Pergi ke kandungan

Uraninit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Uraninit

Pitchblende dari deposit Niederschlema-Alberoda, Jerman
Maklumat am
KategoriMineral oksida
Formula kimiaUranium dioksida atau uranium(IV) oxide (UO2)
Pengecaman
WarnaHitam keluli ke hitam baldu, hitam keperangan, kelabu muda ke hijau muda; dalam cahaya dipancar, hijau muda, kuning muda ke kelabu gelap
Tabii hablurBesar, berbotrioid, berbutir. Kristal oktahedra jarang.
Sistem hablurIsometrik
PembelahanTidak nyata
FrakturKonkoid ke tidak sekata
Kekerasan skala Mohs5–6
KilauSublogam, bergris, pudar
Sifat-sifat optikIsotropik
GurisHitam keperangan, kelabu, hijau buah zaitun
Graviti tentu10.63–10.95; menurun apabila teroksida
Diafaneiti Legap; lutsinar dalam bentuk serpihan nipis
Ciri-ciri lainRadioaktif: lebih daripada 70 Bq/g
Kelainan-kelainan utama
PitchblendeBesar

Uraninit (Inggeris: uraninite) adalah mineral dan bijih radioaktif yang kaya dengan uranium dengan komposisi kimia kebanyakannya UO2, tetapi juga UO3 dan juga oksida-oksida plumbum, torium dan unsur bumi nadir. Ia biasanya dikenali dengan nama pitchblende (daripada pitch disebabkan warna hitamnya, dan blende, satu istilah yang digunakan oleh pelombong Jerman untuk menyatakan mineral-mineral yang kepadatannya mencadangkan bahawa mineral itu mengandungi logam, tetapi ketika mineral itu dinamakan, logam di dalamnya tidak boleh dikeluarkan kerana ia mustahil ataupun tidak boleh dilaksanakan secara ekonomi). Mineral ini telah diketahui sekurang-kurangnys sejak abad ke-15 dari lombong-lombong perak di Pergunungan Bijih, di sempadan Jerman/Republik Czech.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.