kerjaya dan kehidupan saya".[10]
Bottas tinggal di Monaco, dan juga mempunyai sebuah rumah tasik di Finland asalnya.[11] Dia adalah peminat kumpulan punk rock Amerika, The Offspring.[12]
Rekod perlumbaan
[sunting | sunting sumber]Ringkasan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Musim | Siri | Pasukan | Perlumbaan | Kemenangan | P/Pertama | P/Terpantas | Podium | Mata | Kedudukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2007 | Formula Renault 2.0 NEC | Koiranen Bros. Motorsport | 16 | 2 | 2 | 3 | 6 | 279 | Ke-3 |
Formula Renault 2.0 UK Winter Series | AKA Cobra | 4 | 3 | 0 | 1 | 4 | 0 | NC† | |
2008 | Formula Renault 2.0 Eurocup | Motopark Academy | 14 | 5 | 7 | 4 | 10 | 139 | Pertama |
Formula Renault 2.0 NEC | 14 | 12 | 13 | 12 | 12 | 365 | Pertama | ||
2009 | Formula 3 Euro Series | ART Grand Prix | 20 | 0 | 2 | 1 | 6 | 62 | Ke-3 |
British Formula Three Championship | 4 | 0 | 0 | 0 | 1 | N/A | NC† | ||
Masters of Formula 3 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | N/A | Pertama | ||
Macau Grand Prix | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | Ke-5 | ||
2010 | Formula 3 Euro Series | ART Grand Prix | 18 | 2 | 1 | 4 | 8 | 74 | Ke-3 |
Masters of Formula 3 | 1 | 1 | 0 | 0 | 1 | N/A | Pertama | ||
Macau Grand Prix | Prema Powerteam | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | N/A | Ke-3 | |
Formula Satu | AT&T Williams | Pemandu ujian | |||||||
2011 | GP3 Series | Lotus ART | 16 | 4 | 1 | 3 | 7 | 62 | Pertama |
British Formula Three Championship | Double R | 3 | 1 | 0 | 1 | 1 | 17 | Ke-17 | |
Macau Grand Prix | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | NC | ||
Formula Satu | AT&T Williams | Pemandu ujian | |||||||
2012 | Formula Satu | Williams F1 | Pemandu ujian | ||||||
2013 | Formula Satu | Williams F1 | 12 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | Ke-17* |
* Musim sedang dijalankan.
† – Sebagai pemandu jemputan, Bottas tidak boleh mendapat mata.
Keputusan lengkap Formula 3 Euro Series
[sunting | sunting sumber]Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | Casis | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2009 | ART Grand Prix | Dallara F308/009 | Mercedes | HOC1 1 Ret |
HOC1 2 16 |
LAU 1 2 |
LAU 2 13 |
NOR 1 12 |
NOR 2 Ret |
ZAN 1 2 |
ZAN 2 6 |
OSC 1 2 |
OSC 2 8 |
NÜR 1 2 |
NÜR 2 4 |
BRH 1 2 |
BRH 2 15 |
CAT 1 4 |
CAT 2 6 |
DIJ 1 16 |
DIJ 2 Ret |
HOC2 1 2 |
HOC2 2 5 |
Ke-3 | 62 |
2010 | ART Grand Prix | Dallara F308/026 | Mercedes | LEC 1 9 |
LEC 2 6 |
HOC1 1 3 |
HOC1 2 5 |
VAL 1 2 |
VAL 2 4 |
NOR 1 3 |
NOR 2 1 |
NÜR 1 6 |
NÜR 2 7 |
ZAN 1 2 |
ZAN 2 Ret |
BRH 1 4 |
BRH 2 4 |
OSC 1 1 |
OSC 2 Ret |
HOC2 1 2 |
HOC2 2 3 |
Ke-3 | 74 |
Keputusan lengkap GP3 Series
[sunting | sunting sumber](kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2011 | Lotus ART | TUR FEA 4 |
TUR SPR 8 |
ESP FEA 10 |
ESP SPR 7 |
VAL FEA 7 |
VAL SPR 3 |
GBR FEA 15 |
GBR SPR 12 |
GER FEA 3 |
GER SPR 1 |
HUN FEA 1 |
HUN SPR 2 |
BEL FEA 1 |
BEL SPR 19 |
ITA FEA 1 |
ITA SPR 17 |
Pertama | 62 |
Keputusan lengkap Formula Satu
[sunting | sunting sumber](kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | Casis | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | WDC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2012 | Williams F1 Team | Williams FW34 | Renault RS27-2012 V8 | AUS | MAL TD |
CHN TD |
BHR TD |
ESP TD |
MON | CAN | EUR TD |
GBR TD |
GER TD |
HUN TD |
BEL TD |
ITA TD |
SIN | JPN TD |
KOR TD |
IND TD |
ABU TD |
USA | BRA TD |
- | - | ||
2013 | Williams F1 Team | Williams FW35 | Renault RS27-2013 V8 | AUS 14 |
MAL 11 |
CHN 13 |
BHR 14 |
ESP 16 |
MON 12 |
CAN 14 |
GBR 12 |
GER 16 |
HUN Ret |
BEL 15 |
ITA 15 |
SIN 13 |
KOR 12 |
JPN 17 |
IND 16 |
ABU 15 |
USA 8 |
BRA Ret |
Ke-17 | 4 | |||
2021 | Mercedes-AMG Petronas F1 Team | Mercedes AMG F1 W12 E Performance | Mercedes M12 E Performance 1.6 V6 t | BHR 3 |
EMI Ret |
POR 3 |
ESP 3 |
MON Ret |
AZE 12 |
FRA 4 |
STY 3 |
AUT 2 |
GBR 33 |
HUN Ret |
BEL 12 |
NED 3 |
ITA 31 |
RUS 5 |
TUR 1 |
USA 6 |
MXC 15 |
SAP 31 |
QAT Ret |
SAU 3 |
ABU 6 |
ke-3 | 226 |
2022 | Alfa Romeo F1 Team Orlen | Alfa Romeo C42 | Ferrari 066/7 1.6 V6 t | BHR 6 |
SAU Ret |
AUS 8 |
EMI 57 |
MIA 7 |
ESP 6 |
MON 9 |
AZE 11 |
CAN 7 |
GBR Ret |
AUT 11 |
FRA 14 |
HUN 20 |
BEL Ret |
NED Ret |
ITA 13 |
SIN 11 |
JPN 15 |
USA Ret |
MXC 10 |
SAP 9 |
ABU 15 |
ke-10* | 49* |
* Musim sedang dijalankan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Valtteri Bottas". Formula1.com. Dicapai pada 27 December 2019.
- ^ "2022 FIA Formula One World Championship – Entry List". Fédération Internationale de l'Automobile. 7 December 2021. Dicapai pada 7 December 2021.
- ^ "Nastolan kunnantalo, kunnanhallituksen kokoushuone - PDF Ilmainen lataus". docplayer.fi.
- ^ "Bottas mencipta sejarah di Zandvoort Masters". Motorsport.com. 6 Jun 2010. Dicapai pada 6 Jun 2010.
- ^ Beer, Matt (2010-01-29). "Bottas menjadi pemandu ujian Williams". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-01-29.
- ^ "Bottas dalam GP3 Series 2011". MotorsTV.com. 23 November 2010. Dicapai pada 23 November 2010.
- ^ Elizalde, Pablo (2012-11-28). "Williams mengesahkan Valtteri Bottas dan Pastor Maldonado bagi musim 2013". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2012-11-28.
- ^ Beer, Matt (8 Jun 2013). "Canadian GP: Vettel claims pole in rain-hit session". Autosport.com. Haymarket. Dicapai pada 11 Jun 2013.
- ^ "Valtteri Bottas gets married in Helsinki". thisisf1.com. 12 September 2016. Dicapai pada 16 October 2016.
- ^ "Valtteri Bottas on Instagram: "Unfortunately I have to share you the news that the marriage between Emilia and myself has come to an end. Our ways have split because of…"". Instagram (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-23. Dicapai pada 28 November 2019.
- ^ Charlton, Alistair (2021-08-04). "Lake Houses, Coffee And Life Beyond Formula One: An Interview With Valtteri Bottas". Forbes. Dicapai pada 2021-12-20.
- ^ Medland, Chris (27 September 2020). "Punk rock and pizzas – Getting to know the real Valtteri Bottas | Formula 1®". www.formula1.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 January 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Kedudukan sukan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Frank Kechele |
Juara Formula Renault 2.0 NEC 2008 |
Diikuti oleh: António Félix da Costa |
Didahului oleh Brendon Hartley |
JuaraEurocup Formula Renault 2.0 2008 |
Diikuti oleh: Albert Costa |
Didahului oleh Jules Bianchi |
Pemenang Formula Three Masters 2009–2010 |
Diikuti oleh: Felix Rosenqvist |
Didahului oleh Esteban Gutiérrez |
Juara GP3 Series 2011 |
Diikuti oleh: Mitch Evans |